Monday 28 September 2015

1.0  Faktor-faktor pelajar hiperaktif
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

1.1  Faktor neurologi
Faktor neurologi ialah faktor yang mengganggu ketika proses mengandung dan kelahiran. Hiperaktif lebih kerap didapati pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah pra-lahir seperti proses bersalin yang terlalu lama, keadaan bayi semasa lahir yang tertekan, lahir dengan forcep dan masalah-masalah lain yang bersangkutan dengan ibu hamil seperti mempunyai tekanan darah tinggi, bengkak kaki dan kandungan protein yang tinggi di dalam air kencing kerana ia boleh merencat perkembangan otak.
Keadaan ibu yang rendah berat badan, ibu yang masih muda, ibu merokok dan minum alkohol mempunyai potensi yang tinggi melahirkan bayi hiperaktif (Nora Supadma, 2009). Menurut Raihana Abdullah, keadaan ibu yang stress mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat, Jabatan Psikiatri Kanak-kanak pada tahun 1996 mendapati kanak-kanak ADHD mengalami 3% hingga 4% volum otak kecil berbanding kanak-kanak biasa menerusi imbasan Positron Emission Tomography (PET) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

1.2 Faktor makanan
Bahan kimia yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, contohnya bahan pengawet dan bahan pewarna. Kanak-kanak yang terdedah secara berpanjangan kepada bahan makanan yang beracun juga didapati cenderung menunjukkan ADHD. Terdapat juga ibu-ibu yang percaya bahawa pengambilan gula oleh anak mereka telah melabelkan mereka sebagai hiperaktif dan lebih kritikal tingkah lakunya berbanding kanak-kanak lain (Hoover and Millich, 1994). Walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan tiada kesan hiperaktif jika pengambilan gula berlebihan.

1.3  Faktor alam sekitar
Pencemaran alam sekitar seperti takat radioaktif tinggi di udara, industri pelebur bateri dan industri menggunakan bahan kimia yang berbahaya boleh meningkatkan kadar hiperaktif kanak-kanak. Ini disebabkan kerosakan otak yang berlaku. Contohnya, kanak-kanak yang terdedah kepada cat yang mengandungi timah di bangunan-bangunan lama dan kilang-kilang radioaktif yang menyebabkan darah kanak-kanak yang berkenaan mempunyai timah dan raksa. Darah ini kemudiannya akan mengalir ke otak yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif.

1.4  Faktor keluarga
Faktor genetik mungkin berpengaruh. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai sejarah hiperaktif berkemungkinan besar akan diwarisi oleh anaknya. Kajian menunjukkan 10% dari ibubapa yang mempunyai anak yang hiperaktif mengakui bahawa mereka juga hiperaktif semasa kecil. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebnyak tiga kali ganda berbanding kanak-kank perempuan (Zuhayati Yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga mempunyai risiko hiperaktif yang tinggi (Navid et al., 2000).

1.5  Faktor kultural dan psikologi
Terdapat tiga jenis faktor di bawah faktor kultural dan psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan
   a)   Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah perilaku terhadap anak yang terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Anak yang terlalu manja akan menjadi hiperaktif dan di luar batasan. Kesannya, sikap ini akan terbawa hingga ke sekolah dan mereka berharap akan dilayan sebegitu oleh guru-guru.
b)   Kurang disiplin dan pengawasan
Jika kanak-kanak diberi kebebasan dan tiada pengawasan daripada ibubapa, mereka akan mengharapkan kebebasan sebegitu rupa di sekolah. Kesannya, sukar untuk cikgu mengawal tingkah laku mereka. Ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak mereka juga akan menjadikan mereka anak yang tidak mendengar kata, sentiasa resah, tidak boleh duduk diam dan menumpukan perhatian di dalam kelas (Hamid bin Arshad, 2010).
 c)    Orientasi kesenangan

Kanak-kanak yang tidak memiliki kesenangan akan memberontak dan menjadi hiperaktif serta mengharapkan ibubapa untuk memenuhi permintaan mereka.

No comments:

Post a Comment