Lawatan Delegasi Sekolah Dasar (SD) Islam Al-Azhar, Yogyakarta Ke Sekolah Rambai Tujuh.
Monday, 12 February 2018
Thursday, 18 February 2016
Masak Tempoyak Pucuk Kayu
PUCUK KAYU MASAK TEMPOYAK
Bahan-bahan:
3 ikat pucuk ubi
5 helai daun kunyit
5 helai daun kadok
5 batang pucuk labu
6 batang serai
( bahan ini dimayang)
Pucuk Kadok |
Segenggam cili padi
Segenggam ikan bilis
1 inci kunyit hidup
RM3 santan kelapa (ikut Inflasi)
6 sudu makan tempoyak
(dikisar dengan menggunakan ‘blender’) .
Campurkan sedikit
air jika terlampau pekat.
3 papan petai
Cara Memasak:
Bahan yang dikisar dimasak terlebih dahulu hingga mendidih.
Setelah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan sayur-sayuran yang telah
dimayang bersama petai. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sayurnya sebati
dengan kuah. Kalau suka pedas boleh dilebihkan sedikit cili padi.
Tuesday, 26 January 2016
Membaiki Tingkap Terpakai
Membaiki tingkap terpakai ni memang rumit kerjanya. Kalau nak siap dalam satu hari memang susah sikit. Rumah saya guna tingkap terpakai je nak jimat kos tapi kena tengok kayunya. Kalau dah reput, banyak pulak kerjanya nanti.
Ni contoh tingkap terpakai jenis ada bilah yang boleh angin masuk.
Selepas mengikis cat, baiki pula mana-mana bahagian yang rosak contohnya dibahagian kunci, ensel atau kepingan kayu. biasanya bahagian ensel selalu terkopak sebab proses semasa menanggalkan tingkap dari rumah lama.
Kalau dah terkopak, memang kena ganti kayu lain kemudian tampal semula dengan cara gam dan skru untuk menguatkan semula ensel. Kalau tak kuat, boleh tanggal tingkap, tinggal ensel je nanti. he..he.
Tingkap yang telah dibaiki di bubuh 'undercoat' supaya tahal lebih lama. Selepas tu, bolehlaah dicat dengan warna kesukaan.
Ni contoh tingkap terpakai jenis ada bilah yang boleh angin masuk.
| Guna kertas pasir untuk menanggalkan cat lama |
Tingkap yang telah dibaiki di bubuh 'undercoat' supaya tahal lebih lama. Selepas tu, bolehlaah dicat dengan warna kesukaan.
Monday, 28 September 2015
1.0 Faktor-faktor
pelajar hiperaktif
Terdapat beberapa faktor yang telah
mempengaruhi masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak sama ada faktor semula
jadi mahupun faktor sekeliling.
1.1 Faktor
neurologi
Faktor neurologi ialah faktor yang
mengganggu ketika proses mengandung dan kelahiran. Hiperaktif lebih kerap
didapati pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah pra-lahir seperti proses
bersalin yang terlalu lama, keadaan bayi semasa lahir yang tertekan, lahir
dengan forcep dan masalah-masalah
lain yang bersangkutan dengan ibu hamil seperti mempunyai tekanan darah tinggi,
bengkak kaki dan kandungan protein yang tinggi di dalam air kencing kerana ia
boleh merencat perkembangan otak.
Keadaan ibu yang rendah berat badan,
ibu yang masih muda, ibu merokok dan minum alkohol mempunyai potensi yang tinggi
melahirkan bayi hiperaktif (Nora Supadma, 2009). Menurut Raihana Abdullah,
keadaan ibu yang stress mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif.
Kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika
Syarikat, Jabatan Psikiatri Kanak-kanak pada tahun 1996 mendapati kanak-kanak
ADHD mengalami 3% hingga 4% volum otak kecil berbanding kanak-kanak biasa
menerusi imbasan Positron Emission
Tomography (PET) dan Magnetic
Resonance Imaging (MRI).
1.2 Faktor makanan
Bahan kimia yang terdapat
dalam makanan dipercayai boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif,
contohnya bahan pengawet dan bahan pewarna. Kanak-kanak yang terdedah secara
berpanjangan kepada bahan makanan yang beracun juga didapati cenderung
menunjukkan ADHD. Terdapat juga ibu-ibu yang percaya bahawa pengambilan gula
oleh anak mereka telah melabelkan mereka sebagai hiperaktif dan lebih kritikal
tingkah lakunya berbanding kanak-kanak lain (Hoover and Millich, 1994).
Walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan tiada kesan hiperaktif jika
pengambilan gula berlebihan.
1.3
Faktor alam sekitar
Pencemaran alam sekitar seperti takat
radioaktif tinggi di udara, industri pelebur bateri dan industri menggunakan
bahan kimia yang berbahaya boleh meningkatkan kadar hiperaktif kanak-kanak. Ini
disebabkan kerosakan otak yang berlaku. Contohnya, kanak-kanak yang terdedah
kepada cat yang mengandungi timah di bangunan-bangunan lama dan kilang-kilang
radioaktif yang menyebabkan darah kanak-kanak yang berkenaan mempunyai timah
dan raksa. Darah ini kemudiannya akan mengalir ke otak yang akhirnya
menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif.
1.4
Faktor keluarga
Faktor genetik mungkin berpengaruh.
Misalnya, ibu bapa yang mempunyai sejarah hiperaktif berkemungkinan besar akan
diwarisi oleh anaknya. Kajian menunjukkan 10% dari ibubapa yang mempunyai anak
yang hiperaktif mengakui bahawa mereka juga hiperaktif semasa kecil.
Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebnyak tiga kali ganda
berbanding kanak-kank perempuan (Zuhayati Yazid, 2009). Selain daripada itu,
kembar yang lahir juga mempunyai risiko hiperaktif yang tinggi (Navid et al.,
2000).
1.5 Faktor
kultural dan psikologi
Terdapat tiga jenis faktor di bawah faktor kultural dan
psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi
kesenangan
a) Faktor pemanjaan
a) Faktor pemanjaan
Menurut
Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah perilaku terhadap anak yang
terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Anak yang
terlalu manja akan menjadi hiperaktif dan di luar batasan. Kesannya, sikap ini
akan terbawa hingga ke sekolah dan mereka berharap akan dilayan sebegitu oleh
guru-guru.
b) Kurang
disiplin dan pengawasan
Jika
kanak-kanak diberi kebebasan dan tiada pengawasan daripada ibubapa, mereka akan
mengharapkan kebebasan sebegitu rupa di sekolah. Kesannya, sukar untuk cikgu
mengawal tingkah laku mereka. Ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak
mereka juga akan menjadikan mereka anak yang tidak mendengar kata, sentiasa
resah, tidak boleh duduk diam dan menumpukan perhatian di dalam kelas (Hamid
bin Arshad, 2010).
c) Orientasi kesenangan
c) Orientasi kesenangan
Kanak-kanak
yang tidak memiliki kesenangan akan memberontak dan menjadi hiperaktif serta
mengharapkan ibubapa untuk memenuhi permintaan mereka.
Ciri-ciri pelajar hiperaktif
1.0 Ciri-ciri
pelajar hiperaktif
Berdasarkan manual diagnostik American
Psychiatric Association (APA) 2012, kanak-kanak hanya boleh disahkan sebagai
ADHD jika mempunyai enam atau lebih tanda hiperaktif, impulsive, atau hilang
daya tumpuan melebihi enam bulan atau lebih dan umur dihadkan kepada 6 hingga
12 tahun namun kajian terbaru telah mengehadkan umur dari 4 tahun hingga 18
tahun. ADHD dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang dinyatakan di dalam
bahagian definisi iaitu;
a)
inattention
(kekurangan daya tumpuan)
b) hyperactive-impulsive (mengikut gerak hati dan berlaku terlalu aktif)
b) hyperactive-impulsive (mengikut gerak hati dan berlaku terlalu aktif)
c)
kombinasi kedua-dua jenis ADHD.
Perbezaan
antara jenis inattentive dan hiperaktif-impulsi adalah seperti berikut:
|
|
Jenis inattentive
|
Jenis hyperactive-impulsive
|
|
Umur
|
Lewat
(sekolah
rendah atau menengah)
|
Cepat
(prasekolah atau sekolah rendah) |
|
Nisbah
lelaki & perempuan
|
Sama
nisbah
|
Lelaki
lebih ramai daripada perempuan
|
|
Kesulitan utama
|
Kemajuan akademik
|
Kelakuan
|
|
Keterangan lain
|
Pendiam
Suka berangan
|
Tidak boleh duduk diam
Melakukan sesuatu tanpa berfikir
|
Ciri-ciri yang diperlihatkan oleh
setiap jenis ADHD juga berbeza. Mengikut National Institute of Mental Health
(NIMH), semua kanak-kanak mempunyai tanda-tanda hiperaktif dalam satu-satu masa
tetapi apa yang dialami oleh kanak-kanak hiperaktif adalah lebih serius dan
kerap berbanding kanak-kanak lain.
1.1 Ciri-ciri
kanak-kanak ADHD jenis inattention (kurang daya tumpuan)
a) Lemah
daya tumpuan
Kanak-kanak ADHD tidak mempunyai daya
tumpuan yang tinggi seperti kanak-kanak normal disebabkan oleh kekurangan
mekanisma tumpuan di dalam otak. Mereka selalunya cuai di dalam membuat kerja
sekolah yang diberikan, tidak dapat memberi tumpuan ketika guru mengajar.
Mereka juga mempunyai masalah dalam melakukan kerja yang memerlukan mereka
mendengar berbanding melihat. Bagi kanak-kanak ADHD yang sederhana, mereka
boleh melakukan kerja dengan baik tetapi mereka cepat hilang daya tumpuan dan
menjadi letih.
b) Tidak
melakukan kerja secara berterusan
Bagi kanak-kanak ADHD, mereka tidak
dapat meneruskan atau menyiapkan sesuatu kerja walaupun kerja itu mudah.
Contohnya, pada waktu pagi, mereka memerlukan masa yang lama untuk mengenakan
baju sekolah jika tiada ibubapa di sisi mereka walaupun memakai baju adalah
suatu kerja yang mudah. Di sekolah pula, mereka tidak dapat menyiapkan kerja
sekolah. Mereka mungkin termenung atau mengganggu pelajar lain atau membuat
kerja lain menyebabkan kerja sekolah yang diberikan tidak siap-siap.
c) Tidak
teratur
Mereka tidak dapat membuat kerja
secara teratur tanpa pertolongan guru dan memerlukan perhatian yang lebih dan
tunjuk ajar daripada guru.
d) Mudah
lupa
Kanak-kanak ADHD mudah lupa dan
mempunyai daya ingatan yang singkat. Mereka boleh mengingati sifir dan
huruf-huruf yang diajar di sekolah tetapi terlupa pada keesokan harinya. Mereka
juga tidak boleh melakukan kerja jika menerima arahan yang banyak di dalam
satu-satu masa. Jika di sekolah, mereka mungkin tertinggal pensel dan tidak
bersedia dari segi mental untuk menghadapi pengajaran di sekolah.
1.2 Ciri-ciri
kanak-kanak ADHD jenis hyperactive-impulsive
a) Impulsi
Kanak-kanak ADHD jenis ini terlampau
mengikut dorongan hati. Mereka tidak berfikir sebelum bertindak. Contohnya,
terdapat sebahagian kanak-kanak yang melintas jalan walau kenderaan di hadapan
semakin hampir. Namun begitu, kanak-kanak ini tidak mengambil pengajaran atas
kesilapan yang mereka lakukan dan mengulangi perkara tersebut walaupun
membahayakan. Mereka juga mempunyai masalah dalam mengawal diri sendiri untuk
melakukan perkara yang tidak elok atau membahayakan. Mengikut Dr. Russell
Barclay (1995), ADHD bukanlah disebabkan oleh otak yang lemah atau tidak
berpengetahuan tetapi disebabkan oleh tidak dapat melakukan perkara yang mereka
tahu.
b) Terlampau
aktif
Sesetengah kanak-kanak ADHD menjadi
penat akibat telalu aktif. Misalnya, di dalam kelas, mereka selalunya
berkeliaran dan tidak boleh duduk diam. Jika mereka duduk sekalipun, mereka
akan menjadi resah. Sifat terlampau aktif akan semakin menurun seiring dengan
usia kanak-kanak tersebut.
c) Terlampau
bising
Kanak-kanak ADHD jenis hyperactive-impulsive selalunya cergas
dan suka membuat bising. Sesetengahnya terlampau suka bercakap sehingga
mengganggu ketenteraman orang lain. Jika mereka disuruh diam, mereka akan
kembali bercakap tanpa mereka sedar. Selalunya, mereka akan membuat bunyi
motosikal atau binatang secara berulang-ulang.
1.3 Ciri-ciri
yang terdapat pada salah satu jenis ADHD
a) Ketidakseragaman
dalam pencapaian
Ketidakseragaman dalam pencapaian
menyebabkan mereka digelar “nakal” atau “malas”. Untuk mendapatkan pencapaian
yang cemerlang, mereka perlu berusaha keras tetapi selalunya, mereka menjadi
tidak bersemangat semula dan lemah.
b) Terlalu
merendah diri
Mereka berfikiran negatif seperti menganggap
diri mereka bodoh dan tidak pandai. Mereka juga mudah menangis dan sering rasa
bersalah.
c) Mempunyai
fikiran yang lemah
Kanak-kanak ADHD mempunyai fikiran
yang lemah seterusnya mengakibatkan kesusahan dalam memahami pelajaran dan
memberi kesan kepada kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran seperti
kemahiran membaca, mengira dan menulis.
d) Kurang
bermotivasi dan insentif
Mereka kekurangan motivasi dalam
mencapai kejayaan dalam apa kerja yang mereka lakukan. Seperti contoh, mereka
tidak berusaha untuk belajar dengan lebih gigih untuk mencapai keputusan yang
cemerlang di dalam peperiksaan. Mereka lebih mudah tertarik dengan televisyen
atau bermain permainan berbanding belajar beberapa jam sehari sebagai persiapan
untuk menghadapi peperiksaan.
e) Kekok
dalam pergaulan sosial
Mereka mudah menyakiti orang lain
dengan perkataan yang mereka keluarkan dan mereka juga tidak dapat membaca
ekspresi muka orang lain dan memahaminya.
f) Kecanggungan
Sebahagian kanak-kanak ADHD cemerlang
dalam bidang kesukanan tetapi terdapat juga di antara mereka yang tidak
mempunyai kemahiran menangkap bola dan berlari kerana otot mereka lemah dan
tidak dapat berfungsi dengan baik.
g) Keras
kepala
Ibubapa selalunya mengadu tentang
sikap anak mereka yang keras kepala dan sukar dibawa bincang. Kanak-kanak ini
akan tetap dan teguh dengan setiap keputusan yang mereka.
h) Tidak
pernah puas
Kanak-kanak ADHD mempunyai kemungkinan
untuk mempunyai sifat tidak pernah puas terhadap sesuatu benda. Contohnya,
mereka akan terlampau bersemangat untuk bermain
walaupun bukan waktu bermain. Bagi kanak-kanak normal pula, mereka akan tahu
bila waktu sesuai untuk bermain.
i) Ingkar
Mereka melanggar peraturan yang telah
ditetapkan walaupun dimarahi dan didenda. Mereka juga sukar untuk dikawal dan
menjadi seorang yang berdisiplin. Bila umur mereka meningkat, mereka mungkin
menghadapi masalah sosial dan terlibat dalam kes-kes pencurian.
j) Masalah
tidur
Sesetengah daripada mereka akan
menghadapi masalah untuk tidur dan tidak cukup tidur. Mereka sering mengadu
bahawa otak mereka terlalu aktif sehingga mengganggu tidur mereka. Sesetengah
yang lain pula mudah untuk tidur kerana terlampau aktif pada waktu siang. Mimpi
yang menakutkan dan mengigau adalah biasa bagi kanak-kanak ADHD.
Ringkasan
ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak ADHD seperti jadual di bawah:
|
Jenis
attentive
|
Jenis
hyperactive-impulsive
|
Mungkin ada pada
kedua-dua jenis
|
|
Lemah daya
tumpuan
Tidak
melakukan kerja secara berterusan
Tidak teratur
|
Impulsi
Terlalu aktif
Terlalu bising
|
Ketidakseragaman dalam pencapaian
Terlalu merendah diri
Mempunyai fikiran yang lemah
Kurang bermotivasi dan insentif
Kekok dalam pergaulan social
Kecanggungan
Keras kepala
Tidak pernah puas
Ingkar
Masalah tidur
|
Subscribe to:
Posts (Atom)












