Perbezaan bunyi distingtif dan bunyi tidak distingtif
Bunyi
distingtif bermaksud membezakan makna kata. Sebagai contoh, [p] dan [b] dapat
berbeza dari segi fitur [ + bersuara], kerana [b] bunyi bersuara,
manakala [p] bunyi tak bersuara. Perbezaan dari segi bersuara dan tak bersuara
ini membezakan fonem /b/ daripada fonem /p/.
Oleh sebab itu, dari segi pengeluaran, atau artikulasi, fitur [+
bersuara] menyebabkan /b/ tergolong kepada fonem yang berbeza daripada /p/ yang
memiliki fitur [- bersuara]. Oleh sebab itu [+ bersuara] adalah fitur
distingtif yang membezakan fonem /b/ [+ bersuara] daripada /p/ [- bersuara].
Perbezaan
bunyi adalah terletak pada 3 faktor iaitu titik artikulasi, cara artikulasi dan
status pita suara. Bunyi ini dinamakan fonem kerana bunyi-bunyi tersebut merupakan
yang bersifat distingtif yakni sifat yang membezakan. Bunyi [p] misalnya
dibezakan dari [b] contohnya ‘parang’ dengan ‘barang’, ‘pola’ dengan ‘bola’ dan
sebagainya.
Jika ia mempunyai perbezaan makna ia disebut distingtif
maka ia dianggap bertaraf fonem. Jika ia tidak mempunyai perbezaan makna
maka ia tidak distingtif dan bunyi itu dianggap alofon.
1.1 Bunyi Distingtif
Distingtif adalah
untuk membezakan antara satuan bahasa. Setiap bunyi yang dkaitkan fonem itu
mempunyai ciri-ciri atau fitur-fitur yang membezakan daripada fonem lain. Ia
dapat
membuat
perbandingan bagi melihat persamaan atau perbezaan antara satu sama lain. Ini
adalah untuk mempamerkan kualiti bunyi-bunyi tersebut dalam membezakan cara dan
daerah sebutan bagi bunyi-bunyi tersebut.
1.1.1 Fonem
Fonem adalah kesatuan bunyi yang terkecil dan sistem bunyi-bunyi bahasa yang
dapat berfungsi sebagai perbezaan makna. Dan fonem juga adalah merupakan
objek kajian dalam ilmu fonemik.
1.1.1 (i) Identifikasi Fonem
Untuk
menentukan identiti bunyi fonem atau pun bukan, dapatkan pasangan terkecil
perkataan atau pasangan minimal. Jika ia memberikan makna yang berbeza, maka
dapat disimpulkan bunyi tersebut adalah fonem. Contohnya pasangan minimal “talam” dengan “salam”.
Keduanya memiliki bunyi yang hampir sama dan jumlah hurufnya sama (lima bunyi). “Ternyata
perbezaannya hanya pada bunyi “t” dan “s”. Maka dengan demikian, dapatlah
disimpulkan bahwa bunyi “t” dan “s” adalah fonem, kerana ia berfungsi
dalam membezakan makna dan perlu diletakkan dalam kurungan fonem, iaitu / t /
dan / s /.
1.1.2 Klasifikasi Fonem
Dalam kajian fonologi,
fonem dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu;
(i) fonem segmental dan
(ii) fonem suprasegmental.
(i) Fonem segmental
Maksud fonem segmental
adalah vokal dan konsonan dalam fonologi ataupun fonem-fonem yang berupa bunyi
yang didapati sebagai hasil segmentasi terhadap arus ujaran. Maksud segmen pula adalah satuan bahasa yang
diabstraksikan dari suatu teks, misalnya fon atau fonem sebagai suatu bunyi,
morf atau morfem sebagai satuan gramatikal.
(ii) Fonem
Supramental
Suprasegmental pula bermaksud, jalinan atau
susunan bunyi yang dapat membezakan erti suatu kata dengan kata yang lain. Di
antara cirinya ialah sifat bunyi yang menindih atau
menumpangi sesuatu fonem. Ianya
bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama
fonem penggalan dengan cara
menumpangi bunyi segmental.
a) Tekanan
b) Nada
c) Jeda
d) Intonasi
e) Panjang-pendek
1.2 Bunyi tidak distingtif
Jika ia tidak mempunyai perbezaan makna maka
ia tidak distingtif dan bunyi itu dianggap alofon.
1.2.1 Alofon
Alofon pula merupakan
anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon merupakan bunyi yang berlainan tetapi
masih tergolong dalam satu fonem. Dengan kata lain, alofan merupakan
bunyi-bunyi kelainan yang tergolong kepada kelas fonem yang sama, dan dengan
sendirinya
merupakan anggota
kepada keluarga fonem tersebut Kelainan bunyi dalam satu fonem ini terjadi
akibat terpengaruh oleh bunyi terdahulu atau bunyi yang terkemudian
daripadanya. Contohnya fonem /k/ dalam bahasa melayu mempunyai beberapa
perbezaan bunyi atau alofon kerana pengaruh bunyi dari sekitarnya. Misalnya
alofon k, kʷ dan ˀ. Bunyi alofon k terjadi dari perkataan kari (iaitu k
yang diikuti oleh vokal depan a). Manakala bunyi kʷ terjadi daripada perkataan kuat
iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi ˀ terjadi kerana kerana
kehadirannya diakhiri oleh kata dalam suku kata tertutup iaitu perkataan budaˀ.
Bunyi k, kʷ dan ˀ adalah alofon daripada keluarga bunyi yang sama iaitu fonem /k/. Bunyinya mempunyai persamaan fonetik iaitu hampir sama dari segi pengucapannya dan penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi tersebut saling melengkapi dan menduduki tempat masing-masing dalam bahasa Melayu.
Alofon juga boleh
difahami sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Contohnya fonem p
dalam perkataan pasu sebagai satu letupan yang sempurna. Bagi
perkataan suap bunyi p adalah sebagai letupan bibir yang tidak
sempurna iaitu ianya tidak diletupkan. Ini menunjukkan fonem p mempunyai dua
alofon.
Alofon
juga terhasil daripada bunyi yang bervariasi bebas yang membawa maksud walaupun
bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu. Contohnya perkataan:
(i)
ugama, igama dan ugama
(ii) fikir dan pikir