Setelah mengajar di Sek. Keb. Kg. Maamor, Sungai Siput(U) selama 3 tahun, daku pun mohon berpindah ke kawasan yang berhampiran dengan Sayong. Ini disebabkan rumah yang dibina hampir siap dan agak jauh untuk berulang alik lebih kurang 108km (pergi dan balik). Memang sayang untuk meninggalkan sekolah itu tapi disebabkan masa..
Maka sejarah baru pun bermula..
Inilah sekolah ku yang baru..
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR
Maka sejarah baru pun bermula..
Inilah sekolah ku yang baru..
SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN RAMBAI TUJUH, KUALA KANGSAR
Pada mulanya sekolah ini telah didirikan oleh penduduk
Kampung Rambai Tujuh secara bergotong
royong pada tahun 1931. Gotong royong ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Din bin
Imam Kassim. Ia dibina di atas tanah Lot No. 1668 kepunyaan En. Ngah bin Kulup
Idris dan rakan kongsinya.
Keluasan
awal sekolah ini ialah kira-kira 748 kaki persegi dengan satu bilik darjah dan
sebuah rumah guru beratap nipah dan bertiang buluh. Bagi memenuhi keperluan
kelas yang tidak mencukupi, rumah guru telah digunakan sebagai kelas pada 4 April 1931.
Sebanyak
RM330 digunakan untuk membina sekolah iaitu RM240 hasil daripada sumbangan
orang ramai dan RM90 lagi daripada Pejabat Daerah Kuala Kangsar yang diketuai
oleh Tuan Eleton sebagai District Officer (Pegawai Daerah). Guru pertama yang
mengajar di sekolah ini ialah En.Megat Di dengan 40 orang pelajar.
Bangunan
sekolah mulai reput dan tidak selamat digunakan dan tuan tanah menuntut semula
tanahnya. Maka, pada tahun 1949 Jawatankuasa sekolah telah berjaya mendapatkan
sekeping tanah kerajaan di Lot No. 5703 berhampiran dengan tapak lama sekolah.
Pada pertengahan tahun tersebut, Tuan E C Hiks (Senior Inspector of School
perak) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM900.00 untuk membina bangunan
berukuran 30 X 25 kaki. Bangunan ini dibina berlantaikan simen, berdindingkan
papan dan beratapkan asbestos.
Pada tahun 1957, pihak Pejabat
Pelajaran Daerah telah mendirikan sebuah bangunan tambahan untuk menampung peningkatan pelajar. Bangunan
ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ghazali bin Haji Jawi (Bekas Menteri Besar
Perak) pada tahun 1958.
Pada januari 1968, Kementerian
Pendidikan telah membina sebuah bangunan baru yang mengandungi 2 bilik darjah
yang berukuran 60 X 30 kaki berbentuk kekal dengan no pendaftaran JKR 1052.
Bangunan ini digunakan pada 1 Mac 1968.
Pada awal tahun 1980an, sekolah
ini telah mendapat peruntukan untuk membina sebuah kantin, Sehingga kini 4 blok
bangunan termasuk sebuah kantin masih digunakan.
Lagu Sekolah SKRT
Rajin tekun berjaya
Lambang sekolah kita
Beriman juga bertaqwa
Amalan kita semua
Bersatu kita membela diri
Mengharumkan sekolah ini
Berdisiplin berdedikasi
Nilai diri murni
Bersama kita terus berbakti
Itulah insan sejati
Tekun rajin serta berusaha
Hingga kita berjaya
Maju terus maju
Maju SKRTku