Wednesday 9 July 2014

Pokok asam gelugur atau asam keping

Buah asam keping
Di belakang rumah banyak pokok asam gelugur atau dikenali dengan asam keping. Sekarang tengah lebat buahnya. Pokoknya jenis tinggi lebih dari 4 meter. Daunnya boleh dicampur dalam telur itik masak lemak cili padi.  Buahnya juga bermusim tapi tak sama dengan musim buah-buahan. Biasanya bila habis buah gugur, pokok akan mengeluarkan daun muda yang berwarna kemerah-merahan dan akan berbunga semula. Bila mula gugur sibuklah mengutip sebab buahnya boleh bertahan 2-3 hari shj di atas tanah. Bijinya mudah rosak dan berulat dan merosakkan buahnya. Ini bermakna ia rosak di bahagian dalam dulu.

Pokok asam keping

Buah asam keping yang belum sudah masak tapi belum gugur
 Buah yang muda berwarna hijau, bila masak bertukar kuning dan akan gugur sendiri apabila cukup masak. Adalah lebih baik tunggu buah itu gugur sendiri daripada dipetik supaya elok apabila dibuat asam keping.

Asam yang elok tua akan berwarna oren.


Contoh belahan isi asam gelugur
 Buah dibelah dua mengikut ulasnya. Bijinya akan dibuang dan dipotong-potong mengikut saiz yang sesuai. Biasanya setiap ulas dibelah tiga atau empat supaya mudah untuk mengeringkannya. 

Dibelah mengikut ulasnya



Apabila siap dipotong ia bolehlah disusun dan dijemur di bawah cahaya matahari. Jika cuaca elok, 2 @ 3 hari sudah boleh disimpan.
Saya selalu jadikan buah tangan apabila berkunjung ke rumah kawan-kawan atau sedara mara. Spesialnya sebab pokok sendiri dan memprosesnya juga adalah hasil usaha sendiri.

Tuesday 8 July 2014

Tazkirah Ramadhan

Selepas bertadarus Al Quran, cikgu-cikgu akan bergilir setiap hari untuk menjalankan tazkirah. Sampailaih giliran daku untuk menyampaikan tazkirah.
Maka saya nk share di sini.

Semua orang tahu maksud bonus dan semua orang nak bonus. Maklumlah imbuhan yang berganda. Siapa yang tak nak.
Dalam bulan Islam juga akan ada bonus. Kita akan dapat bonus setiap bulan Ramadhan. Bonus pula tak sama bagi setiap orang. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit.
Siapa yang nak bonus banyak? Ramai yang nak kan?
Inilah cara-caranya..
1. Jangan lupa solat 5 waktu. Itu yang wajib. 
     Kemudian baru diikuti dengan sunat. 
      - solat terawih, tahajjud, hajat dll.
2. Berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa di bulan lain pun boleh tapi di bulan Ranadhan adalah wajib. 
    Bonusnya berganda-ganda!
3. Bersedekah. Bonusnya juga berganda.
4. Tidak menyakiti hati orang lain.
5. Buatlah perkara yang mendatangkan kebaikan.
Semua tu bonus..

Nak bonus sikit? Ramai yang tak nak kan?..
Jangan buat perkara negatif..

Selesailah tazkirah saya pada hari ini. 3 min aje.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin..

Tadarus Al Quran di bulan Ramadhan

Seronok nyer menyambut Ramadhan. Sebagai permulaan dijalankan pelancaran Ihya' Ramadhan. Pelbagai program dirancang sepanjang bulan Ramadhan di sekolah.
Waktu rehat digantikan dengan tadarus Quran. Ramai murid yang dapat membaca Quran dengan baik. Tahniah kepada ustaz, ustazah dan ibu bapa yang membimbing.
Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan guru akan menyemak bacaan mereka.

 Tadarus dijalankan di surau kayu SK Rambai Tujuh.