Miskonsepsi Unit Masa dan Waktu Tahun 1
MISKONSEPSI
DALAM UNIT MASA DAN WAKTU TAHUN 1
Hasil dari proses
pembelajaran dan pengajaran, saya telah dapat mengenalpasti terdapat 5 orang
murid yang mengalami masalah miskonsepsi dan memerlukan perhatian dan tindakan
yang sewajarnya supaya tidak berlarutan.
Masalah ini dapat saya kesan
hasil daripada aktiviti yang dijalankan, sewaktu sesi soaljawab dan dari
lembaran kerja yang diberi.
Kesukaran dan miskonsepsi:
i. Murid keliru dengan
kedudukan jarum jam dan jarum minit.
Contoh soalan: Sebutkan waktu yang
ditunjukkan.
Jawapan yang diberi oleh
murid: Pukul 12:00
Jawapan yang sepatutnya:
Pukul 6:00
ii.
Menyebut dalam jam dan setengah jam dengan menggunakan jam analog di kalangan murid Tahun 1.
Contoh
soalan:
Sebutkan waktu yang
ditunjukkan.
Kesalahan yang dilakukan:
Pukul 3:30
Sebutan yang sepatutnya.:
Pukul 2:30
iii. Murid tidak dapat melukis
dengan tepat kedudukan jarum jam dan minit.
Contoh Soalan:
Lukiskan jarum jam dan minit bagi waktu
yang diberi: Pukul 8.30
Kesalahan yang biasa dilakukan
oleh murid:
Jawapan yang sepatutnya.:
C. CATATAN REFLEKSI
Hasil daripada aktiviti yang
dijalankan, didapati kelima-lima murid itu telah pun dapat menguasai kemahiran
yang diajar. Saya juga telah berjaya mengatasi masalah kesukaran dan miskonsepsi
yang dihadapi oleh murid iaitu:
i. Murid telah dapat mengenal jarum pendek untuk jam
dan jarum panjang untuk minit.
ii. Murid juga dapat mengenal pasti kedudukan jarum
jam apabila melibatkan bacaan setengah.
Contoh:
4:30
à empat setengah
Jarum pendek terletak di antara nombor 4 dan 5.
Jarum panjang terletak pada nombor 6.
iii. Murid dapat menyatakan bahawa 30 minit ialah
setengah hasil dari proses mengingat semula pecahan setengah.
iv. Apabila murid dapat menyentuh sendiri dan
meletakkan jarum jam pada kedudukan yang betul, mereka merasa lebih yakin untuk
menyebut waktu.
v. Murid dapat mengukuhkan daya ingatan setelah
latihan dari lembaran kerja dan latihan
interaktif diberikan.