Saturday 12 October 2013

Makanan Ringan

      Makanan ringan ini dikenali pelbagai perkataan. Bagi kawasan selatan terutama di Johor disebut jajan. Ada yang menyebutnya makanan remeh tetapi yang pastinya ia tidak mengandungi khasiat. Di antaranya seperti gula-gula, keropok (bukan keropok ikan yang berasal dari Kelantan dan Terengganu), jeli, makanan segera seperti burger dan sosej. Hakikatnya, ia membabitkan apa saja makanan yang kaya dengan lemak, garam dan gula.




 Ia tidak berkhasiat namun syarikat pengeluar mengaut untung daripada kanak-kanak yang membelinya. Sungguhpun tidak berkhasiat, ia terus digemari kerana mengandungi pelbagai perisa.Lebanyakannya kaya dengan garam natrium, gula dan lemak; penambah perisa kimia untuk menyedapkannya, pewarna kimia untuk mencantikkannya dan penstabil untuk meningkatkan jangka hayatnya.

     Kajian menunjukkan makan makanan remeh secara berterusan boleh menyebabkan arteri tersumbat sejak usia 30 tahun dan memberi laluan kepada serangan jantung pada masa depan. Tabiat pemakanan yang buruk sepanjang hayat boleh menyebabkan penyakit seperti kegemukan, diabetes, osteoporosis dan hipertensi.

Kesan pengambilan makanan ringan
     
i. Tidak bertenaga
     Ia merupakan kesan jangka pendek akibat memakan makanan remeh. Oleh kerana kurang khasiat penting, badan menjadi lemah.



 ii. Hilang Tumpuan
 Ia merupakan kesan segera atau pertengahan. Oleh kerana makanan remeh kaya minyak, anda akan terasa mengantuk dan sukar memberi tumpuan. Selepas beberapa lama, lemak terkumpul dalam tubuh menyebabkan penurunan peredaran darah. Kekurangan oksigen, nutrien dan protein yang penting, boleh melemahkan sel-sel otak.


iii. Masalah jantung
     Diet makanan remeh boleh menyebabkan pembentukan plak dalam arteri yang memaksa arteri bekerja keras untuk mengepam darah pada sebelah bawah. Di sebelah atas, kurangnya darah yang mengalir ke jantung. Kerja keras tambahan ini menyebabkan jantung penat dan menjejaskan bekalan oksigen.


  iv. Kolesterol Tinggi
     Kesan jangka panjang makanan remeh tinggi kolestrol ialah ia menekan hati hingga akhirnya mempu merosakkannya.
                                                           (Sumber: Pengguna Kanak-kanak, Keluaran Mei-Jun, 2009).

No comments:

Post a Comment