Thursday, 18 October 2018


Penghakiman Pusat Sumber Cemerlang (  skm ) Peringkat Negeri.



Alatan tradisional




Taman Agro Kids



Taman Herba


    



Pondok kitar semula  



Scrabble Gergasi




Pondok linus

Friday, 14 September 2018

Wednesday, 29 August 2018


Majlis Anugerah Nilam Dan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Daerah.




Tokoh Nilam Sekolah


Johan anugerah pusat sumber sekolah peringkat daerah ( skm )

Friday, 17 August 2018

Kaloborasi bersama SK. Padang Ampang (Program Ana Muslim)






Guru-guru Sk. Rambai 7 & Sk. Padang Ampang.













Bersalaman dengan ikon ana muslim.





Peserta kuiz ana muslim.










Pemenang kuiz ana muslim.
















Kenangan bersama ana muslim.

Thursday, 16 August 2018

Pembenihan Pokok Tin.



Penyiraman pokok oleh murid.


                          Anak benih pokok Tin                                    Buah pokok Tin.

Saturday, 4 August 2018

Monday, 12 February 2018

Lawatan Delegasi Sekolah Dasar (SD) Islam Al-Azhar, Yogyakarta Ke Sekolah Rambai Tujuh.













Wednesday, 19 July 2017

Thursday, 18 February 2016

Masak Tempoyak Pucuk Kayu

PUCUK KAYU MASAK TEMPOYAK

Bahan-bahan:
3 ikat pucuk ubi
5 helai daun kunyit

5 helai daun kadok
5 batang pucuk labu
6 batang serai

( bahan ini dimayang)


Pucuk Kadok








Segenggam cili padi
Segenggam ikan bilis
1 inci kunyit hidup
RM3 santan kelapa (ikut Inflasi)
6 sudu makan tempoyak
(dikisar dengan menggunakan ‘blender’) . 
Campurkan sedikit air jika terlampau pekat.
3 papan petai



Cara Memasak:
Bahan yang dikisar dimasak terlebih dahulu hingga mendidih. Setelah mendidih dan kuah agak pekat, masukkan sayur-sayuran yang telah dimayang bersama petai. Masak sehingga kuah menjadi pekat dan sayurnya sebati dengan kuah. Kalau suka pedas boleh dilebihkan sedikit cili padi.

Tuesday, 26 January 2016

Membaiki Tingkap Terpakai

Membaiki tingkap terpakai ni memang rumit kerjanya. Kalau nak siap dalam satu hari memang susah sikit. Rumah saya guna tingkap terpakai je nak jimat kos tapi kena tengok kayunya. Kalau dah reput, banyak pulak kerjanya nanti.

Ni contoh tingkap terpakai jenis ada bilah yang boleh angin masuk.

Guna kertas pasir untuk menanggalkan cat lama


Selepas mengikis cat, baiki pula mana-mana bahagian yang rosak contohnya dibahagian kunci, ensel atau kepingan kayu. biasanya bahagian ensel selalu terkopak sebab proses semasa menanggalkan tingkap dari rumah lama.



Kalau dah terkopak, memang kena ganti kayu lain kemudian tampal semula dengan cara gam dan skru untuk menguatkan semula ensel. Kalau tak kuat, boleh tanggal tingkap, tinggal ensel je nanti. he..he.

Tingkap yang telah dibaiki di bubuh 'undercoat' supaya tahal lebih lama. Selepas tu, bolehlaah dicat dengan warna kesukaan.

Monday, 28 September 2015

1.0  Faktor-faktor pelajar hiperaktif
Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

1.1  Faktor neurologi
Faktor neurologi ialah faktor yang mengganggu ketika proses mengandung dan kelahiran. Hiperaktif lebih kerap didapati pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah pra-lahir seperti proses bersalin yang terlalu lama, keadaan bayi semasa lahir yang tertekan, lahir dengan forcep dan masalah-masalah lain yang bersangkutan dengan ibu hamil seperti mempunyai tekanan darah tinggi, bengkak kaki dan kandungan protein yang tinggi di dalam air kencing kerana ia boleh merencat perkembangan otak.
Keadaan ibu yang rendah berat badan, ibu yang masih muda, ibu merokok dan minum alkohol mempunyai potensi yang tinggi melahirkan bayi hiperaktif (Nora Supadma, 2009). Menurut Raihana Abdullah, keadaan ibu yang stress mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Kajian yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Mental Kebangsaan Amerika Syarikat, Jabatan Psikiatri Kanak-kanak pada tahun 1996 mendapati kanak-kanak ADHD mengalami 3% hingga 4% volum otak kecil berbanding kanak-kanak biasa menerusi imbasan Positron Emission Tomography (PET) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI).

1.2 Faktor makanan
Bahan kimia yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, contohnya bahan pengawet dan bahan pewarna. Kanak-kanak yang terdedah secara berpanjangan kepada bahan makanan yang beracun juga didapati cenderung menunjukkan ADHD. Terdapat juga ibu-ibu yang percaya bahawa pengambilan gula oleh anak mereka telah melabelkan mereka sebagai hiperaktif dan lebih kritikal tingkah lakunya berbanding kanak-kanak lain (Hoover and Millich, 1994). Walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan tiada kesan hiperaktif jika pengambilan gula berlebihan.

1.3  Faktor alam sekitar
Pencemaran alam sekitar seperti takat radioaktif tinggi di udara, industri pelebur bateri dan industri menggunakan bahan kimia yang berbahaya boleh meningkatkan kadar hiperaktif kanak-kanak. Ini disebabkan kerosakan otak yang berlaku. Contohnya, kanak-kanak yang terdedah kepada cat yang mengandungi timah di bangunan-bangunan lama dan kilang-kilang radioaktif yang menyebabkan darah kanak-kanak yang berkenaan mempunyai timah dan raksa. Darah ini kemudiannya akan mengalir ke otak yang akhirnya menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif.

1.4  Faktor keluarga
Faktor genetik mungkin berpengaruh. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai sejarah hiperaktif berkemungkinan besar akan diwarisi oleh anaknya. Kajian menunjukkan 10% dari ibubapa yang mempunyai anak yang hiperaktif mengakui bahawa mereka juga hiperaktif semasa kecil. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mengalami hiperaktif sebnyak tiga kali ganda berbanding kanak-kank perempuan (Zuhayati Yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga mempunyai risiko hiperaktif yang tinggi (Navid et al., 2000).

1.5  Faktor kultural dan psikologi
Terdapat tiga jenis faktor di bawah faktor kultural dan psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan
   a)   Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah perilaku terhadap anak yang terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya. Anak yang terlalu manja akan menjadi hiperaktif dan di luar batasan. Kesannya, sikap ini akan terbawa hingga ke sekolah dan mereka berharap akan dilayan sebegitu oleh guru-guru.
b)   Kurang disiplin dan pengawasan
Jika kanak-kanak diberi kebebasan dan tiada pengawasan daripada ibubapa, mereka akan mengharapkan kebebasan sebegitu rupa di sekolah. Kesannya, sukar untuk cikgu mengawal tingkah laku mereka. Ibubapa yang tidak mempedulikan tingkah laku anak mereka juga akan menjadikan mereka anak yang tidak mendengar kata, sentiasa resah, tidak boleh duduk diam dan menumpukan perhatian di dalam kelas (Hamid bin Arshad, 2010).
 c)    Orientasi kesenangan

Kanak-kanak yang tidak memiliki kesenangan akan memberontak dan menjadi hiperaktif serta mengharapkan ibubapa untuk memenuhi permintaan mereka.

Ciri-ciri pelajar hiperaktif

1.0  Ciri-ciri pelajar hiperaktif

Berdasarkan manual diagnostik American Psychiatric Association (APA) 2012, kanak-kanak hanya boleh disahkan sebagai ADHD jika mempunyai enam atau lebih tanda hiperaktif, impulsive, atau hilang daya tumpuan melebihi enam bulan atau lebih dan umur dihadkan kepada 6 hingga 12 tahun namun kajian terbaru telah mengehadkan umur dari 4 tahun hingga 18 tahun. ADHD dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang dinyatakan di dalam bahagian definisi iaitu;
a)    inattention (kekurangan daya tumpuan)
b) hyperactive-impulsive (mengikut gerak hati dan berlaku terlalu aktif)
c) kombinasi kedua-dua jenis ADHD.
Perbezaan antara jenis inattentive dan hiperaktif-impulsi adalah seperti berikut:

Jenis inattentive
Jenis hyperactive-impulsive
Umur
Lewat
(sekolah rendah atau menengah)
Cepat
(prasekolah atau sekolah rendah)
Nisbah lelaki & perempuan

Sama nisbah
Lelaki lebih ramai daripada perempuan
Kesulitan utama
Kemajuan akademik
Kelakuan
Keterangan lain
Pendiam
Suka berangan
Tidak boleh duduk diam
Melakukan sesuatu tanpa berfikir

Ciri-ciri yang diperlihatkan oleh setiap jenis ADHD juga berbeza. Mengikut National Institute of Mental Health (NIMH), semua kanak-kanak mempunyai tanda-tanda hiperaktif dalam satu-satu masa tetapi apa yang dialami oleh kanak-kanak hiperaktif adalah lebih serius dan kerap berbanding kanak-kanak lain.

1.1  Ciri-ciri kanak-kanak ADHD jenis inattention (kurang daya tumpuan)
a)    Lemah daya tumpuan
Kanak-kanak ADHD tidak mempunyai daya tumpuan yang tinggi seperti kanak-kanak normal disebabkan oleh kekurangan mekanisma tumpuan di dalam otak. Mereka selalunya cuai di dalam membuat kerja sekolah yang diberikan, tidak dapat memberi tumpuan ketika guru mengajar. Mereka juga mempunyai masalah dalam melakukan kerja yang memerlukan mereka mendengar berbanding melihat. Bagi kanak-kanak ADHD yang sederhana, mereka boleh melakukan kerja dengan baik tetapi mereka cepat hilang daya tumpuan dan menjadi letih.

b)    Tidak melakukan kerja secara berterusan
Bagi kanak-kanak ADHD, mereka tidak dapat meneruskan atau menyiapkan sesuatu kerja walaupun kerja itu mudah. Contohnya, pada waktu pagi, mereka memerlukan masa yang lama untuk mengenakan baju sekolah jika tiada ibubapa di sisi mereka walaupun memakai baju adalah suatu kerja yang mudah. Di sekolah pula, mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah. Mereka mungkin termenung atau mengganggu pelajar lain atau membuat kerja lain menyebabkan kerja sekolah yang diberikan tidak siap-siap.
c)    Tidak teratur
Mereka tidak dapat membuat kerja secara teratur tanpa pertolongan guru dan memerlukan perhatian yang lebih dan tunjuk ajar daripada guru.
d)    Mudah lupa
Kanak-kanak ADHD mudah lupa dan mempunyai daya ingatan yang singkat. Mereka boleh mengingati sifir dan huruf-huruf yang diajar di sekolah tetapi terlupa pada keesokan harinya. Mereka juga tidak boleh melakukan kerja jika menerima arahan yang banyak di dalam satu-satu masa. Jika di sekolah, mereka mungkin tertinggal pensel dan tidak bersedia dari segi mental untuk menghadapi pengajaran di sekolah.

1.2  Ciri-ciri kanak-kanak ADHD jenis hyperactive-impulsive
a)    Impulsi
Kanak-kanak ADHD jenis ini terlampau mengikut dorongan hati. Mereka tidak berfikir sebelum bertindak. Contohnya, terdapat sebahagian kanak-kanak yang melintas jalan walau kenderaan di hadapan semakin hampir. Namun begitu, kanak-kanak ini tidak mengambil pengajaran atas kesilapan yang mereka lakukan dan mengulangi perkara tersebut walaupun membahayakan. Mereka juga mempunyai masalah dalam mengawal diri sendiri untuk melakukan perkara yang tidak elok atau membahayakan. Mengikut Dr. Russell Barclay (1995), ADHD bukanlah disebabkan oleh otak yang lemah atau tidak berpengetahuan tetapi disebabkan oleh tidak dapat melakukan perkara yang mereka tahu.
b)    Terlampau aktif
Sesetengah kanak-kanak ADHD menjadi penat akibat telalu aktif. Misalnya, di dalam kelas, mereka selalunya berkeliaran dan tidak boleh duduk diam. Jika mereka duduk sekalipun, mereka akan menjadi resah. Sifat terlampau aktif akan semakin menurun seiring dengan usia kanak-kanak tersebut.
c)    Terlampau bising
Kanak-kanak ADHD jenis hyperactive-impulsive selalunya cergas dan suka membuat bising. Sesetengahnya terlampau suka bercakap sehingga mengganggu ketenteraman orang lain. Jika mereka disuruh diam, mereka akan kembali bercakap tanpa mereka sedar. Selalunya, mereka akan membuat bunyi motosikal atau binatang secara berulang-ulang.

1.3  Ciri-ciri yang terdapat pada salah satu jenis ADHD
a)    Ketidakseragaman dalam pencapaian
Ketidakseragaman dalam pencapaian menyebabkan mereka digelar “nakal” atau “malas”. Untuk mendapatkan pencapaian yang cemerlang, mereka perlu berusaha keras tetapi selalunya, mereka menjadi tidak bersemangat semula dan lemah.
b)    Terlalu merendah diri
Mereka berfikiran negatif seperti menganggap diri mereka bodoh dan tidak pandai. Mereka juga mudah menangis dan sering rasa bersalah.
c)    Mempunyai fikiran yang lemah
Kanak-kanak ADHD mempunyai fikiran yang lemah seterusnya mengakibatkan kesusahan dalam memahami pelajaran dan memberi kesan kepada kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran seperti kemahiran membaca, mengira dan menulis.
d)    Kurang bermotivasi dan insentif
Mereka kekurangan motivasi dalam mencapai kejayaan dalam apa kerja yang mereka lakukan. Seperti contoh, mereka tidak berusaha untuk belajar dengan lebih gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Mereka lebih mudah tertarik dengan televisyen atau bermain permainan berbanding belajar beberapa jam sehari sebagai persiapan untuk menghadapi peperiksaan.
e)    Kekok dalam pergaulan sosial
Mereka mudah menyakiti orang lain dengan perkataan yang mereka keluarkan dan mereka juga tidak dapat membaca ekspresi muka orang lain dan memahaminya.



f)     Kecanggungan
Sebahagian kanak-kanak ADHD cemerlang dalam bidang kesukanan tetapi terdapat juga di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran menangkap bola dan berlari kerana otot mereka lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
g)    Keras kepala
Ibubapa selalunya mengadu tentang sikap anak mereka yang keras kepala dan sukar dibawa bincang. Kanak-kanak ini akan tetap dan teguh dengan setiap keputusan yang mereka.
h)    Tidak pernah puas
Kanak-kanak ADHD mempunyai kemungkinan untuk mempunyai sifat tidak pernah puas terhadap sesuatu benda. Contohnya, mereka akan terlampau  bersemangat untuk bermain walaupun bukan waktu bermain. Bagi kanak-kanak normal pula, mereka akan tahu bila waktu sesuai untuk bermain.
i)     Ingkar
Mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan walaupun dimarahi dan didenda. Mereka juga sukar untuk dikawal dan menjadi seorang yang berdisiplin. Bila umur mereka meningkat, mereka mungkin menghadapi masalah sosial dan terlibat dalam kes-kes pencurian.
j)     Masalah tidur
Sesetengah daripada mereka akan menghadapi masalah untuk tidur dan tidak cukup tidur. Mereka sering mengadu bahawa otak mereka terlalu aktif sehingga mengganggu tidur mereka. Sesetengah yang lain pula mudah untuk tidur kerana terlampau aktif pada waktu siang. Mimpi yang menakutkan dan mengigau adalah biasa bagi kanak-kanak ADHD.

Ringkasan ciri-ciri yang terdapat pada kanak-kanak ADHD seperti jadual di bawah:

Jenis attentive
Jenis hyperactive-impulsive
Mungkin ada pada kedua-dua jenis
Lemah daya tumpuan
Tidak melakukan kerja secara berterusan
Tidak teratur
Impulsi
Terlalu aktif
Terlalu bising
Ketidakseragaman dalam pencapaian
Terlalu merendah diri
Mempunyai fikiran yang lemah
Kurang bermotivasi dan insentif
Kekok dalam pergaulan social
Kecanggungan
Keras kepala
Tidak pernah puas
Ingkar
Masalah tidur