Rumah Idamanku

Lukis Pelan Rumah Sendiri (Part 1)

        Assalamualaikum.. Sudah lama tidak menulis di blog ni. Memang sibuk dengan hal sekolah tapi teringin nak berkongsi ilmu tentang membina rumah ni. Macam kontraktor le pulak.. Alkisahnya, kak Niza dah lama teringin nak duduk rumah sendiri tapi disebabkan mengikut suami bekerja di KL, pindah ke JB, pindah ke Nogori. Sekarang baru dapat balik kampung sendiri di Perak. Maka, kami pun berhajat nak buat rumah di atas sebidang tanah yang dibeli 4 tahun lalu.



        Sebelum jadi tapak rumah, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Mula-mula buat pelan lantai dulu. Jenuhlah mengukur keluasan bilik, ruang tamu, dapur, bilik air dan apa-apa yang patut. Rumah sewalah jadi bahan eksperimen. Puaslah fikir bersama dengan anak macam mana nak susun atur bilik dan ruang. Lepas tu, suami pulak lukiskan elok-elok. Bab lukis melukis ni, serahlah pada dia. Kemudian buat pula pada kertas graf. Huh!! perasan mcm pelukis pelan profesional.. Kemudian serah pada kakak pulak untuk lukisan grafik. Kalau nak upah buat plan yang betul-betulnya, bolehlah email saya (cikguniza2012@gmail.com). Eceh.. sempat promote plak.  Kakak saya memang ambil upah buat pelan.

Ni sketch je. Sebelum lukis yang betul :D



Usung Pelan Part 2

     Bila dah siap pelan, sibuklah pulak mencari kontraktor. Bukan senang nak cari kontraktor yang boleh bagi harga yang berpatutan, yang agak berseni sikit, senang berunding dan lain-lain lagi. Kalau kontraktor letak harga murah sangat, risau juga takut barang yang digunakan tidak ada kualiti. Kalau mahal, tak mampulah pulak. Puas jugak mengusung pelan ke sana-sini, akhirnya dapatlah kontraktor yang sesuai.  Harap-harap begitulah... 
    Anggaran perbelanjaan RM150,000 tak termasuk tiles, tingkap, siling dan elektrik. Keluasan rumah 60' x 45'. Itu aje yang mampu. Besar rumah, besarlah duitnya. "X mampu acik de.." kata orang nogori.

     Sementara mencari kontraktor, sambil-sambil tu, tapak rumah yang berbukit kenalah tarah. Banyak juga belanja nak ratakan tanah.
Kawasan yang berbukit dan berhutan

     Panggil back hoe, biasanya RM350 untuk sehari. Dengan Pak Cik Mat ni dapatlah RM330. Angkut tanah, sewa pulak lori. Harganya sama jugak.Tiga hari  nak siapkan tapak rumah. Habislah dua ribu lebih..
Nak jimat belanja, tarah cukup-cukup untuk tapak rumah. Lebih-lebih tarah nanti  duit parah..  

Kawasan yang telah diratakan


29 Jun 2013


Sekarang mulalah proses untuk membuat tapak rumah. Selepas tentukan  kawasan yang nak dibuat, dan keluasan telah dikira, bolehlah buat 'foundation' (asas tapak) untuk pasang tiang konkrit. Saya bukanlah kontraktor atau orang civil engineering. Maaflah kalau salah tulis. Istilah layman je..

Tanah ada byk jenis seperti tanah paya, tanah tambak, tanah bukit dll. Foundation ni ikut jenis tanah. Kalau tanah paya biasanya orang guna cerucuk kayu bakau, tanah yang peroi guna cerucuk konkrit. Itu kena rujuk pakar. Saya guna tapak gajah je, sebab tanah saya tanah bukit yang ditarah. 
Inilah contoh tapak gajah tu..

Lubang yang telah dikorek untuk tapak gajah.






                                                         Besi sebelum dituang konkrit.


 

                       Konkrit yang telah dituang supaya menjadi tapak gajah dan ditanam 
sekali dengan besi untuk buat tiang rumah.


13 JULAI 2013

Assalamualaikum. Selamat berpuasa. Hari ni nak sambung lagi cerita mengenai membina rumah. Saje je.. nak kongsi pengalaman. Harap-harap, dapatlah juga sikit-sikit maklumat daripada pengalaman saya.



Tapak gajah yang telah siap, ditimbus semula, dan dibuat beam bawah.



Inilah rupanya beam bawah yang telah siap.. Proses seterusnya..



Proses membina tiang tak dapat nak tunjuk, sebab sudah lama tidak pergi menjenguk. Terlalu sibuk dengan assignment, sedar-sedar dah terpacak tiang. Tiang ni ada ukurannya. Ada yang buat 8kaki, 9 kaki atau 10 kaki. Terpulang pada masing-masing punya citarasa. Saya suka 10 kaki sebab tinggi sikit dan rumah tak panas. Nak gantung kipas nanti, taklah dekat sangat dengan kepala. Kalau kipas dekat sangat dengan siling, angin tak terasa. Kalau pasang lampu gantung, terantuk pulak. Banyak nak fikir nih..

Membina dinding




Selepas itu, mulalah upacara memasang dinding. Terpulanglah, nak guna batu-bata jenis apa, Bata putih ke, bata merah ke. Mengikut pengalaman saya yang dah banyak tinggal di rumah sewa, bata merah ni sejuk sikit. Malam-malam taklah berbahang sangat. Kalau boleh tak mau guna aircond, jimat letrik sikit...




Dinding yang telah siap dibina.


8 Ogos 2013

Dinding yang telah telah siap dibina perlu diletak 'lintel' di bahagian atas tingkap untuk menampung bebanan. 



Sementara menyiapkan pemasangan batu-bata untuk dinding, sebahagian pekerja membuat kerangka besi untuk top beam. 


          Inilah kerangka besi top beam yang telah diletakkan di atas dinding sebelum papan acuan dipasang.





11 September 2013
 Assalamualaikum. Teringin pula nak menyambung cerita pasal buat rumah. Hari tu mereka dah buat beam atas. Inilah rupanya..


                    .

Apabila beam dah keras, mereka pun pasang bumbung. Kenalah tentukan jenis bumbung apa, sebab nak pasang kerangka bumbung kena betul kiranya. Kalau pasang atap genting, banyak guna besi sebab genting berat. Saya nak atap genting, sebab rumah tak panas. Kalau boleh tak nak pakai air cond. Nak natural aje..
Lagi satu, masa nak pasang besi buat bumbung, lebihkan tiga kaki pada bahagian hujung supaya tak tempias sangat bila hujan lebat.

rangka bumbung besi

Selepas itu, barulah dipasang bumbung genting.

Bumbung genting yang hampir siap dipasang.

9 April 2014

Nak sambung cerita lagi. Lama benar tak menjenguk blok. Sibuk pindah rumah walau pun tak siap. Tak sabar nak duduk rumah sendiri. Lagi pun x larat nak bayar sewa.

Dah habis cerita bumbung, nak tempah tingkap dan pintu pula. Survey harga lagi. Cari kos yang murah, jimat belanja tapi nak cantik dan berkualiti. Pening..pening kepala tauke kedai. Tak pe.. yang penting kepalaku tak pening. He..he..

Dah survey di kedai. Punyalah mahal. Harga pintu saja RM3K, blm kia pasang pintu, pasang kunci, varnis lagi.. Setelah ditolak, dicampur, tempah ajelah..

Pintu lipat bahagian sisi
Tingkap dan pintu tempah guna kayu terpakai. Kawasan rumah banyak anai-anai sebab dulu kawasan kebun getah. Bila guna kayu dulu-dulu, patah gigi anai-anai nak menggigitnya. Setakat ni, dia dah panjat, turun semula. Harap-harap begitulah seterusnya..


Pintu bahagian depan
Inilah rupa pintu yang di tempah. Murahlah sikit.. Kalau pintu yang di kedai, lebih RM4K setelah siap, ini dapatlah RM2K. Nanti cat sendiri. Jimat sikit..

Setelah dicat putih
Siap pintu kaca, kena tempah grill pula. Keselamatan perlu fikir juga. Nak menyiapkan pintu pun, makan masa berbulan-bulan. 


Gril yang dipasang terus pada pintu.

Suami yang design grill ni.. Sorryle.. gambar tak berapa cantik, tak pandai nak edit.


8 comments:

  1. mana lagi...update la nk tgk..

    ReplyDelete
  2. bagus...pelan rumah yg dilukis sendiri tu...boleh guna utk submit permohonan. Maknanya tak payah pakai khidmat arkitek? atau pelan yg cikgu lukis diserahkan pada arkitek? minta pencerahan ye cikgu saya pun tengah rancang nak bina rumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk. Pelan lukis sendiri tapi tak perlu submit sebab saya duduk kawasan kampung. Tak perlu bayar cukai pintu. Kontraktor boleh uruskan untuk pelan. Ini no kontraktor saya: Azzam 0193101011. Beliau senang untuk berunding.

      Delete
  3. Salam,, Jika perlukan khidmat kontraktor,boleh hubungi kami di 01126553226 n.z.m construction. YOUR BUDGET is OUR PRICE!!!

    ReplyDelete
  4. Salam tuan/ puan.sy membuat kerja2 ubah suai rumah dan pejabat.seperti memasang tile,plaster siling,wayaring,plumbing,bina atau sambung rumah,waterprofing,bina porch,grill dan owning,landskap dan kolam hiasan,vinyl floor dan wall paper,dan kerja2 lainnya. Terbuka untuk kawan bangi,kajang,serdang ,putrajaya,nilai,bukit mahkota,cheras,puchong,dan kl.hubungi sy amir 0192945175 atau wssp sy 01129110298

    ReplyDelete
  5. Tq bg tips..boleh la sy cuba buat rumah dgn tangan sy sndr..

    ReplyDelete