Di antara tips untuk mengelakkan obesiti.
1. Pelbagaikan makanan.
2. Banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
3. Makan sedikit tapi banyak kali bukan makan banyak dan berkali-kali. He..2x.
4. Utamakan sarapan pagi bukan makan malam tau..
5. Bersenam. (jgn asyik bersenam mulut aje.. makanle tu..)
Pn Mariani sedang menyampaikan ceramah.
Banyak lagi isi-isi ceramahnya tapi daku masukkan sikit aje dalam entri nih.. Nak tambah lagi sikit.
Dia ajarkan cara kira-kira BMI
BERAT BADAN (kg)
BMI= ________________________
TINGGI X TINGGI (m2)
BMI KLASIFIKASI
kurang 18.5 kurang berat badan
18.5 - 24.9 berat badan idaman
25 - 29.9 berlebihan berat badan
lebih 30 Obesiti
Contoh Pengiraan:
Berat 47 kg
_______________
1.59m X 1.59m
47kg
________
2.53m2
BMI = 18.6
(BMI daku tu.. blh makan banyak nih..)
Selepas ceramah kesihatan, kami pun bersenam.
Murid-murid dan guru-guru sedang bersenam.
Bersemangat cikgu Zuraida dan Cikgu Rosmiza bersenam.
Bersedia untuk larian menjelajah Kg. Maamor.
Cikgu check point aje..
No comments:
Post a Comment