Monday 28 September 2015

1.0  Faktor-faktor pelajar hiperaktif
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

1.1  Faktor neurologi
Faktor neurologi ialah faktor yang mengganggu ketika proses mengandung dan kelahiran. Hiperaktif lebih kerap didapati pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah pra-lahir seperti proses bersalin yang terlalu lama, keadaan bayi semasa lahir yang tertekan, lahir dengan forcep dan masalah-masalah lain yang bersangkutan dengan ibu hamil seperti mempunyai tekanan darah tinggi, bengkak kaki dan kandungan protein yang tinggi di dalam air kencing kerana ia boleh merencat perkembangan otak.
Keadaan ibu yang rendah berat badan, ibu yang masih muda, ibu merokok dan minum alkohol mempunyai potensi yang tinggi melahirkan bayi hiperaktif (Nora Supadma, 2009). Menurut Raihana Abdullah, keadaan ibu yang stress mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat, Jabatan Psikiatri Kanak-kanak pada tahun 1996 mendapati kanak-kanak ADHD mengalami 3% hingga 4% volum otak kecil berbanding kanak-kanak biasa menerusi imbasan Positron Emission Tomography (PET) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

1.2 Faktor makanan
Bahan kimia yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, contohnya bahan pengawet dan bahan pewarna. Kanak-kanak yang terdedah secara berpanjangan kepada bahan makanan yang beracun juga didapati cenderung menunjukkan ADHD. Terdapat juga ibu-ibu yang percaya bahawa pengambilan gula oleh anak mereka telah melabelkan mereka sebagai hiperaktif dan lebih kritikal tingkah lakunya berbanding kanak-kanak lain (Hoover and Millich, 1994). Walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan tiada kesan hiperaktif jika pengambilan gula berlebihan.

1.3  Faktor alam sekitar
Pencemaran alam sekitar seperti takat radioaktif tinggi di udara, industri pelebur bateri dan industri menggunakan bahan kimia yang berbahaya boleh meningkatkan kadar hiperaktif kanak-kanak. Ini disebabkan kerosakan otak yang berlaku. Contohnya, kanak-kanak yang terdedah kepada cat yang mengandungi timah di bangunan-bangunan lama dan kilang-kilang radioaktif yang menyebabkan darah kanak-kanak yang berkenaan mempunyai timah dan raksa. Darah ini kemudiannya akan mengalir ke otak yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif.

1.4  Faktor keluarga
Faktor genetik mungkin berpengaruh. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai sejarah hiperaktif berkemungkinan besar akan diwarisi oleh anaknya. Kajian menunjukkan 10% dari ibubapa yang mempunyai anak yang hiperaktif mengakui bahawa mereka juga hiperaktif semasa kecil. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebnyak tiga kali ganda berbanding kanak-kank perempuan (Zuhayati Yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga mempunyai risiko hiperaktif yang tinggi (Navid et al., 2000).

1.5  Faktor kultural dan psikologi
Terdapat tiga jenis faktor di bawah faktor kultural dan psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan
   a)   Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah perilaku terhadap anak yang terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Anak yang terlalu manja akan menjadi hiperaktif dan di luar batasan. Kesannya, sikap ini akan terbawa hingga ke sekolah dan mereka berharap akan dilayan sebegitu oleh guru-guru.
b)   Kurang disiplin dan pengawasan
Jika kanak-kanak diberi kebebasan dan tiada pengawasan daripada ibubapa, mereka akan mengharapkan kebebasan sebegitu rupa di sekolah. Kesannya, sukar untuk cikgu mengawal tingkah laku mereka. Ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak mereka juga akan menjadikan mereka anak yang tidak mendengar kata, sentiasa resah, tidak boleh duduk diam dan menumpukan perhatian di dalam kelas (Hamid bin Arshad, 2010).
 c)    Orientasi kesenangan

Kanak-kanak yang tidak memiliki kesenangan akan memberontak dan menjadi hiperaktif serta mengharapkan ibubapa untuk memenuhi permintaan mereka.

Ciri-ciri pelajar hiperaktif

1.0  Ciri-ciri pelajar hiperaktif

Berdasarkan manual diagnostik American Psychiatric Association (APA) 2012, kanak-kanak hanya boleh disahkan sebagai ADHD jika mempunyai enam atau lebih tanda hiperaktif, impulsive, atau hilang daya tumpuan melebihi enam bulan atau lebih dan umur dihadkan kepada 6 hingga 12 tahun namun kajian terbaru telah mengehadkan umur dari 4 tahun hingga 18 tahun. ADHD dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang dinyatakan di dalam bahagian definisi iaitu;
a)    inattention (kekurangan daya tumpuan)
b) hyperactive-impulsive (mengikut gerak hati dan berlaku terlalu aktif)
c) kombinasi kedua-dua jenis ADHD.
Perbezaan antara jenis inattentive dan hiperaktif-impulsi adalah seperti berikut:

Jenis inattentive
Jenis hyperactive-impulsive
Umur
Lewat
(sekolah rendah atau menengah)
Cepat
(prasekolah atau sekolah rendah)
Nisbah lelaki & perempuan

Sama nisbah
Lelaki lebih ramai daripada perempuan
Kesulitan utama
Kemajuan akademik
Kelakuan
Keterangan lain
Pendiam
Suka berangan
Tidak boleh duduk diam
Melakukan sesuatu tanpa berfikir

Ciri-ciri yang diperlihatkan oleh setiap jenis ADHD juga berbeza. Mengikut National Institute of Mental Health (NIMH), semua kanak-kanak mempunyai tanda-tanda hiperaktif dalam satu-satu masa tetapi apa yang dialami oleh kanak-kanak hiperaktif adalah lebih serius dan kerap berbanding kanak-kanak lain.

1.1  Ciri-ciri kanak-kanak ADHD jenis inattention (kurang daya tumpuan)
a)    Lemah daya tumpuan
Kanak-kanak ADHD tidak mempunyai daya tumpuan yang tinggi seperti kanak-kanak normal disebabkan oleh kekurangan mekanisma tumpuan di dalam otak. Mereka selalunya cuai di dalam membuat kerja sekolah yang diberikan, tidak dapat memberi tumpuan ketika guru mengajar. Mereka juga mempunyai masalah dalam melakukan kerja yang memerlukan mereka mendengar berbanding melihat. Bagi kanak-kanak ADHD yang sederhana, mereka boleh melakukan kerja dengan baik tetapi mereka cepat hilang daya tumpuan dan menjadi letih.

b)    Tidak melakukan kerja secara berterusan
Bagi kanak-kanak ADHD, mereka tidak dapat meneruskan atau menyiapkan sesuatu kerja walaupun kerja itu mudah. Contohnya, pada waktu pagi, mereka memerlukan masa yang lama untuk mengenakan baju sekolah jika tiada ibubapa di sisi mereka walaupun memakai baju adalah suatu kerja yang mudah. Di sekolah pula, mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Mereka mungkin termenung atau mengganggu pelajar lain atau membuat kerja lain menyebabkan kerja sekolah yang diberikan tidak siap-siap.
c)    Tidak teratur
Mereka tidak dapat membuat kerja secara teratur tanpa pertolongan guru dan memerlukan perhatian yang lebih dan tunjuk ajar daripada guru.
d)    Mudah lupa
Kanak-kanak ADHD mudah lupa dan mempunyai daya ingatan yang singkat. Mereka boleh mengingati sifir dan huruf-huruf yang diajar di sekolah tetapi terlupa pada keesokan harinya. Mereka juga tidak boleh melakukan kerja jika menerima arahan yang banyak di dalam satu-satu masa. Jika di sekolah, mereka mungkin tertinggal pensel dan tidak bersedia dari segi mental untuk menghadapi pengajaran di sekolah.

1.2  Ciri-ciri kanak-kanak ADHD jenis hyperactive-impulsive
a)    Impulsi
Kanak-kanak ADHD jenis ini terlampau mengikut dorongan hati. Mereka tidak berfikir sebelum bertindak. Contohnya, terdapat sebahagian kanak-kanak yang melintas jalan walau kenderaan di hadapan semakin hampir. Namun begitu, kanak-kanak ini tidak mengambil pengajaran atas kesilapan yang mereka lakukan dan mengulangi perkara tersebut walaupun membahayakan. Mereka juga mempunyai masalah dalam mengawal diri sendiri untuk melakukan perkara yang tidak elok atau membahayakan. Mengikut Dr. Russell Barclay (1995), ADHD bukanlah disebabkan oleh otak yang lemah atau tidak berpengetahuan tetapi disebabkan oleh tidak dapat melakukan perkara yang mereka tahu.
b)    Terlampau aktif
Sesetengah kanak-kanak ADHD menjadi penat akibat telalu aktif. Misalnya, di dalam kelas, mereka selalunya berkeliaran dan tidak boleh duduk diam. Jika mereka duduk sekalipun, mereka akan menjadi resah. Sifat terlampau aktif akan semakin menurun seiring dengan usia kanak-kanak tersebut.
c)    Terlampau bising
Kanak-kanak ADHD jenis hyperactive-impulsive selalunya cergas dan suka membuat bising. Sesetengahnya terlampau suka bercakap sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Jika mereka disuruh diam, mereka akan kembali bercakap tanpa mereka sedar. Selalunya, mereka akan membuat bunyi motosikal atau binatang secara berulang-ulang.

1.3  Ciri-ciri yang terdapat pada salah satu jenis ADHD
a)    Ketidakseragaman dalam pencapaian
Ketidakseragaman dalam pencapaian menyebabkan mereka digelar “nakal” atau “malas”. Untuk mendapatkan pencapaian yang cemerlang, mereka perlu berusaha keras tetapi selalunya, mereka menjadi tidak bersemangat semula dan lemah.
b)    Terlalu merendah diri
Mereka berfikiran negatif seperti menganggap diri mereka bodoh dan tidak pandai. Mereka juga mudah menangis dan sering rasa bersalah.
c)    Mempunyai fikiran yang lemah
Kanak-kanak ADHD mempunyai fikiran yang lemah seterusnya mengakibatkan kesusahan dalam memahami pelajaran dan memberi kesan kepada kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran seperti kemahiran membaca, mengira dan menulis.
d)    Kurang bermotivasi dan insentif
Mereka kekurangan motivasi dalam mencapai kejayaan dalam apa kerja yang mereka lakukan. Seperti contoh, mereka tidak berusaha untuk belajar dengan lebih gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Mereka lebih mudah tertarik dengan televisyen atau bermain permainan berbanding belajar beberapa jam sehari sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
e)    Kekok dalam pergaulan sosial
Mereka mudah menyakiti orang lain dengan perkataan yang mereka keluarkan dan mereka juga tidak dapat membaca ekspresi muka orang lain dan memahaminya.



f)     Kecanggungan
Sebahagian kanak-kanak ADHD cemerlang dalam bidang kesukanan tetapi terdapat juga di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran menangkap bola dan berlari kerana otot mereka lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
g)    Keras kepala
Ibubapa selalunya mengadu tentang sikap anak mereka yang keras kepala dan sukar dibawa bincang. Kanak-kanak ini akan tetap dan teguh dengan setiap keputusan yang mereka.
h)    Tidak pernah puas
Kanak-kanak ADHD mempunyai kemungkinan untuk mempunyai sifat tidak pernah puas terhadap sesuatu benda. Contohnya, mereka akan terlampau  bersemangat untuk bermain walaupun bukan waktu bermain. Bagi kanak-kanak normal pula, mereka akan tahu bila waktu sesuai untuk bermain.
i)     Ingkar
Mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun dimarahi dan didenda. Mereka juga sukar untuk dikawal dan menjadi seorang yang berdisiplin. Bila umur mereka meningkat, mereka mungkin menghadapi masalah sosial dan terlibat dalam kes-kes pencurian.
j)     Masalah tidur
Sesetengah daripada mereka akan menghadapi masalah untuk tidur dan tidak cukup tidur. Mereka sering mengadu bahawa otak mereka terlalu aktif sehingga mengganggu tidur mereka. Sesetengah yang lain pula mudah untuk tidur kerana terlampau aktif pada waktu siang. Mimpi yang menakutkan dan mengigau adalah biasa bagi kanak-kanak ADHD.

Ringkasan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak ADHD seperti jadual di bawah:

Jenis attentive
Jenis hyperactive-impulsive
Mungkin ada pada kedua-dua jenis
Lemah daya tumpuan
Tidak melakukan kerja secara berterusan
Tidak teratur
Impulsi
Terlalu aktif
Terlalu bising
Ketidakseragaman dalam pencapaian
Terlalu merendah diri
Mempunyai fikiran yang lemah
Kurang bermotivasi dan insentif
Kekok dalam pergaulan social
Kecanggungan
Keras kepala
Tidak pernah puas
Ingkar
Masalah tidur

Definisi kanak-kanak hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

Definisi kanak-kanak hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder)

ADHD tidak mempunyai definisi yang tepat dan sering berubah mengikut kajian semasa. Dari sudut perubatan, ADHD telah diterjemahkan sebagai sindrom berkaitan neurobiologi dan kelakuan dan ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu inattention (kekurangan daya tumpuan), hyperactive-impulsive (mengikut gerak hati dan berlaku terlalu aktif) atau kombinasi kedua-dua jenis ADHD.

Kamus dewan edisi keempat pula telah mendefinisikan hiperaktif sebagai kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar untuk dikawal. Menurut Dr. Seto Mulyadi (2003) yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif menyatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007).


James Dabson pula menyatakan di dalam bukunya “kendalikan selagi mampu” yang dipetik oleh Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) telah memberikan pengertiannya terhadap anak hiperaktif yang juga disebut hiperkinensis, kelainan kecil pada otak , kelainan impuls dan beberapa istilah yang lain mendifinisikan hiperaktif sebagai gerakan yang berlebihan dan tidak terkendali. 

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

ADHD

Memahami anak yang sukar duduk diam, kurang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara dan bertindak spontan mengikut kehendak hati serta sukar mengasingkan maklumat adalah penting bagi membantu ibu bapa mengendalikan mereka dengan baik. Istilah yang kebiasaannya digunakan bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah tingkah laku terlampau aktif dan mengganggu tetapi masih mempunyai tumpuan yang singkat ialah hiperaktif atau attention deficit hyperactivity disorder (ADHD). Kajian Kementerian Kesihatan pada tahun 2001 menunjukkan bahawa 4.3 peratus kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur lima hingga 15 tahun mengalami penyakit ini dan kebanyakannya adalah lelaki.

ADHD pertama kali digambarkan oleh Dr Heinrich Hoffman pada tahun 1845. Seorang doktor yang menulis buku mengenai perubatan dan psikiatri, Dr Hoffman juga seorang penyair yang menjadi berminat dalam menulis untuk kanak-kanak apabila dia tidak dapat mencari bahan-bahan yang sesuai untuk bacaan anak lelakinya yang berusia 3 tahun. Hasilnya, sebuah buku puisi lengkap dengan ilustrasi berkaitan kanak-kanak dan ciri-ciri tingkah lakunya yang bertajuk The Story of Fidgety Philip berjaya disiapkan. Buku ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang mengalami gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan.

Kajian berkaitan sindrom hiperaktif muncul pada abad ke-20 oleh Dr. George Still. Ia bermula apabila beliau diperkenalkan dengan seorang pesakit kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun yang degil dan bermasalah. Budak lelaki ini telah mencuri duit, bermain dengan pisau dan tidak boleh mengenal huruf walaupun telah 3 tahun bersekolah. Dalam situasi berlainan, beliau juga telah berkenalan dengan seorang budak lelaki yang terlampau aktif. Budak ini telah membawa mancis ke sekolah dan menyalakan api. Walaupun sering dimarahi dan meminta maaf atas kesilapannya, dia tetap melakukan masalah yang sama.


Kajian demi kajian dilakukan sehingga tahun 1902, beliau telah mengeluarkan teori bahawa kanak-kanak yang menghidapi sindrom ini mempunyai masalah pada bahagian otak. Teori ini diterima berikutan gejala inflamasi otak pada tahun 1917-1918, dimana pesakit-pesakit yang mengalami inflamasi otak mempunyai masalah daya tumpuan. Pada tahun 1940 – 1950, tanda-tanda sindrom hiperaktif dikenali sebagai “minimal brain damage” dan “minimal brain dysfunction”. Selain itu, ia juga dikenali sebagai hiperaktif dan hiperkinesis. Selepas tahun 1987, ia mula dikenali sebagai attention deficit disorder untuk hiperaktif jenis inattentive dan ADHD untuk hyperaktif-impulsive. Namun, pada tahun 1994, American Psychiatric Association menukarkannya kepada attention deficit hyperactivity disorder (ADHD).

Thursday 3 September 2015

Kerabu Daun Selom + Mangga

KERABU MANGGA DAUN SELOM
Bahan-bahan:
1 ikat daun selom
2 biji mangga muda
100 gm ikan bilis
100 gm kacang tanah
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 batang serai, garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
Ikan bilis dan kacang tanah digoreng secara berasingan. Kemudian dikisar kasar.
Serai, daun selom dan bawang besar dipotong halus.
Mangga muda dibuang kulit dan dipotong halus.
 Kisar cili padi bersama serai yang telah dipotong halus untuk mendapat rasa yang lebih sedap.
Kesemua bahan digaul terlebih dahulu sebelum dimasukkan daun selom.
Boleh dimakan begitu saja atau bersama nasi panas.
Sangat bagus untuk kesihatan kerana tidak ada bahan perasa, pewarna dan rendah kalestrol.
Cubalah..

Pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan penyediaan sayur yang tidak perlu dimasak tapi bukan saya.. kawan yang masuk bertanding. He..he..


Daun kesom dan mempelam telur

Ikan bilis dan kacang tanah yang telah digoreng

Bahan-bahan yang perlu digaul


                                              Ta..da..da.. dah siap kerabu daun selom.

Monday 17 August 2015

Anggaran Perbelanjaan Program UPSR

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
 ANGGARAN PERBELANJAAN UPSR 2015


BIL


AKTIVITI

PENGISIAN

ANGGARAN
PERBELANJAAN


1.

Program Gilap Permata
PROGRAM BERSAMA IBU BAPA Pembentangan tentang program, kutipan, dan lain-lain yang memerlukan kelulusan serta persetujuan. Diadakan pada 29 Januari 2015.( Khamis )

RM70.00
2.
Perjumpaan Akademik Kecemerlangan
Program 1 Murid 1 Guru

Perbincangan tentang pencapaian dan sasaran UPSR
RM 0.00
3.
Program Dialog Prestasi
Perbincangan setiap bulan bersama ibu bapa untuk meningkatkan prestasi murid.
RM150.00



BIMBINGAN BERFOKUS


1.
Kelas Tambahan

Kelas akan diadakan selepas waktu persekolahan setiap Isnin, Selasa Rabu dan Khamis.
Isnin dan Selasa
1.45 tengah hari – 2.45 petang
Isnin – Pn. Hawa/ En Mior ( B. Melayu )
Selasa – En Khairil Hakimin ( Matematik )
Rabu dan Khamis
1.00 tengah hari – 2.00 petang
Rabu – Pn. Norhayatti bt Johor
Khamis – En. Mohd Syahriman
Kelas juga akan diadakan pada cuti penggal dan dikendalikan oleh semua guru SK Rambai Tujuh.

RM 200.00
Bahan Photostat
2.
Bimbingan Rakan Sebaya
MentoMantee
Memilih pasangan murid-murid supaya boleh berbincang dan bantu-membantu dalam pelajaran.
Murid diasingkan dalam kumpulan untuk dibimbing oleh guru dan rakan sebaya.
RM 0.00
7.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Menjemput tenaga pengajar pakar dalam bidang mata pelajaran teras. Mendedahkan murid dengan soalan UPSR dan teknik menjawab yang betul.
RM400.00
Tenaga Pakar
( 5 mata pelajaran)
8.
Ujian Topikal

Menguji tahap kebolehan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Merangka strategi dan tindakan  mengatasi kelemahan. Ujian akan diadakan diadakan setiap bulan.
RM150.00
Bahan ujian
Laporan
9.
Ujian Sumatif

Menguji murid mengikut format UPSR. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid. Merangka strategi dan tindakan mengatasi kelemahan dan mengekalkan kekuatan. Ujian yang dijalankan ialah Ujian Mac, PKSR1, Ujian Julai, dan Percubaan.

RM 200.00

10
Latihan dan kerja rumah
Pemantauan oleh guru dan ibu bapa atau penjaga amat penting.


11.
Akhbar Dalam Darjah
Membuat latihan daripada suratkhabar Berita Harian. Murid  dikehendaki membayar  
RM 1.80 senaskah seminggu sekali
RM 243.00



PROGRAM KEPUNG
Dijalankan bermula bln Julai hingga pep.


1.
Kelas Bimbingan Berfokus

Dijalankan sepanjang waktu kelas bermula bln Julai.

RM 250.00
Bahan PdP
2.
Zoom A

Murid membuat latihan melalui internet. Akan diteruskan pada malam hari semasa program kepung dengan pengawasan ibu bapa.

RM 300.00
3.
Latihan Soalan Antara Negeri

Mengambil soalan negeri-negeri lain yang berkaitan dengan UPSR. Murid didedahkan dengan soalan ini. Guru dan murid akan mengesan kelemahan dan kekuatan dalam sesuatu mata pelajaran.

RM 250.00
4.
Kelas Gerak Tumpu

Murid diberi bimbingan intensif  mengikut jadual yang  dirangka bagi mengikuti kelas mata pelajaran teras, motivasi dan ceramah
RM 500.00
Penceramah
Bahan PdP
Jamuan







PROGRAM PEMANTAPAN ROHANI
Amat penting utk kekuatan dalaman.



1.
Majlis Bacaan Yassin , Solat Dhuha dan Solat Hajat

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat akan dilakukan bersama ibu bapa dan penjaga pada Julai.

RM 300.00
Jamuan (Julai)
2.
Majlis Bacaan Yassin ,
Bacaan Yaasin, Solat Dhuha dan Solah Hajat  akan diadakan setiap hari Jumaat waktu pagi bersama murid-murid Th 6


3
Pemakanan Minda
Memberi makanan berkhasiat seperti kismis, kurma, air zam-zam dan vitamin
RM 200.00


JUMLAH

RM3213.00