Thursday 4 September 2014

Mohon Restu

Mohon Restu

Hari ni ada program bacaan Yaasin dan solat Hajat di sekolah. Ramai ibu bapa yg dtg. Semoga anak-anak didikku semuanya berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.





 

Mohon restu daripada ayah dan ibu. Sambil bersalaman dititipkan kata-kata ini:

Ibu, 
ayah,
Ampunkan dosa-dosa saya selama ini,

Ibu,
ayah, 
halalkan makan minum sejak saya kecil hingga kini,
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya selama ini,
Terima kasih kerana telah menjaga saya sehingga dewasa.

Ibu dan ayah,
Doakanlah saya agar berjaya dalam peperiksaan UPSR.

Sambil berpelukan ibu meniupkan kata-kata semangat kepada anak mereka.


Wednesday 9 July 2014

Pokok asam gelugur atau asam keping

Buah asam keping
Di belakang rumah banyak pokok asam gelugur atau dikenali dengan asam keping. Sekarang tengah lebat buahnya. Pokoknya jenis tinggi lebih dari 4 meter. Daunnya boleh dicampur dalam telur itik masak lemak cili padi.  Buahnya juga bermusim tapi tak sama dengan musim buah-buahan. Biasanya bila habis buah gugur, pokok akan mengeluarkan daun muda yang berwarna kemerah-merahan dan akan berbunga semula. Bila mula gugur sibuklah mengutip sebab buahnya boleh bertahan 2-3 hari shj di atas tanah. Bijinya mudah rosak dan berulat dan merosakkan buahnya. Ini bermakna ia rosak di bahagian dalam dulu.

Pokok asam keping

Buah asam keping yang belum sudah masak tapi belum gugur
 Buah yang muda berwarna hijau, bila masak bertukar kuning dan akan gugur sendiri apabila cukup masak. Adalah lebih baik tunggu buah itu gugur sendiri daripada dipetik supaya elok apabila dibuat asam keping.

Asam yang elok tua akan berwarna oren.


Contoh belahan isi asam gelugur
 Buah dibelah dua mengikut ulasnya. Bijinya akan dibuang dan dipotong-potong mengikut saiz yang sesuai. Biasanya setiap ulas dibelah tiga atau empat supaya mudah untuk mengeringkannya. 

Dibelah mengikut ulasnya



Apabila siap dipotong ia bolehlah disusun dan dijemur di bawah cahaya matahari. Jika cuaca elok, 2 @ 3 hari sudah boleh disimpan.
Saya selalu jadikan buah tangan apabila berkunjung ke rumah kawan-kawan atau sedara mara. Spesialnya sebab pokok sendiri dan memprosesnya juga adalah hasil usaha sendiri.

Tuesday 8 July 2014

Tazkirah Ramadhan

Selepas bertadarus Al Quran, cikgu-cikgu akan bergilir setiap hari untuk menjalankan tazkirah. Sampailaih giliran daku untuk menyampaikan tazkirah.
Maka saya nk share di sini.

Semua orang tahu maksud bonus dan semua orang nak bonus. Maklumlah imbuhan yang berganda. Siapa yang tak nak.
Dalam bulan Islam juga akan ada bonus. Kita akan dapat bonus setiap bulan Ramadhan. Bonus pula tak sama bagi setiap orang. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit.
Siapa yang nak bonus banyak? Ramai yang nak kan?
Inilah cara-caranya..
1. Jangan lupa solat 5 waktu. Itu yang wajib. 
     Kemudian baru diikuti dengan sunat. 
      - solat terawih, tahajjud, hajat dll.
2. Berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa di bulan lain pun boleh tapi di bulan Ranadhan adalah wajib. 
    Bonusnya berganda-ganda!
3. Bersedekah. Bonusnya juga berganda.
4. Tidak menyakiti hati orang lain.
5. Buatlah perkara yang mendatangkan kebaikan.
Semua tu bonus..

Nak bonus sikit? Ramai yang tak nak kan?..
Jangan buat perkara negatif..

Selesailah tazkirah saya pada hari ini. 3 min aje.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin..

Tadarus Al Quran di bulan Ramadhan

Seronok nyer menyambut Ramadhan. Sebagai permulaan dijalankan pelancaran Ihya' Ramadhan. Pelbagai program dirancang sepanjang bulan Ramadhan di sekolah.
Waktu rehat digantikan dengan tadarus Quran. Ramai murid yang dapat membaca Quran dengan baik. Tahniah kepada ustaz, ustazah dan ibu bapa yang membimbing.
Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan guru akan menyemak bacaan mereka.

 Tadarus dijalankan di surau kayu SK Rambai Tujuh.



Sunday 25 May 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Setelah mengajar di Sek. Keb. Kg. Maamor, Sungai Siput(U) selama 3 tahun, daku pun mohon berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan Sayong. Ini disebabkan rumah yang dibina hampir siap dan agak jauh untuk berulang alik lebih kurang 108km (pergi dan balik). Memang sayang untuk meninggalkan sekolah itu tapi disebabkan masa..
Maka sejarah baru pun bermula..
Inilah sekolah ku yang baru..


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung  Rambai Tujuh secara bergotong royong pada tahun 1931. Gotong royong ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Din bin Imam Kassim. Ia dibina di atas tanah Lot No. 1668 kepunyaan En. Ngah bin Kulup Idris dan rakan kongsinya.
                Keluasan awal sekolah ini ialah kira-kira 748 kaki persegi dengan satu bilik darjah dan sebuah rumah guru beratap nipah dan bertiang buluh. Bagi memenuhi keperluan kelas yang tidak mencukupi, rumah guru telah digunakan sebagai kelas  pada 4 April 1931.
                Sebanyak RM330 digunakan untuk membina sekolah iaitu RM240 hasil daripada sumbangan orang ramai dan RM90 lagi daripada Pejabat Daerah Kuala Kangsar yang diketuai oleh Tuan Eleton sebagai District Officer (Pegawai Daerah). Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah En.Megat Di dengan 40 orang pelajar.
                Bangunan sekolah mulai reput dan tidak selamat digunakan dan tuan tanah menuntut semula tanahnya. Maka, pada tahun 1949 Jawatankuasa sekolah telah berjaya mendapatkan sekeping tanah kerajaan di Lot No. 5703 berhampiran dengan tapak lama sekolah. Pada pertengahan tahun tersebut, Tuan E C Hiks (Senior Inspector of School perak) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM900.00 untuk membina bangunan berukuran 30 X 25 kaki. Bangunan ini dibina berlantaikan simen, berdindingkan papan dan beratapkan asbestos.
Pada tahun 1957, pihak Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan  untuk menampung peningkatan pelajar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi (Bekas Menteri Besar Perak) pada tahun 1958.
Pada januari 1968, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah yang berukuran 60 X 30 kaki berbentuk kekal dengan no pendaftaran JKR 1052. Bangunan ini digunakan pada 1 Mac 1968.
Pada awal tahun 1980an, sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah kantin, Sehingga kini 4 blok bangunan termasuk sebuah kantin masih digunakan.

Lagu Sekolah SKRT
Rajin tekun berjaya
Lambang sekolah kita
Beriman juga bertaqwa
Amalan kita semua

Bersatu kita membela diri
Mengharumkan sekolah ini
Berdisiplin berdedikasi
Nilai diri murni
Bersama kita terus berbakti
Itulah insan sejati


Tekun rajin serta berusaha
Hingga kita berjaya
Maju terus maju
Maju SKRTku

Maju SKRTku..




Monday 21 April 2014

Resis

Saja nak share kalau ketandusan idea. Hari ni murid-murid buat aktiviti Resis untuk Pendidikan Seni dan Visual Tahun 2. 

Langkah 1

Murid membuat lakaran Bunga Kebangsaan.




 Langkah 2
Murid mengikut garisan yang telah dilukis dengan menggunakan krayon.



Langkah 3
Membancuh warna air.



Langkah 4
Mewarna keseluruhan kertas lukisan. Kalau nak lebih cantik, warna krayon perlu lebih tebal dan banyak.


 Contoh lain hasil resis. Baru pertama kali murid menggunakan krayon dan warna air. Masih boleh dipertingkatkan lagi.


Thursday 10 April 2014

Hisan kaunter Pusat Sumber Sekolah

Nostalgia Indah di Sek Keb Kg Maamor, Sungai Siput, Perak.
Inilah Hasil kerja tanganku.

Hiasan di depan kaunter

Idea daripada gabungan suami dan anakku

Hiasan bunga di atas kaunter PSS

Wednesday 9 April 2014

Meja konkrit

Membuat meja konkrit
Saya ingin berkongsi pengalaman membina meja konkrit untuk letak besen basuh muka. Tak pernah tengok orang buat pun. Kalau nak upah mungkin mahal. Cuba-cubalah buat sendiri bersama suami.
Mula-mula ukur ketinggian meja yang hendak dibuat. Biasanya kurang dari tiga kaki. Saya buat 2 kaki 2 inci sebab mengambil kira penambahan tinggi besen muka. Tandakan garisan pada dinding. Seelok-eloknya beli besen basuh muka dulu, supaya senang untuk buat ukuran meja konkrit. Besar kotak bekas besen basuh adalah sesuai untuk saiz permukaan meja. Batang besi perlu pendek sedikit dari meja konkrit.

Setelah ditanda pada dinding, ambil sebatang besi dan dipotong mengikut saiz.

Potong sebanyak 4 batang yang berukuran sekaki panjangnya.


        Bahagikan besi kepada 4 bahagian seperti dalam gambar. Perlu diingat, pastikan batang besi tidak mengganggu lubang besen dan batang paip. Gunakan mesin penebuk lubang konkrit.
        Masa suami korek lubang, terbesarlah sikit sebab mata drill tak ada yang sama dengan saiz besi. Lagi pun besi ni kutip lebihan buat rumah hari tu..
        Gunalah paku untuk nak menguatkan besi yang longgar akibat dari lubang yang besar tu. Guna idea sendiri aje, mungkin orang lain ada cara lain.

Kemudian silangkan dengan besi lain untuk menguatkan lagi meja. 
Ikat dengan dawai.


Buat meja kayu untuk menampung meja konkrit. Lagi pun meja kayu ini boleh digunakan membuat meja konkrit yang lain.


Buat pelapik di bahagian bawah dan letak kayu di keliling besi sebelum dituang konkrit.



Letak batang paip sementara untuk saluran air keluar dan saluran air paip. Kemudian, barulah dituang konkrit.


Biarkan selama 4-6 hari untuk mengeraskannya sebelum dibuka pelapiknya.
Meja yang telah dibubuh tile. Maaf, terlupa hendak ambil gambar meja konkrit yang sebelum dibubuh tile.



Besen muka yang sudah boleh digunakan setelah dipasang paip.

Contoh lain besen basuh muka.

Tuesday 8 April 2014

Pusat Sumber Sekolah


Setelah tiga tahun berada di Sek. Keb. Kg. Maamor..
Inilah di antara hasil kerja yang boleh dijadikan kenangan..
Tidaklah cantik..
Cukuplah sekadar sedap mata memandang..

Terima kasih kepada suami dan anakku yang banyak membantu, guru-guru, dan murid-murid  yang amat kusayangi.


Istana Iskandariah

Menara Condong di Teluk Intan

Bangunan Sultan Abdul Samad

Menara Kuala Lumpur

Bunga Kebangsaan

Stesen Kereta api Ipoh

Menara Berkembar Petronas



Gambar Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Kereta keluaran Malaysia

Gambar-gambar yang kuabadikan di sudut atas dinding PSS

Sudut Koleksi Buku Terkini




Wednesday 12 February 2014

Miskonsepsi Masa Dan Waktu

Miskonsepsi Unit Masa dan Waktu Tahun 1

MISKONSEPSI DALAM UNIT MASA DAN WAKTU TAHUN 1
Hasil dari proses pembelajaran dan pengajaran, saya telah dapat mengenalpasti terdapat 5 orang murid yang mengalami masalah miskonsepsi dan memerlukan perhatian dan tindakan yang sewajarnya supaya tidak berlarutan.
Masalah ini dapat saya kesan hasil daripada aktiviti yang dijalankan, sewaktu sesi soaljawab dan dari lembaran kerja yang diberi.
Kesukaran dan miskonsepsi:
i. Murid keliru dengan kedudukan jarum jam dan jarum minit.
   Contoh soalan: Sebutkan waktu yang ditunjukkan.


Jawapan yang diberi oleh murid: Pukul 12:00
Jawapan yang sepatutnya: Pukul 6:00

ii. Menyebut dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan jam analog di   kalangan murid Tahun 1.
Contoh soalan:
Sebutkan waktu yang ditunjukkan.
Kesalahan yang dilakukan: Pukul 3:30

Sebutan yang sepatutnya.: Pukul 2:30





iii. Murid tidak dapat melukis dengan tepat kedudukan jarum jam dan minit.

    Contoh Soalan:

    Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu yang diberi: Pukul 8.30

Kesalahan yang biasa dilakukan oleh murid:



Jawapan yang sepatutnya.:

















C. CATATAN REFLEKSI  

Hasil daripada aktiviti yang dijalankan, didapati kelima-lima murid itu telah pun dapat menguasai kemahiran yang diajar. Saya juga telah berjaya mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi yang dihadapi oleh murid iaitu:

i. Murid telah dapat mengenal jarum pendek untuk jam dan jarum panjang untuk minit.

ii. Murid juga dapat mengenal pasti kedudukan jarum jam apabila melibatkan bacaan setengah.
Contoh:
 4:30  à  empat setengah
Jarum pendek terletak di antara nombor 4 dan 5.
Jarum panjang terletak pada nombor 6.

iii. Murid dapat menyatakan bahawa 30 minit ialah setengah hasil dari proses mengingat semula pecahan setengah.

iv. Apabila murid dapat menyentuh sendiri dan meletakkan jarum jam pada kedudukan yang betul, mereka merasa lebih yakin untuk menyebut waktu.


v. Murid dapat mengukuhkan daya ingatan setelah latihan dari lembaran kerja dan  latihan interaktif  diberikan.

Rancangan Pelajaran Matematik Tahun 1

Matematik Tahun 1


A. RANCANGAN PELAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1
MATA PELAJARAN:  Matematik
TAHUN:                       1Bestari
BILANGAN MURID: 30 orang
TARIKH:                       10 Oktober 2013
TAJUK:                        Masa Dan Waktu
MASA:                         60 minit (2 waktu)
STANDARD KANDUNGAN:  Murid dibimbing untuk:
                                   5.2 Menyebut dan menulis waktu.
STANDARD PEMBELAJARAN:
Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid-murid dapat:
i. Mengenal pasti dan menyatakan “setengah” berdasarkan muka jam.
ii. Menyebut dan menulis waktu dalam jam dan setengah jam sahaja dengan menggunakan jam analog.
ELEMEN MERENTAS KURIKLUM:
KREATIVITI DAN INOVASI: Mengimbas kembali idea, menjana idea, membuat pemerhatian sekeliling dan menggunakan alat berpandukan prosedur tertentu.
TMK:                          Paparan power Point
NILAI  MURNI DAN SIKAP KEUSAHAWANAN: Tepati masa, bersyukur  atas segala nikmat  dan tanggungjawab.
BAHAN BANTU BELAJAR: Jam analog, gambar aktiviti, kad perkataan, lembaran kerja

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pembelajaran & Pengajaran
Nota Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set induksi
(5 minit)
Lagu dari Media Sosial.
Guru menyanyi bersama-sama murid dari muat turun ‘Youtube’.
 Lagu: Air Pasang Dalam
Murid-murid menyanyi bersama-sama guru.
Rakaman lagu.

Langkah 1
(10 minit)

i. Bersol jawab. Ii.Menerangkan perbezaan jarum jam.

-Jarum pendek   (jam)

-Jarum panjang (minit)

i.Bersoaljawab aktiviti yang dilakukan yang berkaitan dengan masa.

ii. Guru memperkenalkan jarum jam kepada murid.
iii.Bersoal jawab bersama murid.

Murid memberi maklum balas kepada guru.



ii. Menyatakan perbezaan jarum jam.

Jam analog

Langkah 2
(10 minit)

Memperkenalkan waktu
i. Pukul 3:00
ii. Pukul 3:30

Guru menunjukkan jarum jam.
i. Bersoal jawab mengenai waktu yang ditunjukkkan.
Contoh:


ii. Guru menunjukkan cara menulis waktu.
Contoh:


Pukul    3:00   

iii. Guru mengemukakan soalan lain dan meminta murid menulis di papan putih.           
Contoh:
Pukul 8:00                                 


i. Murid menyatakan waktu yang ditunjukkan.


















ii. Murid menulis di papan putih berdasarkan waktu yang disebut oleh guru.

- Jam analog
- Kad nombor

Langkah 3
(15 minit)

Aktiviti Kumpulan
i.  Pukul 5:00
ii. Pukul 9.30
iii. Pukul 2:00
iv.Pukul 12:30
v. Pukul 6:30

Menyemak jawapan murid dengan menggunakan powerpoint.

i. Guru mengedarkan jam analog kepada murid secara berkumpulan.


ii.Memanggil wakil murid bagi setiap kumpulan untuk menunjukkan jam mengikut waktu yang telah ditetapkan.

iii. Meminta murid menyemak jawapan berdasarkan power point yang ditunjukkan.

i. Murid menunjukkan waktu yang diminta oleh guru dengan menggunakan jam analog.

ii. Wakil murid tampil ke hadapan untuk menunjukkan masa yang dikehendaki oleh guru.


iii. Murid menyemak jawapan mereka berdasarkan powerpoint yang ditunjukkan.


Jam
Analog

Langkah 4
(15 minit)

Latihan/Penilaian murid dengan lembaran kerja

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.
ii. Guru memberi arahan kepada murid untuk menjawab soalan dalam masa yang ditetntukan.

Murid mengambil lembaran kerja.
Murid mendengar arahan guru dan menjawab soalan dalam masa yang ditentukan.

Lemba-ran kerja

Penutup
(5 minit)

Kesimpulan.
Menjawab soalan
Interaktif dari CD.

Guru membimbing
Murid menjawab soalan interaktif.

Murid menjawab soalan interaktif

CD-ROM