Thursday 1 November 2012

Rancangan mengajar Matematik Tahun 1


MATEMATIK TAHUN 1
TAJUK: Ruang (Bentuk tiga dimensi)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Mengenal permukaan pada bentuk 3D
HASIL PEMBELAJARAN:
        i.            Mengenal bentuk-bentuk 3D.
      ii.            Menyebut bilangan permukaan pada bentuk 3D.
    iii.            Mengecam permukaan rata dan melengkung.

TARIKH
AKTIVITI
PERDANA
(16 ORANG)
FRESHIE PERDANA
(7 ORANG)
LINUS
(1 ORANG)
1 Nov 2012
SET INDUKSI
(5 minit)

-          Meminta murid mencari bentuk yang diminta yang terdapat dalam kelas.
-          Menyebut nama bentuk yang ditemui.
LANGKAH 1 (10 minit)  individu

-          Murid diminta menampal nama-nama bentuk 3D pada gambar yang ditunjukkan.
LANGKAH 2
(20 minit)
AKTIVITI
KUMPULAN
-          Guru mengedarkan bahan aktiviti mengikut kumpulan.
-          Menamakan bentuk diberi.
-          Murid menyebut bilangan permukaan yang rata.
-          Murid menyebut bilangan permukaan yang melengkung.
Aktiviti Murid Linus
-          Memanggil murid linus untuk menunjukkan permukaan rata dan melengkung.

LANGKAH 3 (20 minit)
Murid Perdana
-          Murid diminta untuk melabel dan menampal pada ruangan lembaran kerja yang disediakan.
-          Membuat latihan bilangan permukaan rata dan melengkung dari lembaran kerja.

Murid Freshie Perdana
-          Murid diminta mewarna jawapan yang betul dan menampal pada lembaran kerja.
-          Membuat latihan bilangan permukaan rata dan melengkung dari lembaran kerja.

Murid linus
-          Murid diminta menampal gambar pada lembaran kerja.

PENUTUP      (5 minit)
-          Guru menunjukkan hasil kerja murid yang telah siap.
           
            Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Bahan Bantu Belajar:  - Bentuk 3D
                                    - Kad gambar
                                    - Kad perkataan

Elemen merentas Kurikulum:
Kreativiti dan Inovasi – Mengenal pasti ciri dan situasi sekeliling.

Kehadiran :

Refleksi:





No comments:

Post a Comment