Pengenalan Sekolah


Guru Besar
Sek Keb. Kg. Maamor
Pn Hjh. Zubaidah bt Harun


Barisan Pentadbiran Sek. Keb. Kg. Maamor
Dari Kiri Pn Zuraidah (PK Ko-Ku), Pn Sarifah Fadilah (PK Ko), Pn Hjh Zubaidah (Guru Besar),             En. Syed Ismail (YDP PIBG), En Lutfi (PK HEM).

SEK. KEB.KG. MAAMOR

Sejarah dan Latar belakang Sek. Keb.Kg Maamor
  
Sekolah ini diasaskan pada penghujung tahun 1948. Bangunan sekolahnya pada ketika itu didirikan oleh penduduk kampung dengan cara gotong royong dibawah kepimpinan ketua kampong ketika itu Allahyarham En. Ahmad b. Putih Md Isa.
Saat paling bersejarah bagi penduduk kampong ialah pada 9 Januari 1949, Seorang pegawai Inggeris Tuan Bernacchi yang berjawatan Penolong Pegawai Daerah Kuala Kangsar telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
Pada peringkat permulaan hanya 2 orang iaitu Allahyarham Encik Mohamad Alwi bin Pandak Udin sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Encik Abdul Kahar bin Abdullah dengan bilangan murid seramai 76 orang dalam 5 aliran darjah.

No comments:

Post a Comment