Sunday 25 May 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Setelah mengajar di Sek. Keb. Kg. Maamor, Sungai Siput(U) selama 3 tahun, daku pun mohon berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan Sayong. Ini disebabkan rumah yang dibina hampir siap dan agak jauh untuk berulang alik lebih kurang 108km (pergi dan balik). Memang sayang untuk meninggalkan sekolah itu tapi disebabkan masa..
Maka sejarah baru pun bermula..
Inilah sekolah ku yang baru..


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung  Rambai Tujuh secara bergotong royong pada tahun 1931. Gotong royong ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Din bin Imam Kassim. Ia dibina di atas tanah Lot No. 1668 kepunyaan En. Ngah bin Kulup Idris dan rakan kongsinya.
                Keluasan awal sekolah ini ialah kira-kira 748 kaki persegi dengan satu bilik darjah dan sebuah rumah guru beratap nipah dan bertiang buluh. Bagi memenuhi keperluan kelas yang tidak mencukupi, rumah guru telah digunakan sebagai kelas  pada 4 April 1931.
                Sebanyak RM330 digunakan untuk membina sekolah iaitu RM240 hasil daripada sumbangan orang ramai dan RM90 lagi daripada Pejabat Daerah Kuala Kangsar yang diketuai oleh Tuan Eleton sebagai District Officer (Pegawai Daerah). Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah En.Megat Di dengan 40 orang pelajar.
                Bangunan sekolah mulai reput dan tidak selamat digunakan dan tuan tanah menuntut semula tanahnya. Maka, pada tahun 1949 Jawatankuasa sekolah telah berjaya mendapatkan sekeping tanah kerajaan di Lot No. 5703 berhampiran dengan tapak lama sekolah. Pada pertengahan tahun tersebut, Tuan E C Hiks (Senior Inspector of School perak) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM900.00 untuk membina bangunan berukuran 30 X 25 kaki. Bangunan ini dibina berlantaikan simen, berdindingkan papan dan beratapkan asbestos.
Pada tahun 1957, pihak Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan  untuk menampung peningkatan pelajar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi (Bekas Menteri Besar Perak) pada tahun 1958.
Pada januari 1968, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah yang berukuran 60 X 30 kaki berbentuk kekal dengan no pendaftaran JKR 1052. Bangunan ini digunakan pada 1 Mac 1968.
Pada awal tahun 1980an, sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah kantin, Sehingga kini 4 blok bangunan termasuk sebuah kantin masih digunakan.

Lagu Sekolah SKRT
Rajin tekun berjaya
Lambang sekolah kita
Beriman juga bertaqwa
Amalan kita semua

Bersatu kita membela diri
Mengharumkan sekolah ini
Berdisiplin berdedikasi
Nilai diri murni
Bersama kita terus berbakti
Itulah insan sejati


Tekun rajin serta berusaha
Hingga kita berjaya
Maju terus maju
Maju SKRTku

Maju SKRTku..