Thursday, 29 November 2012

Saturday, 10 November 2012

Persembahan Pra Sekolah SKKM 2012


Tarian Bollywood dari si cilik pra SK Kg Maamor, Sungai Siput (U)


RPT KSSR Matematik Th 1

Untuk mendapatkan maklumat Rancangan Pelajaran Tahunan KSSR Matematik Tahun 1 boleh merujuk pada link Scribd di bawah.


Wednesday, 7 November 2012

Sambutan Hari Anugerah Cemerlang

Pasukan kompang dan pembawa bunga manggar 
di Hari Anugerah Cemerlang pada 7hb Nov 2012.


Pentas yang ceria untuk anak didik menerima anugerah.

Sebahagian Cikgu SKKM - dari kiri: Cikgu Haniza, Cikgu Wan Norhanim, Cikgu Napisah,
Cikgu Rosmiza dan Cikgu Siti Zuraida.

Thursday, 1 November 2012

Aktiviti pembelajaran Tahun 1

Murid-murid Tahun 1 sedang membuat lembaran kerja.

Menggunting dan menampal gambar bentuk 3D

Rancangan mengajar Matematik Tahun 1


MATEMATIK TAHUN 1
TAJUK: Ruang (Bentuk tiga dimensi)
OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Mengenal permukaan pada bentuk 3D
HASIL PEMBELAJARAN:
        i.            Mengenal bentuk-bentuk 3D.
      ii.            Menyebut bilangan permukaan pada bentuk 3D.
    iii.            Mengecam permukaan rata dan melengkung.

TARIKH
AKTIVITI
PERDANA
(16 ORANG)
FRESHIE PERDANA
(7 ORANG)
LINUS
(1 ORANG)
1 Nov 2012
SET INDUKSI
(5 minit)

-          Meminta murid mencari bentuk yang diminta yang terdapat dalam kelas.
-          Menyebut nama bentuk yang ditemui.
LANGKAH 1 (10 minit)  individu

-          Murid diminta menampal nama-nama bentuk 3D pada gambar yang ditunjukkan.
LANGKAH 2
(20 minit)
AKTIVITI
KUMPULAN
-          Guru mengedarkan bahan aktiviti mengikut kumpulan.
-          Menamakan bentuk diberi.
-          Murid menyebut bilangan permukaan yang rata.
-          Murid menyebut bilangan permukaan yang melengkung.
Aktiviti Murid Linus
-          Memanggil murid linus untuk menunjukkan permukaan rata dan melengkung.

LANGKAH 3 (20 minit)
Murid Perdana
-          Murid diminta untuk melabel dan menampal pada ruangan lembaran kerja yang disediakan.
-          Membuat latihan bilangan permukaan rata dan melengkung dari lembaran kerja.

Murid Freshie Perdana
-          Murid diminta mewarna jawapan yang betul dan menampal pada lembaran kerja.
-          Membuat latihan bilangan permukaan rata dan melengkung dari lembaran kerja.

Murid linus
-          Murid diminta menampal gambar pada lembaran kerja.

PENUTUP      (5 minit)
-          Guru menunjukkan hasil kerja murid yang telah siap.
           
            Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Bahan Bantu Belajar:  - Bentuk 3D
                                    - Kad gambar
                                    - Kad perkataan

Elemen merentas Kurikulum:
Kreativiti dan Inovasi – Mengenal pasti ciri dan situasi sekeliling.

Kehadiran :

Refleksi:





Kem Membaca

Guru-guru SKKM sedang tekun membaca sempena Kem Membaca 1Malaysia.

Murid-murid SKKM sedang membaca

Banyak membaca luas pengetahuan.

Amirah dan rakan sekelasnya sedang membuat ulasan buku.