Thursday, 27 June 2013

Sukan Tahunan

Sukan Tahunan telah dijalankan dengan meriahnya pada hari Khamis 27hb Jun 2013 .

Acara Perbarisan sedang berlangsung


Muird-murid berkumpul sebelum acara sukan dimulakan.


Pusat Sumber Sekolah (PSS) turut mengambil bahagian dalam mengumpul dana untuk perbelanjaan menceriakan bilik PSS.


Murid-murid membantu melayan pelanggan di gerai PSS

Saturday, 22 June 2013

Sudut globe

Berusaha untuk mengemaskini PSS tapi ketandusan idea. Puaslah memikirkannya. Lagi pun otak serabut dengan automasi PS Sentral yang dah hampir setahun tak siap-siap. Kekangan masa jadi penghalang. Dalam kotak tu, penuh buku yang nak ditampal barcode. Harap-harap berjaya meningkatkan keceriaan..

Tuesday, 11 June 2013

Pasu Bunga dari Bahan Kitar Semula


Cara-cara membuat bekas bunga dari gelung pembalut buku


Ini satu cara nak jimat belanja terutama kalau nak menghias kelas atau bilik-bilik lain.
Saya  guru perpustakaan, jadi banyaklah gelung pembalut plastik. Sambil membalut buku terfikir pula nak guna  gelungnya sebab nak beli pasu tak cukup budget.

Inilah gelung yang dimaksudkan.


gelung kertas dari bekas plastik pembalut buku

Tandakan ukuran pada gelung kertas tersebut. Ukuran terpulang ikut cita rasa masing-masing mengikut jenis bunga.
Saya memilih 2 inci sahaja.
Selepas ditanda bolehlah buat garisan dengan menggunakan kertas supaya senang dipotong.

Bahagian yang kemek bolehlah dibuang.
Kertas ini agak keras, kalau nak senang guna gergaji kecil seperti yang ditunjukkan.

kertas yang telah dipotong dengan menggunakan gergaji


Tampal pada pelapik sekiranya perlukan lebih dari satu pasu.
Boleh ditampal secara berderet atau secara terkumpul.


Letaklah span bunga atau plastesin supaya bunga tegap berdiri.


 Bunga-bunga cantik berkembang,
Warna kuning sungguh menyerlah,
Cuba-cuba guna bahan terbuang,
Tiada pembaziran belanja pun murah.





Boleh juga digunakan untuk menghias di bahagian bawah kaunter.





















Thursday, 14 March 2013


KEJOHANANAN RENANG PERINGKAT MSS NEGERI PERAK

           Pada 1-3hb Mac 2013, 4 pelajar dari SK. Kg. Maamor telah menyertai kejohanan renang peringkat negeri Perak di kolam renang Majlis Bandaraya Ipoh. Antara acara yang disertai ialah kuak dada 50m dan gaya bebas 50m. Walaupun seminggu sekali berlatih selama beberapa bulan tetapi dengan semangat yang kental dari pelajar dan dorongan dari guru-guru dan ibu bapa, akhirnya mereka berjaya ke garisan penamat. 

 Peserta renang, Nurul Izzah sedang berusaha  ke garisan penamat dalam acara kuak dada 50m.


Muhammad Nor Aiman sedang menunggu giliran sebelum acara bermula.

Debaran menunggu giliran.

Automasi PS Sentral

Menjalankan program automasi PS Sentral. Buat permulaan agak sukar sedikit, tetapi demi kemudahan akan datang, saya berusaha menyiapkannya walau pun terkial-kial sebab belum mahir. Agak lama prosesnya terutama di bahagian menampal barcode tetapi dengan bantuan kaki tangan sekolah dan murid-murid, diharapkan proses ini tidak memakan masa yang lama.