Tuesday, 8 July 2014

Tadarus Al Quran di bulan Ramadhan

Seronok nyer menyambut Ramadhan. Sebagai permulaan dijalankan pelancaran Ihya' Ramadhan. Pelbagai program dirancang sepanjang bulan Ramadhan di sekolah.
Waktu rehat digantikan dengan tadarus Quran. Ramai murid yang dapat membaca Quran dengan baik. Tahniah kepada ustaz, ustazah dan ibu bapa yang membimbing.
Murid dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan guru akan menyemak bacaan mereka.

 Tadarus dijalankan di surau kayu SK Rambai Tujuh.



Sunday, 25 May 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Setelah mengajar di Sek. Keb. Kg. Maamor, Sungai Siput(U) selama 3 tahun, daku pun mohon berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan Sayong. Ini disebabkan rumah yang dibina hampir siap dan agak jauh untuk berulang alik lebih kurang 108km (pergi dan balik). Memang sayang untuk meninggalkan sekolah itu tapi disebabkan masa..
Maka sejarah baru pun bermula..
Inilah sekolah ku yang baru..


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR

Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh penduduk Kampung  Rambai Tujuh secara bergotong royong pada tahun 1931. Gotong royong ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Din bin Imam Kassim. Ia dibina di atas tanah Lot No. 1668 kepunyaan En. Ngah bin Kulup Idris dan rakan kongsinya.
                Keluasan awal sekolah ini ialah kira-kira 748 kaki persegi dengan satu bilik darjah dan sebuah rumah guru beratap nipah dan bertiang buluh. Bagi memenuhi keperluan kelas yang tidak mencukupi, rumah guru telah digunakan sebagai kelas  pada 4 April 1931.
                Sebanyak RM330 digunakan untuk membina sekolah iaitu RM240 hasil daripada sumbangan orang ramai dan RM90 lagi daripada Pejabat Daerah Kuala Kangsar yang diketuai oleh Tuan Eleton sebagai District Officer (Pegawai Daerah). Guru pertama yang mengajar di sekolah ini ialah En.Megat Di dengan 40 orang pelajar.
                Bangunan sekolah mulai reput dan tidak selamat digunakan dan tuan tanah menuntut semula tanahnya. Maka, pada tahun 1949 Jawatankuasa sekolah telah berjaya mendapatkan sekeping tanah kerajaan di Lot No. 5703 berhampiran dengan tapak lama sekolah. Pada pertengahan tahun tersebut, Tuan E C Hiks (Senior Inspector of School perak) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM900.00 untuk membina bangunan berukuran 30 X 25 kaki. Bangunan ini dibina berlantaikan simen, berdindingkan papan dan beratapkan asbestos.
Pada tahun 1957, pihak Pejabat Pelajaran Daerah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan  untuk menampung peningkatan pelajar. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi (Bekas Menteri Besar Perak) pada tahun 1958.
Pada januari 1968, Kementerian Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah yang berukuran 60 X 30 kaki berbentuk kekal dengan no pendaftaran JKR 1052. Bangunan ini digunakan pada 1 Mac 1968.
Pada awal tahun 1980an, sekolah ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah kantin, Sehingga kini 4 blok bangunan termasuk sebuah kantin masih digunakan.

Lagu Sekolah SKRT
Rajin tekun berjaya
Lambang sekolah kita
Beriman juga bertaqwa
Amalan kita semua

Bersatu kita membela diri
Mengharumkan sekolah ini
Berdisiplin berdedikasi
Nilai diri murni
Bersama kita terus berbakti
Itulah insan sejati


Tekun rajin serta berusaha
Hingga kita berjaya
Maju terus maju
Maju SKRTku

Maju SKRTku..




Monday, 21 April 2014

Resis

Saja nak share kalau ketandusan idea. Hari ni murid-murid buat aktiviti Resis untuk Pendidikan Seni dan Visual Tahun 2. 

Langkah 1

Murid membuat lakaran Bunga Kebangsaan.




 Langkah 2
Murid mengikut garisan yang telah dilukis dengan menggunakan krayon.



Langkah 3
Membancuh warna air.



Langkah 4
Mewarna keseluruhan kertas lukisan. Kalau nak lebih cantik, warna krayon perlu lebih tebal dan banyak.


 Contoh lain hasil resis. Baru pertama kali murid menggunakan krayon dan warna air. Masih boleh dipertingkatkan lagi.


Thursday, 10 April 2014

Hisan kaunter Pusat Sumber Sekolah

Nostalgia Indah di Sek Keb Kg Maamor, Sungai Siput, Perak.
Inilah Hasil kerja tanganku.

Hiasan di depan kaunter

Idea daripada gabungan suami dan anakku

Hiasan bunga di atas kaunter PSS

Wednesday, 9 April 2014

Meja konkrit

Membuat meja konkrit
Saya ingin berkongsi pengalaman membina meja konkrit untuk letak besen basuh muka. Tak pernah tengok orang buat pun. Kalau nak upah mungkin mahal. Cuba-cubalah buat sendiri bersama suami.
Mula-mula ukur ketinggian meja yang hendak dibuat. Biasanya kurang dari tiga kaki. Saya buat 2 kaki 2 inci sebab mengambil kira penambahan tinggi besen muka. Tandakan garisan pada dinding. Seelok-eloknya beli besen basuh muka dulu, supaya senang untuk buat ukuran meja konkrit. Besar kotak bekas besen basuh adalah sesuai untuk saiz permukaan meja. Batang besi perlu pendek sedikit dari meja konkrit.

Setelah ditanda pada dinding, ambil sebatang besi dan dipotong mengikut saiz.

Potong sebanyak 4 batang yang berukuran sekaki panjangnya.


        Bahagikan besi kepada 4 bahagian seperti dalam gambar. Perlu diingat, pastikan batang besi tidak mengganggu lubang besen dan batang paip. Gunakan mesin penebuk lubang konkrit.
        Masa suami korek lubang, terbesarlah sikit sebab mata drill tak ada yang sama dengan saiz besi. Lagi pun besi ni kutip lebihan buat rumah hari tu..
        Gunalah paku untuk nak menguatkan besi yang longgar akibat dari lubang yang besar tu. Guna idea sendiri aje, mungkin orang lain ada cara lain.

Kemudian silangkan dengan besi lain untuk menguatkan lagi meja. 
Ikat dengan dawai.


Buat meja kayu untuk menampung meja konkrit. Lagi pun meja kayu ini boleh digunakan membuat meja konkrit yang lain.


Buat pelapik di bahagian bawah dan letak kayu di keliling besi sebelum dituang konkrit.



Letak batang paip sementara untuk saluran air keluar dan saluran air paip. Kemudian, barulah dituang konkrit.


Biarkan selama 4-6 hari untuk mengeraskannya sebelum dibuka pelapiknya.
Meja yang telah dibubuh tile. Maaf, terlupa hendak ambil gambar meja konkrit yang sebelum dibubuh tile.



Besen muka yang sudah boleh digunakan setelah dipasang paip.

Contoh lain besen basuh muka.

Tuesday, 8 April 2014

Pusat Sumber Sekolah


Setelah tiga tahun berada di Sek. Keb. Kg. Maamor..
Inilah di antara hasil kerja yang boleh dijadikan kenangan..
Tidaklah cantik..
Cukuplah sekadar sedap mata memandang..

Terima kasih kepada suami dan anakku yang banyak membantu, guru-guru, dan murid-murid  yang amat kusayangi.


Istana Iskandariah

Menara Condong di Teluk Intan

Bangunan Sultan Abdul Samad

Menara Kuala Lumpur

Bunga Kebangsaan

Stesen Kereta api Ipoh

Menara Berkembar Petronas



Gambar Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Kereta keluaran Malaysia

Gambar-gambar yang kuabadikan di sudut atas dinding PSS

Sudut Koleksi Buku Terkini