Sunday 13 October 2013

Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu

Semantik dan pragmatik bahasa Melayu A. Dalam ilmu semantik terdapat beberapa istilah. Berikan maksud/definisi/konsep bagi frasa-frasa di bawah. 1. Semantik Menurut Abdullah Hassan (1992:1), semantik ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna. Manakala J.W.M Verhaar (1996:13) berpendapat bahawa “semantik adalah cabang linguistik yang akan membahas erti atau makna”. R.H.Robins (1992:24) mentakrifkan semantik sebagai “Makna merupakan atribut bukan sahaja dari bahasa melainkan pula dari segenap sistem tanda dan lambang dan kajian makna dinamakan semantik”. Seterusnya Aminuddin (1988:15) menyatakan “Semantik berasal dari Yunani mengandungi makna untuk memaknai. Sebagai istilah teknis semantik mengandungi pengertian kajian tentang makna”. Maka, dapatlah dirumuskan semantik merupakan salah satu bidang linguistik yang mengkaji tentang makna. Ia juga menyumbang kepada hubungan dengan ilmu-ilmu yang lain seperti sosiologi, antropologi, falsafah dan psikologi. Kajian ini adalah sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti. Selain itu, ia juga menyelidik panduan tanda-tanda atau lambang yang menghasilkan sesuatu bahasa dan isinya. Dengan demikian dapatlah dikatakan jika tidak ada unsur makna, bahasa tidak akan sempurna. 2. Abstrak Perkataan yang memerlukan penelitian dan pentafsiran yang lebih mendalam disebut sebagai abstrak. Abstrak bersifat kabur dan tidak jelas maknanya. Kekeliruan akan berlaku apabila ada perkataan yang memerlukan penjelasan dan disebut sebagai makna kabur (taksa). Abstrak ini mempunyai empat jenis iaitu kekaburan rujukan, ketidakpastian makna, kurang ketentuan makna, dan pertentangan makna. 3. Konkrit Konkrit ialah perkataan yang jelas maknanya. Ia juga disebut makna denotatif. Denotatif mempunyai ciri-ciri seperti tepat, tidak menimbulkan kekeliruan atau pun keraguan. Ia merupakan makna yang boleh dirujuk terus kepada objek itu sendiri dan lebih berbentuk fakta. 4. Makna Saodah Abdullah (1990:40) dalam Abdullah Yusof (2009:16) menjelaskan makna boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan salah satu daripadanya ialah makna rujukan yang mengkaji sesuatu perkataan itu sebagai unit linguistik. Eugene A. Aida (1998:8) dalam Abdullah Yusof (2005:15) pula menyatakan bahawa makna simbol-simbol lisan dianggap sebagai suatu atribut atau ciri hakiki yang dimiliki oleh kata. Maka dapatlah dirumuskan makna ialah sesuatu yang dapat difahami dan mempunyai hubungan langsung. Hubungan langsung adalah perlu untuk mengetahui apa yang difikirkan oleh penutur semasa bertutur. Makna simbol-simbol lisan menyumbang kepada lambang bunyi dan makna. Dalam bahasa Melayu, banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu makna. Contohnya: i. Dia meminjam buku di perpustakaan. ii. Buku tebu sukar untuk dipotong. iii. Dia membeli dua buku sabun. Maksud perkataan “buku” dalam ayat-ayat di atas adalah berbeza-beza maknanya. Maksud “buku” pada ayat pertama bermaksud kertas-kertas yang telah dijilid, “buku” pada ayat yang kedua bermaksud ruas tebu dan “buku” pada ayat yang ketiga berfungsi sebagai penjodoh bilangan. 5. Lambang Menurut Ainon Ahmad (1994:48) dalam Abdullah Yusof (2009:16) perkataan-perkataan yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dinamakan sebagai lambang. Perkataan yang terdapat dalam bahasa di sebut lambang. Lambang merupakan salah satu jenis kod pada kumpulan objek yang dinamakan sebagai isyarat. Terdapat tiga jenis lambang iaitu indeks, ikon, dan konvensi. a) Indeks terbahagi kepada iaitu: i) Indeks kepada manusia. Contohnya: pakaian bayi di ampaian. Ini menunjukkan ada bayi di tempat itu. ii) Indeks kepada bukan manusia. Contohnya: tanah merekah. Ia menunjukkan kemarau. b) Ikon pula terbahagi kepada dua iaitu: i) lambang sifat-sifat yang ada pada dirinya contoh: gambar atau lakaran. ii) dan bunyi-bunyi anomotopoeik contohnya kuek untuk bunyi itik. c) Konvensi – merupakan satu lambang yang disebut sebagai simbol dan di terima pakai secara keseluruhan. Contohnya simbol dalam tanda baca. (!), (?). 6. Ketaksaan Ketaksaan bermaksud kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Menurut Soenjono Dardjowidjojo (2007), ayat yang mempunyai lebih daripada satu makna. Menurut Darwis Harahap (1994) pula, taksa ialah ayat yang tidak pasti maknanya. Contoh ayat: a) Pondok itu telah runtuh. Perkataan pondok itu mungkin membawa maksud rumah kecil, pondok tempat mengaji atau dangau. i. kekaburan rujukan Kekaburan rujukan bermaksud makna yang hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. Contohnya: Sahabat dan kawan. Sahabat adalah lebih rapat dari kawan. ii. ketidakpastian makna Ketidakpastian makna membawa maksud item yang kabur atau tidak jelas seperti binaan ayat bahasa Inggeris. iii.kurang ketentuan makna Kurang ketentuan makna bermaksud pengertian makna yang tidak jelas. Ayat yang dinyatakan secara umum sahaja. Contohnya: Budak itu terjatuh. ‘Budak’ tidak dijelaskan dari segi jantina, bangsa dan umurnya. Situasi terjatuh pula tidak diketahui tempat dan sebab-sebabnya. iv. Pertentangan makna Pertentangan makna bermaksud makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. Contohnya: a) Perjumpaan akan diadakan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat. Berdasarkan ayat di atas, ia menimbulkan ketaksaan kerana terdapat dua arahan yang kurang jelas sama ada perjumpaan selepas waktu asar atau selepas waktu pejabat kerana mungkin waktu asar adalah lebih awal dari waktu pulang dari pejabat. B. Ilmu semantik membicarakan jenis-jenis makna yang terdapat dalam bahasa Melayu. Berikan penjelasan tentang jenis-jenis makna di bawah. 1. Konotatif Makna konotatif adalah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, baik positif atau negatif.( Nik Safiah Karim, 2004). Makna konotatif berbeza dengan makna emotif kerana makna konotatif cenderung bersifat negatif, sedangkan makna emotif adalah makna yang bersifat positif. (Fathimah Djajasudarma, 1999:9) Sekiranya nilai rasa tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak memihak mana-mana. Contoh perkataan: Mati dan mampus. Walaupun perkataan mati dan mampus mempunyai makna denotatif yang sama tetapi kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Mati mempunyai nilai rasa yang tinggi manakala mampus mempunyai nilai rasa yang rendah. Bagi masyarakat yang beragama Islam pula, nilai rasa mereka berbeza dengan interpretasi masyarakat yang bukan beragama Islam. Makna konotatif juga boleh dilihat dari aspek lain yang tidak spesifik pada bahasa tetapi juga dikongsi bersama sistem komunikatif, bervariasi menurut budaya. Contohnya iklan di televisyen yang menggambarkan kemewahan dan bergaya walaupun dengan cara berhutang iaitu penggunaan kad kredit. 2. Leksikel Leksikel adalah makna yang dapat dibaca dalam kamus, kata-kata yang dapat berdiri sendiri, dalam bentuk imbuhan atau dalam bentuk dasar. Contohnya: perkataan lari, selari, berlari, berlarian, melarikan, larian, pelari dan pelarian memiliki makna leksikal kerana maknanya dapat dirujuk dalam kamus. Di dalam kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 912), leksikel didefinisikan sebagai bukan perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, makna sesuatu bahasa itu sendiri iaitu tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Contoh: Pohon itu bergoyang ditiup angin. Perkataan ‘pohon’ itu merujuk kepada pokok. Pohon maaf di atas segala kesalahan. ‘pohon’ di atas adalah bukan bermakna leksikel. . 3. Etimologis Etimologis bermakna mengkaji asal usul sesuatu perkataan terbentuk dan ia juga mencari maklumat tentang perubahan sesuatu perkataan. Perubahan kata mungkin berlaku berdasarkan perubahan nilai, norma, keadaan sosiopolitik atau ekonomi sesebuah masyarakat. Contoh perkataan: abang Abang adalah merujuk kepada saudara lelaki yang lebih tua. Ia juga merujuk kepada panggilan kepada orang lelaki yang umurnya melebihi daripada si pemanggil. Tetapi kini, ia telah berubah iaitu merujuk kepada panggilan kepada suami yang pada suatu waktu dulu panggilan untuk suami ialah kekanda. 4. Gramatikal Makna baru yang wujud akibat dari proses pengimbuhan, pengulangan, pemajmukan yang menghasilkan makna-makna gramatis adalah disebut gramatikal. Contohnya daripada kata dasar ‘jalan’. Jika diletakkan imbuhan menjadi perjalanan, berjalan, menjalankan, sejalan dan menjalani. Apabila pelbagai imbuhan diberikan ia memberi makna kata yang berlainan. 5. Stalistik Makna stalistik ialah perbezaan kata berdasarkan perbezaan sosial atau bidang-bidang tertentu. Menurut Geoffrey Leech (2005:25) makna stalistik adalah makna dalam sebuah kata yang menunjukkan lingkungan sosial penggunaannya. Contohnya perkataan konkrit. Bagi orang yang mempelajari tentang bahasa, konkrit bermaksud ‘perkataan yang jelas maknanya’ manakala orang yang terlibat bahagian kejuruteraan, konkrit membawa maksud ‘bahan binaan yang bercampur batu, simen dan pasir’. 6. Kolokatif Makna kolokatif ialah kata yang bersinonim yang hanya sesuai dengan padanan tertentu dan merangkumi perkataan yang penggunaannya dalam lingkungan yang sama. Menurut Abdullah Yusuf (2009:6) makna kolokatif berkenaan dengan ciri-ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim. Contohnya perkataan ‘jijik’ dan ‘kotor’ yang membawa maksud benda yang telah tercemar. Namun begitu, jijik lebih kepada sesuatu yang memualkan seperti najis atau perbuatan yang hina. C. Baca dan fahami konsep bagi perkataan sinonim, antonim, hiponim dan hipernim. Berikan 3 contoh kata yang boleh mewakili setiap istilah/kata di atas. 1. Sinonim Sinonim ialah dua perkataan yang hampir maksudnya atau seolah-olah sama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sinonim adalah kata yang sama maknanya dengan kata yang lain. Sinonim ialah kesamaan makna perkataan, iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Dalam bahasa Melayu, terdapat kamus sinonim yang mengandungi senarai perkataan seerti bahasa Melayu. Contohnya: i. Buruk – hodoh ii. Kuat – gagah iii. Harum – wangi 1.1 Sinonim Pinjaman ‘Pepatung’ dalam dialek Perak bermakna ‘cakcibau’. ‘Batas’ ialah jalan raya dalam dialek Kedah. Maksud konvesionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan petak-petak sawah. 1.2 Sinonim Konteks Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan, manakala ‘undang’ dalam konteks tulisan. Ini bermakna konteks mewujudkan perkataan yang sama makna. 1.3 Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya, ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’ manakala ‘biduan’ bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni. 2. Antonim Antonim ialah dua perkataan atau lebih makna seolah-olah berlawanan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat antonim sebagai kata yang berlawanan maknanya dengan kata yang lain. Terdapat tiga jenis antonim iaitu: i. Antonim berpasangan Antonim berpasangan merupakan perkataan yang berlawanan yang saling melengkapi antara satu sama lain. Contohnya: Tidur - jaga Hidup - mati Cantik - buruk ii. Antonim Berperingkat Makna kata adjektif yang menunjukkan pasangan kata ini mempunyai hubungan rujukan dengan benda yang dimaksudkan. Contohnya: Besar - kecil Kurus - gemuk Tinggi - rendah iii. Antonim Berhubungan Jenis pasangan kata antonim berhubungan. Dalam hal ini, kedua-dua pasangan itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara. Contohnya: doktor - pesakit jual - beli guru - murid 3. Hipernim dan hiponim Hipernim dan hiponim saling berkait di antara satu sama lain. Hipernim adalah kata-kata yang mewakili banyak kata lain manakala hiponim adalah kata khusus yang terwakili ertinya oleh kata hipernim. Menurut Abdullah Yusuf et. al., (2009), hipernim merupakan satu kata yang lebih besar iaitu kata umum yang juga disebut superordinat. Manakala hiponim adalah kata khusus yang disebut sebagai subordinat yang terangkum dalam maknanya dalam kata umum tadi, (dalam hipernim). i. Contoh hipernim ialah sayur. Hiponim bagi sayur seperti bendi, kacang, kangkung, sawi dan sebagainya. ii. Contoh Hipernim kedua ialah barang kemas. Hiponim barang-barang kemas ialah cincin, gelang, rantai dan sebagainya. iii. Contoh hipernim yang ketiga ialah air. Hiponimnya pula ialah air sungai, air laut, air hujan dan sebagainya. 3.1 Hiponim tulen adalah satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkatan lain (Abdullah Hassan, 2007). Contoh: 3.2 Hiponim umum Hiponim umum bermaksud satu perkataan yang menjadi kata nama umum seperti rumah teres dan rumah banglo. Ini bermakna bahawa sesuatu jenis rumah mesti bergabung dengan perkataan rumah untuk membentuk satu komponen kata nama am. D. Berikan ulasan dari sudut makna bagi pasangan perkataan di bawah. a) buaya – buaya darat i. Buaya ialah sejenis haiwan reptilia besar berkulit tebal, berbadan panjang dan hidup di air. ii. buaya darat ialah simpulan bahasa atau perkataan yang tersusun dalam susunan khas, membawa pengertian yang berlainan daripada erti perkataan asalnya. b) buku – membukukan i. buku ialah bahan helaian kertas berjilid yang berisi tulisan dan sebagainya untuk dibaca atau mempunyai ruangan kosong untuk ditulis. ii. Membukukan membawa maksud perbuatan menghasilkan buku atau menerbitkan dalam bentuk buku. c) wanita – perempuan Melalui teori Katz & Fodor (1963) setiap konsep dipecahkan ke dalam kompenan atau fitur yang terkecil. Fitur ini ditandai dengan (+) dan (-). Perbezaan ini dapat dilihat pada rajah di bawah. Wanita Perempuan (+) Orang (+) orang (+) Dewasa (-) dewasa (+) Bukan lelaki (+) bukan lelaki (-) Jantina (+) jantina (+) Kahwin (-) kahwin (+) Matang (-) matang (-) kanak-kanak (+) kanak-kanak Berdasarkan rajah di atas wanita tergolong dalam kata nama yang dikelompokkan dalam fitur iaitu orang dewasa yang bukan lelaki, telah berkahwin dan matang. Ia bukan seorang kanak-kanak. Perempuan adalah seorang bukan dewasa belum berkahwin, tidak matang dan mungkin seorang kanak-kanak. d) gadis – perawan gadis perawan (+) orang (+) orang (-) berkahwin (-) berkahwin (+) perempuan (+) perempuan (+) dewasa (+) dewasa (-) dara (+) dara Berdasarkan rajah di atas gadis ialah orang yang belum berkahwin, perempuan dewasa dan bukan dara. Manakala perawan pula ialah orang yang belum berkahwin, perempuan dewasa dan merupakan dara. E. Makna dianalisis dalam tiga bahagian lambang, fikiran dan benda (menurut C. K. Odgen dan I.A Richard). Berdasarkan penyataan di atas, buat sat huraian berkaitan dengan hubungan ketiga-tiga unsur tersebut. Menurut C.K. Odgen dan I.A. Richard dalam buku mereka The Meaning of Meaning (1923), makna sesuatu perkataan juga boleh dianalisa dengan menggunakan istilah lambang, fikiran dan benda. Ketiga-tiga istilah ini saling berhubungan antara satu sama lain sama ada secara langsung atau tidak langsung. Perhubungan ini dinamakan sebagai segitiga Semiotik. (Abdullah Hassan, 1980: 233) TEORI SEGITIGA SEMOITIK Teori Segitiga Semiotik (semiotic triangle) telah diperkenalkan oleh Ogden dan Richards. Melalui teori segitiga semiotik ini mereka cuba menerangkan makna dari segi komponennya. Mereka telah memecahkan makna kepada tiga komponen iaitu simbol (perkataan), fikiran (konsep/referensi) dan rujukan (benda). Mereka telah menggunakan segi tiga untuk merepresentasikan ketiga-tiga komponen makna tersebut. Simbol adalah unsur-unsur linguistik iaitu perkataan dan ayat, rujukan ialah benda sementara fikiran adalah konsep (Raminah Hj Sabran & Rahim Syam: 1987: 278). Di dalam rajah segi tiga semiotik terdapat garisan yang terputus-putus di antara simbol (perkataan) dan rujukan (benda). Ini menunjukkan simbol dan rujukan (benda) itu tidak mempunyai hubungan yang mutlak. Contohnya perkataan jam merupakan lambang yang menggunakan sebuah jam dalam fikiran. Ada hubungan antara fikiran dengan jam dan ada juga hubungan antara fikiran dengan benda sebenar. Namun, hubungan antara lambang dengan jam adalah tidak langsung. Sesuatu lambang boleh berubah mengikut pengalaman dan pemikiran sesuatu. Mungkin ada yang melambangkan jam sebagai jam tangan, jam dinding, jam loceng dan sebagainya. Namun hubungan antara fikiran dengan benda dan lambang masih sama. Kesimpulannya, Segitiga Makna Oden dan Richard boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: i) Symbol Symbol menunjukkan benda, manusia, peristiwa yang melalui fikiran yang melibatkan perasaan, sikap, harapan dan impian. Simbolisme Oden dan Richard hanya berurusan dengan bidang yang terbats oleh pengalaman manusia. ii) Reference Oden dan Richard menggunakan istilah rujukan atau reference untuk menjelas atau menunjukkan ke suatu objek dengan tidak menggunakan kata fikiran. iii) Referent Istilah ini dicipta oleh Odgen dan Richard bagi memenuhi satu keperluan dan merujuk kepada sesuatu benda nyata yang berada di luar kotak fikiran manusia. Jika kita menggunakan symbol maka kita akan merujuk kepada referent seperti apa itu, di mana, dan siapa. Ia boleh berhubungan secara langsung atau tidak langsung.

Saturday 12 October 2013

Minuman kafein


                                                         (Sumber: Pengguna Kanak-kanak: Mei-Jun 2009)

Makanan Ringan

      Makanan ringan ini dikenali pelbagai perkataan. Bagi kawasan selatan terutama di Johor disebut jajan. Ada yang menyebutnya makanan remeh tetapi yang pastinya ia tidak mengandungi khasiat. Di antaranya seperti gula-gula, keropok (bukan keropok ikan yang berasal dari Kelantan dan Terengganu), jeli, makanan segera seperti burger dan sosej. Hakikatnya, ia membabitkan apa saja makanan yang kaya dengan lemak, garam dan gula.




 Ia tidak berkhasiat namun syarikat pengeluar mengaut untung daripada kanak-kanak yang membelinya. Sungguhpun tidak berkhasiat, ia terus digemari kerana mengandungi pelbagai perisa.Lebanyakannya kaya dengan garam natrium, gula dan lemak; penambah perisa kimia untuk menyedapkannya, pewarna kimia untuk mencantikkannya dan penstabil untuk meningkatkan jangka hayatnya.

     Kajian menunjukkan makan makanan remeh secara berterusan boleh menyebabkan arteri tersumbat sejak usia 30 tahun dan memberi laluan kepada serangan jantung pada masa depan. Tabiat pemakanan yang buruk sepanjang hayat boleh menyebabkan penyakit seperti kegemukan, diabetes, osteoporosis dan hipertensi.

Kesan pengambilan makanan ringan
     
i. Tidak bertenaga
     Ia merupakan kesan jangka pendek akibat memakan makanan remeh. Oleh kerana kurang khasiat penting, badan menjadi lemah.



 ii. Hilang Tumpuan
 Ia merupakan kesan segera atau pertengahan. Oleh kerana makanan remeh kaya minyak, anda akan terasa mengantuk dan sukar memberi tumpuan. Selepas beberapa lama, lemak terkumpul dalam tubuh menyebabkan penurunan peredaran darah. Kekurangan oksigen, nutrien dan protein yang penting, boleh melemahkan sel-sel otak.


iii. Masalah jantung
     Diet makanan remeh boleh menyebabkan pembentukan plak dalam arteri yang memaksa arteri bekerja keras untuk mengepam darah pada sebelah bawah. Di sebelah atas, kurangnya darah yang mengalir ke jantung. Kerja keras tambahan ini menyebabkan jantung penat dan menjejaskan bekalan oksigen.


  iv. Kolesterol Tinggi
     Kesan jangka panjang makanan remeh tinggi kolestrol ialah ia menekan hati hingga akhirnya mempu merosakkannya.
                                                           (Sumber: Pengguna Kanak-kanak, Keluaran Mei-Jun, 2009).

Sunday 6 October 2013

Mesin siklostil

Mesin siklostil
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002: 1278) Mesin siklostil ialah sejenis mesin pendua yang menggunakan stensil untuk menghasilkan banyak salinan.
Zaman persekolahan saya dahulu di antara tahun 1974-1984, saya biasa melihat mesin siklostil yang digunakan oleh guru-guru untuk membuat soalan peperiksaan.  Kiranya canggihlah mesin itu di zaman itu. Mesin itu ibarat mesin photostate di waktu sekarang tetapi sebelum menggunakannya ada lagi beberapa proses yang perlu dilakukan.

Saya menjawat jawatan guru semenjak tahun 1989. Pada waktu itu sudah ada mesin photostate tetapi tidak digunakan secara meluas kerana kosnya yang mahal. Di sekolah-sekolah menggunakan mesin saiklostil untuk memperbanyakkan kertas soalan sama ada soalan latihan atau pun soalan peperiksaan.

Setelah soalan siap dibina, cikgu-cikgu akan menggunakan kertas stensil bersama pen stensil untuk menulis soalan. Kalau tiada pen stensil, guna pen yang sudah kehabisan dakwat pun boleh. Biasanya cikgu tahap 1 yang guna pen stensil sebab cikgu yang tentukan sendiri nak besar mana tulisan. Itulah salah satu sebab tulisan cikgu perlu cantik. Mesin taip sudah pastilah tak boleh nak besarkan tulisan. Tak ada bahagian ‘font’ yang nak ditekan.

Kalau untuk murid tahap 2 atau sekolah menengah, guru-guru boleh gunakan mesin taip. Masukkan kertas stensil dalam mesin taip. Skil menaip macam-macam, macam ayam patuk pun ada, laju macam kereta api pun ada. Kalau dah namanya cikgu, tak pandai pun jadi pandai. Betul tak cikgu-cikgu veteran?
Dah siap menaip, bolehlah mula guna mesin saiklostil. Kalau tak ada pekerja, cikgu juga yang kena buat sendiri. Bagi cikgu perempuan yang bertudung, kalau tak hati-hati, bercoraklah tudung dengan dakwat siklostil.


Ini gambar mesin saiklostil yang ada di sekolah saya. Ini pun saya jumpa dalam stor yang dipenuhi tahi kelawar bersama-sama timbunan buku yang sudah tidak berguna. Sekarang saya tempatkan di ‘Sudut Warisan Sekolah’.

                                                       Mesin siklostil atau mesin penggelek

Kertas stensil dimasukkan ke dalam mesin siklostil


Bunyi-bunyi Bahasa

      Bunyi-bunyi Bahasa
1.0 Fonetik artikulasi
Fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Ia juga menerangkan kedudukan alat artikulasi dan cara ia berfungsi sewaktu menghasilkan bunyi bahasa.
Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Daerah artikulasi pula adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Alat-alat ini berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa.

Bunyi bahasa terhasil daripada mekanisme tubuh bermula daripada udara yang keluar dari paru-paru melalui pita suara yang menghasilkan nada.  Udara melalui rongga tekak, mulut, hidung yang menghasilkan gema dan  ditambah dengan gangguan atau tambahan kepada alat artikulasi rongga mulut yang menghasilkan lantunan bunyi berbeza seperti letupan, letusan atau geseran.

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.
 1.1 Bunyi vokal
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Ia terhasil apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit. Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
     i. Vokal hadapan
     ii. Vokal tengah
     iii. Vokal belakang
 Dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Jenis-jenis vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :

Jenis vokal
Lambang
Nama vokal
Vokal Hadapan
[ i ]
[ e ]
[ Ɛ]
[ a ]
Vokal hadapan sempit
Vokal hadapan separuh sempit
Vokal hadapan separuh luas
Vokal hadapan luas
Vokal Tengah
[ ə ]
[ 3 ]
Vokal tengah pendek
Vokal tengah panjang
Vokal Belakang
[ u ]
[ o ]
[ ]
Vokal belakang sempit
Vokal belakang separuh sempit
Vokal belakang separuh luas
Jenis-jenis vokal Bahasa Melayu

(i) Vokal Hadapan
Vokal hadapan ialah bunyi [ a] , [ i ] ,[ Ɛ ] , dan [ a ]. Daerah artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat dalam membunyikannya ialah lidah, bibir dan saiz rongga mulut. Vokal hadapan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu vokal hadapan sempit [ i ] , vokal hadapan separuh sempit [ e ] , vokal hadapan luas [ a ] , dan vokal hadapan separuh luas [ Ɛ ].
(ii) Vokal Depan Sempit [i]
Semasa menghasilkan vokal ini bibir dihamparkan, depan lidah hendaklah dinaikkan tinggi tetapi jangan menyentuh lelangit keras. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara pula haruslah dirapatkan supaya udara yang keluar boleh menggetarkan selaput suara seperti dalam rajah di bawah :


        



Vokal Hadapan Sempit [i]                Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i]
                                                          Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

Contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[itik]
[ikut]
[kita]
[ciku]
[ceri]
[kali]

iii. Vokal Depan Separuh Sempit [e]
Vokal ini pula terletak di bahagian tengah depan mulut. Semasa menyebutnya, bibir dihamparkan separuh sempit, lidah berada di tengah. Lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i]. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan dan pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut seperti rajah di bawah :
                      
 Vokal Hadapan Sempit [e]                     Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi[e]
                                                                  Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

           
Contoh kehadiran bunyi [e] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[ekor]
[ekar]
[merah]
[sepah]
[tauge]
[tauke]


iv. Vokal Depan Luas (rendah) [a]
Sebutannya lebih rendah daripada menyebut vokal [e]. Bibir dalam keadaan hampar. Depan lidah hendaklah diturunkan serendah mungkin. Semasa menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung manakala pita suara pula akan bergetar. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana ia dibunyikan.


Kedudukan bibirsemasa menghasilkan bunyi [a]
Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47
Vokal Depan Luas (rendah) [a]

       Contoh kehadiran bunyi [a] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[asli]

[amboi]
[capai]

[baǰa]

[supaya]
[mãmã]










v. Vokal Depan Separuh Luas [Ɛ]
Sebutannya lebih rendah daripada menyebut vokal [e]. Bibir dihampar separuh luas. Depan lidah hendaklah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Semasa menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung manakala pita suara pula akan bergetar. 
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana ia dibunyikan.                                                    
                                
        Vokal Depan Separuh Luas  [Ɛ]                  Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [Ɛ]
                                                          (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)


Contoh kehadiran bunyi [Ɛ] dalam perkataan dalam dialek Kelantan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[Ɛsoɂ]

[Ɛloɂ]
[bƐso]

[gƐlƐɂ]

[godƐ]
[bulƐ]


iv. Vokal Tengah [ǝ]
Vokal tengah [ǝ] terhasil dengan meletakkan keadaan tengah lidah pada lelangit keras manakala bibir pula dihambarkan iaitu dibuka tidak luas. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
                                              
  Vokal Tengah  [ǝ]                                 Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ǝ]
                                                             (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)


Contoh kehadiran bunyi [ǝ] dalam perkataan

Awal Perkataan
Akhir perkataan
[ǝmbun]
[ǝmpat]
[pǝnat]
[bǝrat]
vii. Vokal Belakang
Vokal bahagian belakang pula terdiri daripada [ u ], [o] dan []. Daerah artikulasi yang terlibat adalah bahagian lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi vokal ini adalah lidah dan lelangit lembut. Kadar bukaan luas ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Vokal belakang dikategorikan kepada vokal belakang separuh luas [], vokal belakang sempit [ u ], dan vokal belakang separuh sempit [ o ].
viii. Vokal Belakang Sempit [u]

Semasa membunyikan vokal ini bibir dibundarkan, lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut supaya dapat menyempitkan rongga mulut tetapi ianya tidak mencecah lelangit lembut. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan serta pita suara bergetar. Sila lihat rajah dibawah :
                           
 
Vokal Belakang Sempit [u]                 Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [u]
                                                             (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)


     Contoh kehadiran bunyi [u] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[ubat]

[ulat]
[sudu]

[pukat]

[biru]
[buku]

 ix. Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
Bibir dibundarkan.Belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut. Manakala lelangit lembut serta anak tekak dinaikkan bagi menutup rongga hidung dan pita suara akan bergetar. Sila lihat rajah di bawah :
                          
                                                                                   
           Vokal Belakang Separuh Sempit[o]    Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [o]                                                                    (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)
                        Contoh kehadiran bunyi [o] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[otot]

[obor]
[tokoh]

[botol]

[koko]
[pidato]

x. Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]

                                    Vokal ini disebut dengan menaikkan lidah separuh sempit ke arah lelangit lembut. Bibir dibundarkan. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara digetarkan
                                  .                                                  
     Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]             Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ɔ]                                                             (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)


     Contoh kehadiran bunyi [ɔ] dalam perkataan dalam dialek Kelantan.                                                                                                                                                                
              Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[ɔbat]

[ɔtaɂ]
[pɔkɔɂ]

 [bɛlɔt]
[kitɔ]
[guanɔ]

2.1.2 Bunyi Konsonan
Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal yang bersuara atau tidak bersuara.Contoh konsonan bersuara seperti [b], [d] dan [g]. Bunyi ini dihasilkan apabila udara daripada peparu menerima sekatan atau geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau pun hidung. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t], dan [k].

             (i) Konsonan Letupan Dua Bibir  [p] dan [b].
Penghasilan konsonan [p] adalah dari letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Konsonan [b] pula adalah letupan dua bibir bersuara kerana pita suara bergetar.Kedua-dua konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Udara pula tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar seperti rajah di bawah:

       Konsonan Letupan [p] dan [b].

Contoh perkataan letupan 2 bibir tidak bersuara  [p]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[papan]

[paku]
[bapa]

[jumpa]

[gelap]
[redup]

Contoh perkataan letupan 2 bibir  bersuara  [b]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[bawa]

[bakul]
[tabah]

[ubat]

[azab]

[darab]


 (ii) Konsonan Letupan Gusi
- Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] dan Letupan Gusi Bersuara [d]
Konsonan [t] dan [d] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir atau mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, maka terhasillah bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara. Manakala bunyi [d] terhasil apabila pita suara digetarkan iaitu bunyi letupan gusi bersuara seperti rajah di bawah :
                       
        Konsonan Letupan [t] dan [d]


        Contoh perkataan letupan gusi tidak bersuara [t]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[tali]

[takut]
[hitam]

[ketat]

[sakit]

[tamat]


Contoh perkataan Letupan Gusi Bersuara [d]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[dagu]
[data]
[cadar]
[budu]
[tekad]
[ǰasad]

(iii) Letupan Lelangit Lembut
-Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k] dan Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]
Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Bunyi [k] adalah letupan lelangit lembut tak bersuara. Bunyi [g] pula ialah letupan lelangit lembut bersuara. Ia terhasil apabila pita suara dirapatkan dan arus udara keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara seperti rajah dibawah :
     Penghasilan konsonan [k] dan [g]

                Contoh perkataan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[kali]

[kalut]
[bakar]

[pakat]

[kritik]

[politik]







Contoh perkataan Letupan lelangit lembut Bersuara [g]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[gatal]
[gulai]
[segak]
[tagih]
[dialog]
[beg]

 (iv) Hentian Glotis [ɂ]
Hentian glotis terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak bagi membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara tidak bergetar kerana ia dirapatkan dan arus udara keluar dari peparu tersekat pada bahagian rapatan pita suara seperti rajah dibawah:
Penghasilan Hentian Glotis [ɂ]

Contoh perkataan Hentian Glotis [ɂ]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[ɂikan]
[ɂibu]
[saɂat]
[jumaɂat]
[galaɂ]
[anaɂ]


(v) Letusan Lelangit Keras-Gusi
-Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č] dan Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ǰ]
Bunyi [č] dan bunyi [ǰ]  terhasil apabila bahagian hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras bagi membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar dari rongga hidung. Bunyi [č] dihasilkan dengan mengeluarkan udara dariparu-paru tanpa menggetarkan pita suara.. Bunyi [ǰ] pula dihasilkan dengan mengeluarkan udara dari paru-paru dengan menggetarkan pita suara seperti rajah dibawah :
   Penghasilan konsonan [č]

               Contoh perkataan Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[čabut]

[čuri]
[kunči]

[čuči]

[mač]

[koč]




Contoh perkataan Letusan lelangit keras Bersuara [ǰ]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[ǰoloɂ]
[ǰuga]
[taǰam]
[huǰan]
[imeǰ]
[koleǰ]


(iv) Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] dan geseran glotis Bersuara [h] dihasilkan dengan cara pita suara direnggangkan sedikit, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup udara keluar dari rongga hidung. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] dihasilkan melalui udara yang keluar dari paru-paru  dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi dan pita suara tidak digetarkan. Manakala geseran glotis Bersuara [h] pula dihasilkan melalui udara yang keluar dari paru-paru  dengan menggeser sempitan glotis dan pita suara digetarkan.
        
  Konsonan Geseran [s]

Contoh perkataan Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[sapu]

[sayaŋ]
[basuh]

[dasar]

[habis]

[bilis]

                                          
                                                Konsonan Geseran [h]
Contoh perkataan geseran glotis Bersuara [h]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[habis]
[hapus]
[ǰahat]
[pahat]
[lebǝh]
[bǝrseh]


v. Getaran Gusi Bersuara [r]
Konsonan [r]- bunyinya terhasil apabila hujung lidah diletakkan di gusi sehingga udara dapat melalui antara lidah dan juga gusi. Lidah pula akan bergetar manakala lelangit lembut pada waktu iti dinaikkan. Pita suara dirapatkan. Bunyi [r] dinamakan sebagai bunyi getaran gusi bersuara seperti rajah di bawah:
Penghasilan Konsonan [r]



Contoh Perkataan Penghasilan Konsonan [r]
      Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[runtuh]

[rabun]
[kǝras]

[laras]
[kasar]

[lebar]




Sisian Gusi Bersuara [l]
Bunyi [l] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak untuk menutup rongga hidung  Pita suara pula digetarkan semasa udara kelauar dari paru-paru ke rongga mulut melalui sisian atau tepian seperti rajah di bawah:
      Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]


            Contoh perkataan Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[lalai]
[lali]
[balai]
[gulai]
[bilal]
[bǝkal]





2.1.2.(vi) Konsonan Sengauan
Konsonan Sengauan Dua Bibir Bersuara [m]
Konsanan [m] dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan pada bibir atas, lelangit lembut dan anak tekak diturunkan, pita suara dirapatkan. Udara dariparu-paru memasuki rongga mulut dan kelar melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan. Bunyi konsonan dihasilkan seperti rajah di bawah:
                                   
 Penghasilan konsonan [m]





            Contoh perkataan Konsonan  [m]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[macam]
[murah]
[tǝman]
[lumba]
[kǝtam]
[katam]

2.1.2.iv Sengau Gusi Bersuara [n]

Konsonan [n] dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan pada gusi untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Konsonan [n] dihasilkan seperti rajah di bawah:

                                               
Penghasilan Konsonan [n]                  




            Contoh perkataan Konsonan  [n]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[naga]
[nila]
[tanam]
[nanah]
[bosan]
[taman]

Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ɲ]
Konsanan [ɲ] dihasilkan apabila depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan dan terhasil konsonan [ɲ] seperti rajah di bawah:
                                               
                                                Penghasilan Konsonan [ɲ]                             



            Contoh perkataan Konsonan  [ɲ]


Awal Kata
Tengah Kata

[nyariŋ]
[ɲatoh]
[taɲa]
[puɲa]




Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ]

Konsonan [ŋ] dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar ke rongga mulut. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung dan dilepaskan perlahan-lahan. Bunyinya dinamakan sebagai sengauan lelangit keras bersuara seperti rajah di bawah:
Penghasilan Konsonan [ŋ]


Contoh perkataan Konsonan  [ŋ]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[ŋilu]
[ŋǝri]
[biŋka]
[naŋka]
[saraŋ]
[tulaŋ]

vi.c. Sila lihat rajah dibawah :
                                               
       Penghasilan Separuh Vokal [w]






Contoh perkataan Konsonan  [w]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[waris]
[wajaŋ]
[tawa]
[tawan]
[sepaɂ takraw]




Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]
Konsonan [j] terhasil apabila depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi seperti hendak menyebut huruf [i] tetapi bergerak kepada vokal tengah [ǝ]. Bibir dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Bunyi inilah dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara seperti rajah dibawah :
       Penghasilan Separuh Vokal [j]




            Contoh perkataan Konsonan  [j]


Awal Kata
Tengah Kata

[jatim]
[jakin]
[sajaŋ]
[tajaŋ]





2.1.3 Diftong

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong. Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].
Terdapat tiga jenis diftong dalam Bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Dalam diftong /ai/ bunyi vokal /i/ akan menggeluncur ke vokal /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/pada diftong /oi/ dan bunyi /u/ pada diftong /au/. Namun demikian, tidak banyak perkataan yang mengandungi diftong /oi/dalam Bahasa Melayu.