Saturday, 13 July 2013

JALAN-JALAN DI KUALA KANGSAR


Jom Solat di Masjid Ubudiah


Diambil dari bangunan Madrasah Idrisiah

Gambar Masjid Ubudiah 




Mencari siput sedut

Ada jemputan di rumah kawan. Kalau pegi jemputan adalah makan-makan. Biasalah tu.. Di antara menunya siput sungai masak lemak cili padi campur kemahang. Susah nak cari siput sedut sekarang sebab banyak sungai yang telah tercemar. Edisi siasat pun bermula. Rupa-rupanya di belakang rumah dia ada sungai dan ada siput sedut.

     Rentetan dari itu anak-anak pun sibuklah ajak pegi cari siput. Di kampung opahnya cuma ada sungai aje, tak ada siput. Siput babi adalah..He..he..

     Maka, hari yang dijanjikan, pergilah kami sekeluarga dengan ditemani oleh anak-anak murid. Seronoknyer..


 Anak-anak murid Sek. Keb. Kg Maamor, Sungai Siput (U).

 Di tepi sungai ada pokok kemahang (macam keladi).


 Pemandangan di sungai Kelimat, Sungai Siput (U).



Mencari siput di dalam air yang ada di batang kayu atau di lumpur.


 Leka mencari siput dapat pulak ikan yang tersangkut di jaring.

Sambil menyelam minum air, opps silap.. sambil mencari siput, mandi dan duduk di batang kelapa.


 Siput dan kijin yang telah dikutip. Anak-anak siput dibuang semula ke dalam sungai supaya dapat menyambung generasi.

 Harap-harap sungai ini tidak tercemar seperti sungai-sungai lain.  Jangan tinggal sekadar nama. Nama daerah Sungai Siput tapi siput.. seekor pun tidak ada.. Anak-anak didikku, hargailah alam sekitar, alangkah indahnya kita dapat menikmati ciptaan Allah ini. 

Thursday, 27 June 2013

Dunia Kembara

Akhirnya dapat juga menyiapkan tempat letak globe, atlas dan perkara yang berkaitan dengan jalan. Maka, dinamakanlah dunia kembara. Jadilah, walaupun sudutnya kecil, namun dapatlah juga murid mengembara dunia dengan globe. Harap-harap murid dapat manfaatkan tempat ini. 


Sukan Tahunan

Sukan Tahunan telah dijalankan dengan meriahnya pada hari Khamis 27hb Jun 2013 .

Acara Perbarisan sedang berlangsung


Muird-murid berkumpul sebelum acara sukan dimulakan.


Pusat Sumber Sekolah (PSS) turut mengambil bahagian dalam mengumpul dana untuk perbelanjaan menceriakan bilik PSS.


Murid-murid membantu melayan pelanggan di gerai PSS

Saturday, 22 June 2013

Sudut globe

Berusaha untuk mengemaskini PSS tapi ketandusan idea. Puaslah memikirkannya. Lagi pun otak serabut dengan automasi PS Sentral yang dah hampir setahun tak siap-siap. Kekangan masa jadi penghalang. Dalam kotak tu, penuh buku yang nak ditampal barcode. Harap-harap berjaya meningkatkan keceriaan..

Tuesday, 11 June 2013

Pasu Bunga dari Bahan Kitar Semula


Cara-cara membuat bekas bunga dari gelung pembalut buku


Ini satu cara nak jimat belanja terutama kalau nak menghias kelas atau bilik-bilik lain.
Saya  guru perpustakaan, jadi banyaklah gelung pembalut plastik. Sambil membalut buku terfikir pula nak guna  gelungnya sebab nak beli pasu tak cukup budget.

Inilah gelung yang dimaksudkan.


gelung kertas dari bekas plastik pembalut buku

Tandakan ukuran pada gelung kertas tersebut. Ukuran terpulang ikut cita rasa masing-masing mengikut jenis bunga.
Saya memilih 2 inci sahaja.
Selepas ditanda bolehlah buat garisan dengan menggunakan kertas supaya senang dipotong.

Bahagian yang kemek bolehlah dibuang.
Kertas ini agak keras, kalau nak senang guna gergaji kecil seperti yang ditunjukkan.

kertas yang telah dipotong dengan menggunakan gergaji


Tampal pada pelapik sekiranya perlukan lebih dari satu pasu.
Boleh ditampal secara berderet atau secara terkumpul.


Letaklah span bunga atau plastesin supaya bunga tegap berdiri.


 Bunga-bunga cantik berkembang,
Warna kuning sungguh menyerlah,
Cuba-cuba guna bahan terbuang,
Tiada pembaziran belanja pun murah.





Boleh juga digunakan untuk menghias di bahagian bawah kaunter.