Sunday 6 October 2013

Bunyi-bunyi Bahasa

      Bunyi-bunyi Bahasa
1.0 Fonetik artikulasi
Fonetik artikulasi ialah bidang yang meneliti penghasilan bunyi pertuturan oleh alat pertuturan manusia, iaitu bagaimana seorang penutur itu menghasilkan bunyi dengan menggunakan alat pertuturan dan cara bunyi itu diklasifikasikan dan dideskripsikan. Ia juga menerangkan kedudukan alat artikulasi dan cara ia berfungsi sewaktu menghasilkan bunyi bahasa.
Alat ujaran yang bergerak untuk menghasilkan bunyi bahasa disebut artikulator. Antara contoh artikulator adalah seperti lidah, gigi bawah dan bibir bawah. Manakala daerah yang disentuh atau didekati oleh artikulator disebut daerah artikulasi. Daerah artikulasi pula adalah seperti gigi atas, gusi atas, bibir atas, anak tekak, lelangit keras dan lelangit lembut. Alat-alat ini berfungsi ketika mengeluarkan bunyi bahasa.

Bunyi bahasa terhasil daripada mekanisme tubuh bermula daripada udara yang keluar dari paru-paru melalui pita suara yang menghasilkan nada.  Udara melalui rongga tekak, mulut, hidung yang menghasilkan gema dan  ditambah dengan gangguan atau tambahan kepada alat artikulasi rongga mulut yang menghasilkan lantunan bunyi berbeza seperti letupan, letusan atau geseran.

Secara umumnya, terdapat tiga golongan bunyi dalam Bahasa Melayu iaitu vokal, konsonan dan diftong. Golongan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Bunyi tersebut dikenali sebagai bunyi vokal.
 1.1 Bunyi vokal
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Ia terhasil apabila udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa tersekat atau terhimpit. Bunyi tersebut hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
     i. Vokal hadapan
     ii. Vokal tengah
     iii. Vokal belakang
 Dari segi tulisan dan penyebutan standard, vokal bahasa Melayu terbahagi kepada enam jenis, tetapi di dalam pertuturan, terdapat sembilan jenis vokal yang sering dihasilkan. Jenis-jenis vokal itu boleh dilihat melalui carta vokal yang disediakan di bawah :

Jenis vokal
Lambang
Nama vokal
Vokal Hadapan
[ i ]
[ e ]
[ Ɛ]
[ a ]
Vokal hadapan sempit
Vokal hadapan separuh sempit
Vokal hadapan separuh luas
Vokal hadapan luas
Vokal Tengah
[ ə ]
[ 3 ]
Vokal tengah pendek
Vokal tengah panjang
Vokal Belakang
[ u ]
[ o ]
[ ]
Vokal belakang sempit
Vokal belakang separuh sempit
Vokal belakang separuh luas
Jenis-jenis vokal Bahasa Melayu

(i) Vokal Hadapan
Vokal hadapan ialah bunyi [ a] , [ i ] ,[ Ɛ ] , dan [ a ]. Daerah artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat dalam membunyikannya ialah lidah, bibir dan saiz rongga mulut. Vokal hadapan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu vokal hadapan sempit [ i ] , vokal hadapan separuh sempit [ e ] , vokal hadapan luas [ a ] , dan vokal hadapan separuh luas [ Ɛ ].
(ii) Vokal Depan Sempit [i]
Semasa menghasilkan vokal ini bibir dihamparkan, depan lidah hendaklah dinaikkan tinggi tetapi jangan menyentuh lelangit keras. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara pula haruslah dirapatkan supaya udara yang keluar boleh menggetarkan selaput suara seperti dalam rajah di bawah :


        



Vokal Hadapan Sempit [i]                Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [i]
                                                          Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

Contoh kehadiran bunyi [i] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[itik]
[ikut]
[kita]
[ciku]
[ceri]
[kali]

iii. Vokal Depan Separuh Sempit [e]
Vokal ini pula terletak di bahagian tengah depan mulut. Semasa menyebutnya, bibir dihamparkan separuh sempit, lidah berada di tengah. Lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i]. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan dan pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut seperti rajah di bawah :
                      
 Vokal Hadapan Sempit [e]                     Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi[e]
                                                                  Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47

           
Contoh kehadiran bunyi [e] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[ekor]
[ekar]
[merah]
[sepah]
[tauge]
[tauke]


iv. Vokal Depan Luas (rendah) [a]
Sebutannya lebih rendah daripada menyebut vokal [e]. Bibir dalam keadaan hampar. Depan lidah hendaklah diturunkan serendah mungkin. Semasa menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung manakala pita suara pula akan bergetar. Rajah di bawah menunjukkan bagaimana ia dibunyikan.


Kedudukan bibirsemasa menghasilkan bunyi [a]
Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:47
Vokal Depan Luas (rendah) [a]

       Contoh kehadiran bunyi [a] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[asli]

[amboi]
[capai]

[baǰa]

[supaya]
[mãmã]










v. Vokal Depan Separuh Luas [Ɛ]
Sebutannya lebih rendah daripada menyebut vokal [e]. Bibir dihampar separuh luas. Depan lidah hendaklah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi. Semasa menyebutnya lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung manakala pita suara pula akan bergetar. 
Rajah di bawah menunjukkan bagaimana ia dibunyikan.                                                    
                                
        Vokal Depan Separuh Luas  [Ɛ]                  Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [Ɛ]
                                                          (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)


Contoh kehadiran bunyi [Ɛ] dalam perkataan dalam dialek Kelantan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[Ɛsoɂ]

[Ɛloɂ]
[bƐso]

[gƐlƐɂ]

[godƐ]
[bulƐ]


iv. Vokal Tengah [ǝ]
Vokal tengah [ǝ] terhasil dengan meletakkan keadaan tengah lidah pada lelangit keras manakala bibir pula dihambarkan iaitu dibuka tidak luas. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara.
                                              
  Vokal Tengah  [ǝ]                                 Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ǝ]
                                                             (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)


Contoh kehadiran bunyi [ǝ] dalam perkataan

Awal Perkataan
Akhir perkataan
[ǝmbun]
[ǝmpat]
[pǝnat]
[bǝrat]
vii. Vokal Belakang
Vokal bahagian belakang pula terdiri daripada [ u ], [o] dan []. Daerah artikulasi yang terlibat adalah bahagian lelangit keras. Manakala alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi vokal ini adalah lidah dan lelangit lembut. Kadar bukaan luas ditentukan oleh rongga mulut dan saiz bukaan mulut. Vokal belakang dikategorikan kepada vokal belakang separuh luas [], vokal belakang sempit [ u ], dan vokal belakang separuh sempit [ o ].
viii. Vokal Belakang Sempit [u]

Semasa membunyikan vokal ini bibir dibundarkan, lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut supaya dapat menyempitkan rongga mulut tetapi ianya tidak mencecah lelangit lembut. Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan serta pita suara bergetar. Sila lihat rajah dibawah :
                           
 
Vokal Belakang Sempit [u]                 Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [u]
                                                             (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:48)


     Contoh kehadiran bunyi [u] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[ubat]

[ulat]
[sudu]

[pukat]

[biru]
[buku]

 ix. Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
Bibir dibundarkan.Belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut. Manakala lelangit lembut serta anak tekak dinaikkan bagi menutup rongga hidung dan pita suara akan bergetar. Sila lihat rajah di bawah :
                          
                                                                                   
           Vokal Belakang Separuh Sempit[o]    Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [o]                                                                    (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)
                        Contoh kehadiran bunyi [o] dalam perkataan.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata
[otot]

[obor]
[tokoh]

[botol]

[koko]
[pidato]

x. Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]

                                    Vokal ini disebut dengan menaikkan lidah separuh sempit ke arah lelangit lembut. Bibir dibundarkan. Manakala lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara digetarkan
                                  .                                                  
     Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]             Kedudukan bibir semasa menghasilkan bunyi [ɔ]                                                             (Sumber: Paitoon M. Chaiyanara, 2006:49)


     Contoh kehadiran bunyi [ɔ] dalam perkataan dalam dialek Kelantan.                                                                                                                                                                
              Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[ɔbat]

[ɔtaɂ]
[pɔkɔɂ]

 [bɛlɔt]
[kitɔ]
[guanɔ]

2.1.2 Bunyi Konsonan
Bunyi konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal yang bersuara atau tidak bersuara.Contoh konsonan bersuara seperti [b], [d] dan [g]. Bunyi ini dihasilkan apabila udara daripada peparu menerima sekatan atau geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau pun hidung. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t], dan [k].

             (i) Konsonan Letupan Dua Bibir  [p] dan [b].
Penghasilan konsonan [p] adalah dari letupan dua bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Konsonan [b] pula adalah letupan dua bibir bersuara kerana pita suara bergetar.Kedua-dua konsonan ini terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan. Udara pula tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar seperti rajah di bawah:

       Konsonan Letupan [p] dan [b].

Contoh perkataan letupan 2 bibir tidak bersuara  [p]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[papan]

[paku]
[bapa]

[jumpa]

[gelap]
[redup]

Contoh perkataan letupan 2 bibir  bersuara  [b]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[bawa]

[bakul]
[tabah]

[ubat]

[azab]

[darab]


 (ii) Konsonan Letupan Gusi
- Letupan Gusi Tidak Bersuara [t] dan Letupan Gusi Bersuara [d]
Konsonan [t] dan [d] dihasilkan apabila udara disekat dengan merapatkan dua bibir atau mengenakan hujung lidah pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan ini dilepaskan, maka terhasillah bunyi [t] iaitu letupan gusi tak bersuara. Manakala bunyi [d] terhasil apabila pita suara digetarkan iaitu bunyi letupan gusi bersuara seperti rajah di bawah :
                       
        Konsonan Letupan [t] dan [d]


        Contoh perkataan letupan gusi tidak bersuara [t]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[tali]

[takut]
[hitam]

[ketat]

[sakit]

[tamat]


Contoh perkataan Letupan Gusi Bersuara [d]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[dagu]
[data]
[cadar]
[budu]
[tekad]
[ǰasad]

(iii) Letupan Lelangit Lembut
-Letupan Lelangit Lembut Tidak Bersuara [k] dan Letupan Lelangit Lembut Bersuara [g]
Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Bunyi [k] adalah letupan lelangit lembut tak bersuara. Bunyi [g] pula ialah letupan lelangit lembut bersuara. Ia terhasil apabila pita suara dirapatkan dan arus udara keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara seperti rajah dibawah :
     Penghasilan konsonan [k] dan [g]

                Contoh perkataan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[kali]

[kalut]
[bakar]

[pakat]

[kritik]

[politik]







Contoh perkataan Letupan lelangit lembut Bersuara [g]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[gatal]
[gulai]
[segak]
[tagih]
[dialog]
[beg]

 (iv) Hentian Glotis [ɂ]
Hentian glotis terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak bagi membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara tidak bergetar kerana ia dirapatkan dan arus udara keluar dari peparu tersekat pada bahagian rapatan pita suara seperti rajah dibawah:
Penghasilan Hentian Glotis [ɂ]

Contoh perkataan Hentian Glotis [ɂ]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[ɂikan]
[ɂibu]
[saɂat]
[jumaɂat]
[galaɂ]
[anaɂ]


(v) Letusan Lelangit Keras-Gusi
-Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č] dan Letusan Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ǰ]
Bunyi [č] dan bunyi [ǰ]  terhasil apabila bahagian hadapan lidah dinaikkan ke lelangit keras bagi membuat sekatan pada arus udara.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar dari rongga hidung. Bunyi [č] dihasilkan dengan mengeluarkan udara dariparu-paru tanpa menggetarkan pita suara.. Bunyi [ǰ] pula dihasilkan dengan mengeluarkan udara dari paru-paru dengan menggetarkan pita suara seperti rajah dibawah :
   Penghasilan konsonan [č]

               Contoh perkataan Letusan Lelangit Keras-Gusi Tidak Bersuara [č]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[čabut]

[čuri]
[kunči]

[čuči]

[mač]

[koč]




Contoh perkataan Letusan lelangit keras Bersuara [ǰ]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
[ǰoloɂ]
[ǰuga]
[taǰam]
[huǰan]
[imeǰ]
[koleǰ]


(iv) Konsonan Geseran
Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] dan geseran glotis Bersuara [h] dihasilkan dengan cara pita suara direnggangkan sedikit, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup udara keluar dari rongga hidung. Geseran Gusi Tidak Bersuara [s] dihasilkan melalui udara yang keluar dari paru-paru  dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi dan pita suara tidak digetarkan. Manakala geseran glotis Bersuara [h] pula dihasilkan melalui udara yang keluar dari paru-paru  dengan menggeser sempitan glotis dan pita suara digetarkan.
        
  Konsonan Geseran [s]

Contoh perkataan Geseran Gusi Tidak Bersuara [s]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhit Kata

[sapu]

[sayaŋ]
[basuh]

[dasar]

[habis]

[bilis]

                                          
                                                Konsonan Geseran [h]
Contoh perkataan geseran glotis Bersuara [h]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[habis]
[hapus]
[ǰahat]
[pahat]
[lebǝh]
[bǝrseh]


v. Getaran Gusi Bersuara [r]
Konsonan [r]- bunyinya terhasil apabila hujung lidah diletakkan di gusi sehingga udara dapat melalui antara lidah dan juga gusi. Lidah pula akan bergetar manakala lelangit lembut pada waktu iti dinaikkan. Pita suara dirapatkan. Bunyi [r] dinamakan sebagai bunyi getaran gusi bersuara seperti rajah di bawah:
Penghasilan Konsonan [r]



Contoh Perkataan Penghasilan Konsonan [r]
      Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[runtuh]

[rabun]
[kǝras]

[laras]
[kasar]

[lebar]




Sisian Gusi Bersuara [l]
Bunyi [l] dihasilkan apabila lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan dirapatkan ke dinding tekak untuk menutup rongga hidung  Pita suara pula digetarkan semasa udara kelauar dari paru-paru ke rongga mulut melalui sisian atau tepian seperti rajah di bawah:
      Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]


            Contoh perkataan Konsonan Sisian Gusi Bersuara [l]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[lalai]
[lali]
[balai]
[gulai]
[bilal]
[bǝkal]





2.1.2.(vi) Konsonan Sengauan
Konsonan Sengauan Dua Bibir Bersuara [m]
Konsanan [m] dihasilkan apabila bibir bawah dirapatkan pada bibir atas, lelangit lembut dan anak tekak diturunkan, pita suara dirapatkan. Udara dariparu-paru memasuki rongga mulut dan kelar melalui rongga hidung dan pita suara digetarkan. Bunyi konsonan dihasilkan seperti rajah di bawah:
                                   
 Penghasilan konsonan [m]





            Contoh perkataan Konsonan  [m]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[macam]
[murah]
[tǝman]
[lumba]
[kǝtam]
[katam]

2.1.2.iv Sengau Gusi Bersuara [n]

Konsonan [n] dihasilkan apabila hujung lidah dinaikkan pada gusi untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. Konsonan [n] dihasilkan seperti rajah di bawah:

                                               
Penghasilan Konsonan [n]                  




            Contoh perkataan Konsonan  [n]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[naga]
[nila]
[tanam]
[nanah]
[bosan]
[taman]

Sengau Lelangit Keras-Gusi Bersuara [ɲ]
Konsanan [ɲ] dihasilkan apabila depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan dan terhasil konsonan [ɲ] seperti rajah di bawah:
                                               
                                                Penghasilan Konsonan [ɲ]                             



            Contoh perkataan Konsonan  [ɲ]


Awal Kata
Tengah Kata

[nyariŋ]
[ɲatoh]
[taɲa]
[puɲa]




Sengau Lelangit Lembut Bersuara [ŋ]

Konsonan [ŋ] dihasilkan apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar ke rongga mulut. Pita suara dirapatkan dan digetarkan. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung dan dilepaskan perlahan-lahan. Bunyinya dinamakan sebagai sengauan lelangit keras bersuara seperti rajah di bawah:
Penghasilan Konsonan [ŋ]


Contoh perkataan Konsonan  [ŋ]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[ŋilu]
[ŋǝri]
[biŋka]
[naŋka]
[saraŋ]
[tulaŋ]

vi.c. Sila lihat rajah dibawah :
                                               
       Penghasilan Separuh Vokal [w]






Contoh perkataan Konsonan  [w]

Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata

[waris]
[wajaŋ]
[tawa]
[tawan]
[sepaɂ takraw]




Separuh Vokal Lelangit Keras Bersuara [j]
Konsonan [j] terhasil apabila depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi seperti hendak menyebut huruf [i] tetapi bergerak kepada vokal tengah [ǝ]. Bibir dihamparkan. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. Bunyi inilah dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara seperti rajah dibawah :
       Penghasilan Separuh Vokal [j]




            Contoh perkataan Konsonan  [j]


Awal Kata
Tengah Kata

[jatim]
[jakin]
[sajaŋ]
[tajaŋ]





2.1.3 Diftong

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran vokal yang dikenali sebagai diftong. Bunyi diftong terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan meluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].
Terdapat tiga jenis diftong dalam Bahasa Melayu iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Dalam diftong /ai/ bunyi vokal /i/ akan menggeluncur ke vokal /a/ dan bunyi /i/ akan hilang puncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/pada diftong /oi/ dan bunyi /u/ pada diftong /au/. Namun demikian, tidak banyak perkataan yang mengandungi diftong /oi/dalam Bahasa Melayu.



No comments:

Post a Comment