Monday, 17 August 2015

Program Kecemerlangan UPSR

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI UPSR 2015



BIL


AKTIVITI

TAHUN


2014

2015

BULAN


Dis

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogo

Sep
1.
Lantikan AJK Kecemerlangan UPSR

/
/








2.
Mesyuarat AJK Kecemerlangan UPSR


/

/

/




3.
Menyedia TOV dan Sasaran


/








4.
Perjumpaan 1 Murid 1 Guru



/
/
/
/
/
/
/
/
5.
Kelas Tambahan

/

/
/
/
/
/
/
/
/
6.
Bimbingan Rakan Sebaya


/
/
/
/
/
/
/
/
/
7.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan



/



/



8.
Ujian Topikal


/
/
/
/
/
/
/
/
/
9.
Ujian Sumatif




/

/

/
/
/
10.
Kelas Kepung








/
/

11.
Kelas Gerak Tumpu








/
/
/
12.
Zoom A

/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
13.
Motivasi Murid


/
/
/
/
/
/
/
/
/
14.
Kelas Bimbingan Berfokus







/
/
/
/
15.
Majlis Bacaan Yassin , Solat Dhuha dan Solah Hajat


/
/
/
/
/
/
/
/
/
16.
Latihan Soalan Antara Negeri







/
/
/
/
17.
Latihan dan Kerja Rumah


/
/
/
/
/
/
/
/
/
18.
Akhbar Dalam Darjah

/
/
/
/
/
/
/
/
/








PERINCIAN PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI UPSR 2015


BIL


AKTIVITI

PENGISIAN

CATATAN
TINDAKAN

1.
Lantikan AJK Kecemerlangan UPSR

Memilih dan melantik AJK Kecemerlangan 2015
PK Pentadbiran

2.
Mesyuarat AJK Kecemerlangan UPSR

Berbincang tentang pencapaian, program, cara mengatasi kelemahan. Perbincangan juga tertumpu pada cara PnP.

AJK Kecemerlangan UPSR 2015
Jan / Mac / Mei
3.
Menyedia TOV dan Sasaran

Menganalisis TOV PKSR 2014 dan menetapkan sasaran 2015

Guru mata pelajaran
Jan
4.
Perjumpaan 1 Murid
1 Guru

Perbincangan tentang program, kutipan, dan lain-lain yang memerlukan kelulusan serta persetujuan. Diadakan pada 5 Februari 2015 ( Khamis)

Semua guru, murid Tahun 6, dan ibu bapa atau penjaga

5.
Kelas Tambahan

Kelas akan diadakan selepas waktu persekolahan setiap Isnin, Selasa Rabu dan Khamis.
Isnin dan Selasa
1.30 tengah hari – 2.30 petang
Isnin – Pn. Hawa/ En Mior ( B. Melayu )
Selasa – En Khairil Hakimin ( Matematik )
Rabu dan Khamis
1.00 tengah hari – 2.00 petang
Rabu – Pn. Norhayatti bt Johor
Khamis – En. Mohd Syahriman
Kelas juga akan diadakan pada cuti penggal dan dikendalikan oleh semua guru SK Rambai Tujuh.

Guru
mata pelajaran
dan semua guru

Murid diwajibkan solat Zuhur dahulu atau sebelum pulang ke rumah selepas kelas tambahan.

Feb - Sept
6.
Bimbingan Rakan Sebaya
MentoMantee
Memilih pasangan murid-murid supaya boleh berbincang dan bantu-membantu dalam pelajaran.
Murid diasingkan dalam kumpulan untuk dibimbing oleh guru dan rakan sebaya.
Semua guru
Jan - September
7.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Menjemput tenaga pengajar pakar dalam bidang mata pelajaran teras. Mendedahkan murid dengan soalan UPSR dan teknik menjawab yang betul. (Zon Manong)

Setiausaha
Guru Tahun 6
Feb / Jun
8.
Ujian Topikal

Menguji tahap kebolehan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Merangka strategi dan tindakan  mengatasi kelemahan. Ujian akan diadakan diadakan setiap bulan.

Guru
mata pelajaran
Jan - Sept



BIL


AKTIVITI


PENGISIAN

CATATAN
TINDAKAN

9.
Ujian Sumatif

Menguji murid mengikut format UPSR. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid. Merangka strategi dan tindakan mengatasi kelemahan dan mengekalkan kekuatan. Ujian yang dijalankan ialah Ujian Mac, PKSR1, Ujian Julai, dan Percubaan.

Guru mata pelajaran

Mac / Mei / Julai / Sept
10.
Kelas Kepung

Murid diberi bimbingan insentif  mengikut jadual yang  dirangka bagi mengikuti kelas mata pelajaran teras, motivasi dan ceramah.

Semua guru

Ogos & Sept
11.
Kelas Gerak Tumpu

Murid dibahagi kepada 2 kumpulan mengikut kategori. Jadual lebih anjal dan tertumpu pada mata pelajaran teras dan agama.

Guru mata pelajaran

Julai - Sept
12.
Zoom A

Murid membuat latihan melalui internet. Akan diteruskan pada malam hari semasa program kepung dengan pengawasan ibu bapa.

En Syahriman
13.
Motivasi Murid

Memberi dorongan dan semangat kepada murid.

Semua guru
14.
Kelas Bimbingan Berfokus

Dijalankan sepanjang waktu kelas.

Guru Tahun 6
15.
Majlis Bacaan Yassin , Solat Dhuha dan Solat Hajat

Bacaan Yaasin, Solat Dhuha dan Solah Hajat  akan diadakan setiap hari Jumaat.
Bacaan Yaasin dan Solat Hajat akan dilakukan bersama ibu bapa dan penjaga pada Julai.

Semua guru dan murid
Feb – Sept
Ibu bapa / Penjaga
Julai
16.
Latihan Soalan Antara Negeri

Mengambil soalan negeri-negeri lain yang berkaitan dengan UPSR. Murid didedahkan dengan soalan ini. Guru dan murid akan mengesan kelemahan dan kekuatan dalam sesuatu mata pelajaran.

Guru mata pelajaran

Ogos - Sept
17.
Latihan dan Kerja Rumah

Pemantauan oleh guru dan ibu bapa atau penjaga amat penting.

Guru mata pelajaran
Ibu bapa / penjaga
18.
Akhbar Dalam Darjah
Membuat latihan daripada suratkhabar Berita Harian. Murid  dikehendaki membayar   
RM 1.50 senaskah seminggu sekali.
Guru Mata Pelajaran
Setiap minggu
Feb - Sept


PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI
 ANGGARAN PERBELANJAAN UPSR 2015


BIL


AKTIVITI

PENGISIAN

ANGGARAN
PERBELANJAAN

1.
Lantikan AJK Kecemerlangan UPSR

Memilih dan melantik AJK Kecemerlangan 2015
RM 0.00
2.
Mesyuarat AJK Kecemerlangan UPSR

Berbincang tentang pencapaian, program, cara mengatasi kelemahan. Perbincangan juga tertumpu pada cara PdP.

RM 0.00
3.
Menyedia TOV dan Sasaran

Menganalisis TOV PKSR 2013 dan menetapkan sasaran 2014

RM 0.00
4.
Perjumpaan Akademik Kecemerlangan
Program 1 Murid 1 Guru

Perbincangan tentang program, kutipan, dan lain-lain yang memerlukan kelulusan serta persetujuan. Diadakan pada 29 Januari 2015.( Khamis )

RM 0.00
5.
Kelas Tambahan

Kelas akan diadakan selepas waktu persekolahan setiap Isnin, Selasa Rabu dan Khamis.
Isnin dan Selasa
1.45 tengah hari – 2.45 petang
Isnin – Pn. Hawa/ En Mior ( B. Melayu )
Selasa – En Khairil Hakimin ( Matematik )
Rabu dan Khamis
1.00 tengah hari – 2.00 petang
Rabu – Pn. Norhayatti bt Johor
Khamis – En. Mohd Syahriman
Kelas juga akan diadakan pada cuti penggal dan dikendalikan oleh semua guru SK Rambai Tujuh.

RM 200.00
Bahan Photostat
6.
Bimbingan Rakan Sebaya
MentoMantee
Memilih pasangan murid-murid supaya boleh berbincang dan bantu-membantu dalam pelajaran.
Murid diasingkan dalam kumpulan untuk dibimbing oleh guru dan rakan sebaya.
RM 0.00
7.
Bengkel Teknik Menjawab Soalan

Menjemput tenaga pengajar pakar dalam bidang mata pelajaran teras. Mendedahkan murid dengan soalan UPSR dan teknik menjawab yang betul.

RM 400.00
Tenaga Pakar
( 5 mata pelajaran)
Bahan
8.
Ujian Topikal

Menguji tahap kebolehan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu topik pelajaran. Merangka strategi dan tindakan  mengatasi kelemahan. Ujian akan diadakan diadakan setiap bulan.

RM 150.00
Bahan ujian
Laporan


BIL


AKTIVITI


PENGISIAN

CATATAN
TINDAKAN
9.
Ujian Sumatif

Menguji murid mengikut format UPSR. Mengesan kekuatan dan kelemahan murid. Merangka strategi dan tindakan mengatasi kelemahan dan mengekalkan kekuatan. Ujian yang dijalankan ialah Ujian Mac, PKSR1, Ujian Julai, dan Percubaan.

RM 200.00
10.
Kelas Kepung

Murid diberi bimbingan insentif  mengikut jadual yang  dirangka bagi mengikuti kelas mata pelajaran teras, motivasi dan ceramah
RM 250.00
Penceramah
Bahan PdP
Jamuan
11.
Kelas Gerak Tumpu

Murid dibahagi kepada 2 kumpulan mengikut kategori. Jadual lebih anjal dan tertumpu pada mata pelajaran teras dan agama.

RM 250.00
Bahan PdP
12.
Zoom A

Murid membuat latihan melalui internet. Akan diteruskan pada malam hari semasa program kepung dengan pengawasan ibu bapa.

RM 300.00
13.
Motivasi Murid

Memberi dorongan dan semangat kepada murid.

RM 0.00
14.
Kelas Bimbingan Berfokus

Dijalankan sepanjang waktu kelas.

RM 250.00
Bahan PdP
15.
Majlis Bacaan Yassin , Solat Dhuha dan Solat Hajat

Bacaan Yaasin, Solat Dhuha dan Solah Hajat  akan diadakan setiap hari Jumaat.
Bacaan Yaasin dan Solat Hajat akan dilakukan bersama ibu bapa dan penjaga pada Julai.

RM 300.00
Jamuan (Julai)
16.
Latihan Soalan Antara Negeri

Mengambil soalan negeri-negeri lain yang berkaitan dengan UPSR. Murid didedahkan dengan soalan ini. Guru dan murid akan mengesan kelemahan dan kekuatan dalam sesuatu mata pelajaran.

RM 250.00
17.
Latihan dan Kerja Rumah

Pemantauan oleh guru dan ibu bapa atau penjaga amat penting.

RM 0.00
18.
Akhbar Dalam Darjah
Membuat latihan daripada suratkhabar Berita Harian. Murid  dikehendaki membayar  
RM 1.80 senaskah seminggu sekali
RM 243.00


JUMLAH

RM 2993.00


AKU  JANJI



Bahawasanya kami
calon UPSR 2015
Sekolah Kebangsaan Rambai Tujuh
berikrar dan berjanji ,
di hadapan guru – guru
yang mendidik kami
bersaksikan ibu bapa
akan belajar bersungguh – sungguh ,
menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan
oleh pihak sekolah
serta menyiapkan
segala tugasan yang diberikan
Demi untuk  berjaya dengan cemerlang
Mendapat 5A  dalam UPSR 2015
Cikgu ,
didik dan bimbinglah kami ,
Ibu , ayah
berilah sokongan kepada kami
dan
doakanlah kejayaan kami .




TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA
USAHA TANPA DOA SOMBONG NAMANYA
USAHA DIIRINGI DOA INNSYAA ALLAH KEJAYAAN MENJELMA.





GAGAL MERANCANG BERMAKNA ANDA MERANCANG KEGAGALAN














Disediakan oleh :                                                             Disahkan oleh :                                                                              


…………………………….                                                 ……………………………
(En Syahriman Irwan b Mohd Yusoff)                                   (Pn. Haniza bt Abdul Rahim)                
S/U Kecemerlangan Tahun 6 2015                                          GK Pentadbiran
Sek. Keb. Rambai Tujuh                                                          Sek. Keb. Rambai Tujuh
33000 Kuala Kangsar                                                               33000 Kuala Kangsar



Kertas Kerja program Kecemerlangan UPSR

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SEK KEB RAMBAI TUJUH
33000 KUALA KANGSAR, PERAK.

KERTAS KERJA PROGRAM GILAP PERMATA

PENGENALAN

Program Kecemerlangan UPSR  atau dikenali sebagai Program Gilap Permata merupakan satu usaha dan ikhtiar pihak pengurusan kurikulum SKRT untuk mencapai keputusan peperiksaan yang lebih baik dari tahun sebelumnya. Peningkatan prestasi dalam pencapaian keputusan peperiksaan diharapkan boleh diperolehi dari segi kuantiti dan kualiti.
Memberi pendedahan dan penerangan kepada ibu bapa diharapkan dapat membantu meningkatkan kerjasama di antara ibu bapa, guru dan murid-murid. Dengan adanya kerjasama ibu bapa, segala program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Untuk menjayakan program Gilap Permata ini semua guru Tahun 6 boleh merancang cara atau pendekatan terbaik yang boleh digunakan semasa melaksanakan program ini. Usaha yang bersungguh-sungguh daripada guru-guru yang terlibat amat diperlukan untuk menjayakan program ini, kerana pelajar-pelajar Tahun 6 sudah pasti mengimpikan kejayaan yang cemerlang.

MATLAMAT
a) Menambahkan bilangan pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang.
b) Keputusan UPSR akan mencapai 100%
c) Mencapai sasaran ETR  iaitu 1.97

OBJEKTIF

a) Memberi pendedahan kepada ibu bapa/penjaga tentang program yang dirancang.
b) Memohon kerjasama untuk memantau anak-anak dan membimbing mereka di rumah.
c) Pelajar  mendapat kesedaran dan berminat untuk memajukan diri ke arah kejayaan hasil daripada kesungguhan dan perhatian yang diberikan oleh guru dan ibu bapa.
d) Pelajar dapat menggunakan minda dengan berkesan dan teratur sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan.
e) Ibu bapa dapat memberi sumbangan sama ada dari segi kewangan, tenaga atau pun motivasi demi meningkatkan pencapaian murid-murid.

STRATEGI

a) Program ini melibatkan ibu bapa untuk memberi kerjasama dalam melaksanakan program yang dirancang.
b) Kemudahan penyediaan bahan-bahan program seperti slide, brosur atau lain-lain disediakan oleh pihak sekolah.

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi :               
En Abdullah Zaini b Abd Razak (Guru Besar)
Naib Pengerusi 1 :   Pn Haniza bt Abdul Rahim (GK 1)
Naib Pengerusi 2 :   Pn Hawa Bt Abd Raman (GK HEM)
Setiausaha :              Pn Ayu Bt Baharuddin
AJK :                          Semua Guru

KUMPULAN SASARAN
a) Ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 6 SKRT 2015.

PERBELANJAAN
Jamuan makan RM70.00


KESIMPULAN

Pihak pentadbiran sekolah amat berharap program ini akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Ia merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk membantu para pelajar mencapai kejayaan yang baik dan cemerlang. Kerjasama guru dan ibu bapa amat diperlukan dalam menjayakan program ini.

Thursday, 4 September 2014

Mohon Restu

Mohon Restu

Hari ni ada program bacaan Yaasin dan solat Hajat di sekolah. Ramai ibu bapa yg dtg. Semoga anak-anak didikku semuanya berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat.





 

Mohon restu daripada ayah dan ibu. Sambil bersalaman dititipkan kata-kata ini:

Ibu, 
ayah,
Ampunkan dosa-dosa saya selama ini,

Ibu,
ayah, 
halalkan makan minum sejak saya kecil hingga kini,
Terima kasih kerana sabar melayan kerenah saya selama ini,
Terima kasih kerana telah menjaga saya sehingga dewasa.

Ibu dan ayah,
Doakanlah saya agar berjaya dalam peperiksaan UPSR.

Sambil berpelukan ibu meniupkan kata-kata semangat kepada anak mereka.