Aktiviti PSS


PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SKKM 2013

Pengawas PSS sedang  melafazkan ikrar.

Ketua pengawas PSS - Mohd Nabil b Mohd Nasir
Pen Ketua Pengawas PSS - Nor Zaimieliana Bt. Zainal Abidin

Laporan Kem Membaca 1 Malaysia

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Nama Sekolah :          Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor
                                     Sungai Siput (U), 31120 Perak.
Nama Program:         Kem Membaca 1 Malaysia
Tarikh:                        29 Oktober hingga 2 November 2012
Masa:                         7.45 pagi hingga 8.45 pagi
Sasaran:                      Semua murid-murid dan guru-guru SKKM
Bil Peserta:                 147 orang murid dan 18 orang guru
Objektif:                      1. Memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.
2. Memupuk minat membaca di kalangan warga SKKM secara berterusan.
                                   3. Memupuk semangat cintakan bahasa.
4. Mencungkil bakat murid.
5. Menjadikan pusat sumber sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.

Pengisian Program:    1. Membaca beramai-ramai dalam perhimpunan khas di bawah penyeliaan guru bertugas.
                                    2. Pertandingan bercerita.
                                    3. Membuat ulasan buku.
                                    4. Jejak Maklumat.
                                    5. Mendeklamasikan sajak.
                                    6. Mari berpantun.




Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012, Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kg. Maamor telah menjalankan aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia selama 5 hari bermula pada 29hb Okt 2012 hingga 2hb November 2012. Ia melibatkan warga Sek. Keb. Kg. Maamor yang terdiri dari 147 orang murid dan 18 orang guru.
Jadual Program Aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia
BIL
TARIKH
AKTIVITI
CARA PELAKSANAAN
SASARAN
1.
29. 10. 2012
(Isnin)
Pelancaran membaca beramai-ramai
Semua murid dan guru membaca beramai-ramai di tapak perhimpunan.
Guru dan murid
SKKM
2.
30. 10. 2012
(Selasa)
Ulasan buku
Murid memperkenalkan buku dan membacakan sinopsis buku.
Murid Tahap 1dan 2
3.
31. 10. 2012 (Rabu)
Jejak Maklumat





Mari Berpantun
Guru bertugas membahagikan murid Tahap 2mengikut kumpulan. Soalan disediakan di stesen-stesen yang telah ditetapkan.

Murid membaca pantun mengikut intonasi.
Murid Tahap 2





Murid Tahap 1 dan 2.
4.
1. 11. 2012 (Khamis)
Mendeklamasikan sajak
Murid-murid mendeklamasikan sajak.
Murid tahap 2
5.
2. 11. 2012 (Jumaat)
Bercerita

Upacara penutup
Pertandingan bercerita.

Penyampaian hadiah kepada pemenang.
Murid tahap 1dan 2.

Dilaporkan Oleh,                                                                              Disahkan Oleh,                                                                                                                                                                                                                                                                            ........................................                                                      ....................................................
(Haniza Bt Abdul Rahim)                                                      Pn Hjh Zubaidah bt Harun
Penyelaras PSS,                                                                     Guru Besar,
Sek. Keb. Kg Maamor.                                                          Sek. Keb. Kg Maamor.



Sila klik pautan di bawah:



Deko PSS


Tahun ni berazam nak mencantikkan PSS setelah 2 tahun mengadap suasana yang sama dalam PSS. Setelah pegang PSS, terasa benar banyak kerja yang perlu dibuat. Kerja yang orang lain tak nampak.. contohnya merekod, mengemaskini fail, mengurus buku dan lain-lain yang boleh mencapai tahap kebosanan yang maksima. Tapi, bila memikirkan tanggungjawab, kenalah ikhlaskan hati.
      Cuba jugaklah menghias sedikit-sedikit tapi masih tak memuaskan hati. Kekangan masa juga menjadi penghalang. Inilah hasilnya..

Setiap kali memandang kaunter PSS, rasa ketidakpuasan masih bersarang di hati. Puas juga memikirkan untuk menambahbaik hiasan. Majalah dibelek, internet dilayari, masuk pulak fb GPM.  Nak ucap terima kasih banyak-banyak pada GPM yang rajin upload gambar dalam fb. Banyak saya dapat idea dari sana. Setelah lebih dua bulan bertungkus lumus dengan kerjasama dari suami, anak dan guru-guru, barulah saya puas hati. Syukran..syukran..









No comments:

Post a Comment