Mesra Alam

3 Okt 2013

Sebulanyang lalu, murid-murid Th 1 menerima kehadiran seorang murid yang baru berpindah dari sekolah lain. Dia seorang yang sangat pemalu. Dalam kelas langsung tidak bersuara dan tunduk sahaja. Sepanjang 24 th mengajar, baru inilah bertemu murid yang langsung tidak mahu bersuara. Dengan kawan-kawannya pun langsung tidak bercakap apatah lagi dengan guru. Perkara ini berlarutan hampir 2 minggu.

      Masa inilah daku cuba menggunakan pendekatan psikologi. Bila ku panggil namanya, barulah dia mengangkat muka. Namun begitu aku tetap berterusan berinteraksi dengannya walau pun tiada balasan. Kusoal dia, tiada jawapan namun tetap kusebut jawapannya, moga-moga dia menyebut dalam hati. Ku tunggu beberapa saat, seolah-olah dia menjawab dan aku memujinya. Bagus Adam! Pandai..!

      Dia dimasukkan ke kelas pemulihan sewaktu pelajaran Bahasa Melayu. Memang dia tidak kenal huruf pun. Hanya 2,3 huruf aje yang dia kenal. Dia pun tak berminat nak dengar cikgu mengajar. Bila disuruh tunjukkan huruf, memang salah jawapannya.

     Tatkala ujian lisan pentaksiran numerasi, dia telah menunjukkan respon yang agak bagus tetapi tetap tidak bersuara. Terpaksalah ku menukarkan teknik menyoal. Kalau soalannya:
             ' Sebutkan nombor yang ditunjukkan oleh guru'. "Adam, ini nombor berapa?"
Memang dia tidak akan memberikan jawapan. Daku terbalikkan soalan. Kusebutkan nombor, dia akan tunjukkan nombor yang ku sebut. Semua nombor yang bercampur aduk dari 1 - 10 diberikan padaku adalah tepat walaupun agak lambat. Begitu juga dengan soalan-soalan yang lain. Wah! Ada harapan ni.. untuk kubimbing. Masalahnya.. ini ujian lisan. Tentulah Fasilinus tidak dapat menerima keputusan yang Adam boleh lulus tanpa mengeluarkan suara.

      Minggu lepas, daku ajak dia ke PSS dengan harapan bila tidak ada orang disekeliling, dia mahu bercakap. Jenuh jugaklah nak bagi dia bersuara. Pujuk punya pujuk, beri ganjaran demi ganjaran barulah keluar suaranya.. Seronoknyer..
Sekarang dia mula mahu belajar matematik, sampaikan waktu pelajaran lain, dia  buat matematik.Namun begitu dia masih tidak bercakap dengan kawan-kawannya. Hari ini daku bertambah gembira sebab sebelum balik dia menjenguk daku di pintu PSS lalu melambai tangan padaku. Wow! Respon yang bagus.. (mcm org bercintalah pulak... he..he..)
Kuharap hari ini satu permulaan yang baik untuk hari esok..

4 Okt 2013

Hari ini hari Jumaat. Bertemu lagi dengan murid-murid di awal pagi. Mata pelajaran math bermula 7.45 tetapi sebelum 7.30 sudah mula memanggil murid-murid yang banyak melakukan kesilapan dalam latihan yang diberi. Biasanya akan kuasingkan buku-buku latihan murid yang ada kesilapan dan meminta mereka membetulkan semula dengan bimbingan secara individu. Untuk mengelakkan mengganggu pdp, daku memanggil mereka di awal waktu sekiranya daku tidak bertugas.

     Hari ini aku turut membimbing Adam tetapi masih tidak bersuara di dalam kelas. Selepas Math, murid-murid ada subjek BM. Murid-murid pemulihan BM masuk ke kelas Pemulihan. Kebetulan daku free selepas subjek Matematik. Daku pun mengajak Adam ke PSS, disamping membantu Cikgu pemulihan. Murid-murid yang berada di Pemulihan sudah boleh membaca perkataan yang agak sukar seperti KV +KKVK. Contohnya mi..nyak..Sudah pasti Adam tidak dapat berminat. Bukanlah cikgu pemulihan membiarkannya tetapi sementara hendak melayan Adam, Cikgu Rodiyah perlu membimbing murid lain dulu.

      Hari ini aku cuba mengenalkan Adam dengan huruf vokal 'a' , 'i' , 'u'. Alhamdulilllah.. boleh pun dia menyebut dan mengenal huruf itu walau pun kedudukannya berubah. Ganjaran kuberikan bila dia dapat menyebut huruf-huruf itu. Kemudian kutambah pula dengan huruf 'ba' , 'bi' , 'bu'. Syukur, perkembangan yang baik..Cukuplah untuk hari ini, Dia pun sudah menunjukkan tanda-tanda jemu walaupun telah diselangseli dengan dia membelek-belek buku di PSS.. Kuharap dia dapat kubimbing membaca dan mengira sebelum dia dihantar ke kelas PPKI.

               



No comments:

Post a Comment