Monday, 17 August 2015

Kertas Kerja program Kecemerlangan UPSR

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SEK KEB RAMBAI TUJUH
33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

KERTAS KERJA PROGRAM GILAP PERMATA

PENGENALAN

Program Kecemerlangan UPSR  atau dikenali sebagai Program Gilap Permata merupakan satu usaha dan ikhtiar pihak pengurusan kurikulum SKRT untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan peperiksaan diharapkan boleh diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti.
Memberi pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa diharapkan dapat membantu meningkatkan kerjasama di antara ibu bapa, guru dan murid-murid. Dengan adanya kerjasama ibu bapa, segala program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Untuk menjayakan program Gilap Permata ini semua guru Tahun 6 boleh merancang cara atau pendekatan terbaik yang boleh digunakan semasa melaksanakan program ini. Usaha yang bersungguh-sungguh daripada guru-guru yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan program ini, kerana pelajar-pelajar Tahun 6 sudah pasti mengimpikan kejayaan yang cemerlang.

MATLAMAT
a) Menambahkan bilangan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.
b) Keputusan UPSR akan mencapai 100%
c) Mencapai sasaran ETR  iaitu 1.97

OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan kepada ibu bapa/penjaga tentang program yang dirancang.
b) Memohon kerjasama untuk memantau anak-anak dan membimbing mereka di rumah.
c) Pelajar  mendapat kesedaran dan berminat untuk memajukan diri ke arah kejayaan hasil daripada kesungguhan dan perhatian yang diberikan oleh guru dan ibu bapa.
d) Pelajar dapat menggunakan minda dengan berkesan dan teratur sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.
e) Ibu bapa dapat memberi sumbangan sama ada dari segi kewangan, tenaga atau pun motivasi demi meningkatkan pencapaian murid-murid.

STRATEGI

a) Program ini melibatkan ibu bapa untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan program yang dirancang.
b) Kemudahan penyediaan bahan-bahan program seperti slide, brosur atau lain-lain disediakan oleh pihak sekolah.

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi :               
En Abdullah Zaini b Abd Razak (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 :   Pn Haniza bt Abdul Rahim (GK 1)
Naib Pengerusi 2 :   Pn Hawa Bt Abd Raman (GK HEM)
Setiausaha :              Pn Ayu Bt Baharuddin
AJK :                          Semua Guru

KUMPULAN SASARAN
a) Ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 SKRT 2015.

PERBELANJAAN
Jamuan makan RM70.00


KESIMPULAN

Pihak pentadbiran sekolah amat berharap program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Ia merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu para pelajar mencapai kejayaan yang baik dan cemerlang. Kerjasama guru dan ibu bapa amat diperlukan dalam menjayakan program ini.

Thursday, 4 September 2014

Mohon Restu

Mohon Restu

Hari ni ada program bacaan Yaasin dan solat Hajat di sekolah. Ramai ibu bapa yg dtg. Semoga anak-anak didikku semuanya berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.





 

Mohon restu daripada ayah dan ibu. Sambil bersalaman dititipkan kata-kata ini:

Ibu, 
ayah,
Ampunkan dosa-dosa saya selama ini,

Ibu,
ayah, 
halalkan makan minum sejak saya kecil hingga kini,
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya selama ini,
Terima kasih kerana telah menjaga saya sehingga dewasa.

Ibu dan ayah,
Doakanlah saya agar berjaya dalam peperiksaan UPSR.

Sambil berpelukan ibu meniupkan kata-kata semangat kepada anak mereka.


Wednesday, 9 July 2014

Pokok asam gelugur atau asam keping

Buah asam keping
Di belakang rumah banyak pokok asam gelugur atau dikenali dengan asam keping. Sekarang tengah lebat buahnya. Pokoknya jenis tinggi lebih dari 4 meter. Daunnya boleh dicampur dalam telur itik masak lemak cili padi.  Buahnya juga bermusim tapi tak sama dengan musim buah-buahan. Biasanya bila habis buah gugur, pokok akan mengeluarkan daun muda yang berwarna kemerah-merahan dan akan berbunga semula. Bila mula gugur sibuklah mengutip sebab buahnya boleh bertahan 2-3 hari shj di atas tanah. Bijinya mudah rosak dan berulat dan merosakkan buahnya. Ini bermakna ia rosak di bahagian dalam dulu.

Pokok asam keping

Buah asam keping yang belum sudah masak tapi belum gugur
 Buah yang muda berwarna hijau, bila masak bertukar kuning dan akan gugur sendiri apabila cukup masak. Adalah lebih baik tunggu buah itu gugur sendiri daripada dipetik supaya elok apabila dibuat asam keping.

Asam yang elok tua akan berwarna oren.


Contoh belahan isi asam gelugur
 Buah dibelah dua mengikut ulasnya. Bijinya akan dibuang dan dipotong-potong mengikut saiz yang sesuai. Biasanya setiap ulas dibelah tiga atau empat supaya mudah untuk mengeringkannya. 

Dibelah mengikut ulasnya



Apabila siap dipotong ia bolehlah disusun dan dijemur di bawah cahaya matahari. Jika cuaca elok, 2 @ 3 hari sudah boleh disimpan.
Saya selalu jadikan buah tangan apabila berkunjung ke rumah kawan-kawan atau sedara mara. Spesialnya sebab pokok sendiri dan memprosesnya juga adalah hasil usaha sendiri.

Tuesday, 8 July 2014

Tazkirah Ramadhan

Selepas bertadarus Al Quran, cikgu-cikgu akan bergilir setiap hari untuk menjalankan tazkirah. Sampailaih giliran daku untuk menyampaikan tazkirah.
Maka saya nk share di sini.

Semua orang tahu maksud bonus dan semua orang nak bonus. Maklumlah imbuhan yang berganda. Siapa yang tak nak.
Dalam bulan Islam juga akan ada bonus. Kita akan dapat bonus setiap bulan Ramadhan. Bonus pula tak sama bagi setiap orang. Ada yang dapat banyak, ada yang dapat sikit.
Siapa yang nak bonus banyak? Ramai yang nak kan?
Inilah cara-caranya..
1. Jangan lupa solat 5 waktu. Itu yang wajib. 
     Kemudian baru diikuti dengan sunat. 
      - solat terawih, tahajjud, hajat dll.
2. Berpuasa di bulan Ramadhan. Puasa di bulan lain pun boleh tapi di bulan Ranadhan adalah wajib. 
    Bonusnya berganda-ganda!
3. Bersedekah. Bonusnya juga berganda.
4. Tidak menyakiti hati orang lain.
5. Buatlah perkara yang mendatangkan kebaikan.
Semua tu bonus..

Nak bonus sikit? Ramai yang tak nak kan?..
Jangan buat perkara negatif..

Selesailah tazkirah saya pada hari ini. 3 min aje.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. Amin..

Tadarus Al Quran di bulan Ramadhan

Seronok nyer menyambut Ramadhan. Sebagai permulaan dijalankan pelancaran Ihya' Ramadhan. Pelbagai program dirancang sepanjang bulan Ramadhan di sekolah.
Waktu rehat digantikan dengan tadarus Quran. Ramai murid yang dapat membaca Quran dengan baik. Tahniah kepada ustaz, ustazah dan ibu bapa yang membimbing.
Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan guru akan menyemak bacaan mereka.

 Tadarus dijalankan di surau kayu SK Rambai Tujuh.



Sunday, 25 May 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Setelah mengajar di Sek. Keb. Kg. Maamor, Sungai Siput(U) selama 3 tahun, daku pun mohon berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan Sayong. Ini disebabkan rumah yang dibina hampir siap dan agak jauh untuk berulang alik lebih kurang 108km (pergi dan balik). Memang sayang untuk meninggalkan sekolah itu tapi disebabkan masa..
Maka sejarah baru pun bermula..
Inilah sekolah ku yang baru..


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung  Rambai Tujuh secara bergotong royong pada tahun 1931. Gotong royong ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Din bin Imam Kassim. Ia dibina di atas tanah Lot No. 1668 kepunyaan En. Ngah bin Kulup Idris dan rakan kongsinya.
                Keluasan awal sekolah ini ialah kira-kira 748 kaki persegi dengan satu bilik darjah dan sebuah rumah guru beratap nipah dan bertiang buluh. Bagi memenuhi keperluan kelas yang tidak mencukupi, rumah guru telah digunakan sebagai kelas  pada 4 April 1931.
                Sebanyak RM330 digunakan untuk membina sekolah iaitu RM240 hasil daripada sumbangan orang ramai dan RM90 lagi daripada Pejabat Daerah Kuala Kangsar yang diketuai oleh Tuan Eleton sebagai District Officer (Pegawai Daerah). Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah En.Megat Di dengan 40 orang pelajar.
                Bangunan sekolah mulai reput dan tidak selamat digunakan dan tuan tanah menuntut semula tanahnya. Maka, pada tahun 1949 Jawatankuasa sekolah telah berjaya mendapatkan sekeping tanah kerajaan di Lot No. 5703 berhampiran dengan tapak lama sekolah. Pada pertengahan tahun tersebut, Tuan E C Hiks (Senior Inspector of School perak) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM900.00 untuk membina bangunan berukuran 30 X 25 kaki. Bangunan ini dibina berlantaikan simen, berdindingkan papan dan beratapkan asbestos.
Pada tahun 1957, pihak Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan  untuk menampung peningkatan pelajar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi (Bekas Menteri Besar Perak) pada tahun 1958.
Pada januari 1968, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah yang berukuran 60 X 30 kaki berbentuk kekal dengan no pendaftaran JKR 1052. Bangunan ini digunakan pada 1 Mac 1968.
Pada awal tahun 1980an, sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah kantin, Sehingga kini 4 blok bangunan termasuk sebuah kantin masih digunakan.

Lagu Sekolah SKRT
Rajin tekun berjaya
Lambang sekolah kita
Beriman juga bertaqwa
Amalan kita semua

Bersatu kita membela diri
Mengharumkan sekolah ini
Berdisiplin berdedikasi
Nilai diri murni
Bersama kita terus berbakti
Itulah insan sejati


Tekun rajin serta berusaha
Hingga kita berjaya
Maju terus maju
Maju SKRTku

Maju SKRTku..