Akhirnya dapat juga menyiapkan tempat letak globe, atlas dan perkara yang berkaitan dengan jalan. Maka, dinamakanlah dunia kembara. Jadilah, walaupun sudutnya kecil, namun dapatlah juga murid mengembara dunia dengan globe. Harap-harap murid dapat manfaatkan tempat ini.
Thursday, 27 June 2013
Sukan Tahunan
Sukan Tahunan telah dijalankan dengan meriahnya pada hari Khamis 27hb Jun 2013 .
| Acara Perbarisan sedang berlangsung |
| Muird-murid berkumpul sebelum acara sukan dimulakan. |
Pusat Sumber Sekolah (PSS) turut mengambil bahagian dalam mengumpul dana untuk perbelanjaan menceriakan bilik PSS.
| Murid-murid membantu melayan pelanggan di gerai PSS |
Saturday, 22 June 2013
Sudut globe
Berusaha untuk mengemaskini PSS tapi ketandusan idea. Puaslah memikirkannya. Lagi pun otak serabut dengan automasi PS Sentral yang dah hampir setahun tak siap-siap. Kekangan masa jadi penghalang. Dalam kotak tu, penuh buku yang nak ditampal barcode. Harap-harap berjaya meningkatkan keceriaan..
Tuesday, 11 June 2013
Pasu Bunga dari Bahan Kitar Semula
Ini satu cara nak jimat belanja terutama kalau nak menghias kelas atau bilik-bilik lain.
Saya guru perpustakaan, jadi banyaklah gelung pembalut plastik. Sambil membalut buku terfikir pula nak guna gelungnya sebab nak beli pasu tak cukup budget.
Inilah gelung yang dimaksudkan.
Bahagian yang kemek bolehlah dibuang.
Kertas ini agak keras, kalau nak senang guna gergaji kecil seperti yang ditunjukkan.
| kertas yang telah dipotong dengan menggunakan gergaji Tampal pada pelapik sekiranya perlukan lebih dari satu pasu. |
Boleh ditampal secara berderet atau secara terkumpul.
Letaklah span bunga atau plastesin supaya bunga tegap berdiri.
Bunga-bunga cantik berkembang, Warna kuning sungguh menyerlah, Cuba-cuba guna bahan terbuang, Tiada pembaziran belanja pun murah. Boleh juga digunakan untuk menghias di bahagian bawah kaunter. |
Friday, 7 June 2013
Thursday, 14 March 2013
KEJOHANANAN RENANG PERINGKAT MSS NEGERI PERAK
Pada 1-3hb Mac 2013, 4 pelajar dari SK. Kg. Maamor telah menyertai kejohanan renang peringkat negeri Perak di kolam renang Majlis Bandaraya Ipoh. Antara acara yang disertai ialah kuak dada 50m dan gaya bebas 50m. Walaupun seminggu sekali berlatih selama beberapa bulan tetapi dengan semangat yang kental dari pelajar dan dorongan dari guru-guru dan ibu bapa, akhirnya mereka berjaya ke garisan penamat.
Peserta renang, Nurul Izzah sedang berusaha ke garisan penamat dalam acara kuak dada 50m.
Subscribe to:
Posts (Atom)